Nuffnang Ads

Monday 15 October 2012

PKR SELANGOR TAK SEHALUAN


Pergolakan pentadbiran Kerajaan Selangor serta kebangkitan rakyat yang semakin lantang menyuarakan rasa tidak puas hati menunjukkan petanda Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali negeri itu.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, kepincangan pentadbiran dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggambarkan mereka tidak sebulu sekaligus membawa kesan negatif kepada rakyat.
Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) itu juga berkata, apa yang berlaku selepas PRU ke-12 harus dijadikan pengajaran, selain menilai kredibiliti parti yang memerintah pada masa ini.

PRU lalu harus ada pengajaran kepada rakyat. Mereka perlu menilai pentadbiran sekarang dan bezakan dengan ketika BN perintah.

Dengan isu Universiti Selangor (UNISEL), sampah, air percuma dan terbaru tuntutan rakyat kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya melupuskan hutang seperti pelupusan hutang Talam Corporatian Berhad (TALAM), saya yakin rakyat sudah sedar, katanya selepas merasmikan Malam Kebudayaan anjuran Kelab Harmoni Selangor, di sini malam kelmarin.

Mengenai pandangan peribadi beliau terhadap peratus kemampuan BN merampas Selangor, Abu Hassan berkata, ia sudah melebihi paras 50 peratus.

Beliau berkata, tindakan melantik bekas wakil rakyat sebagai fasilitator untuk membantu 22 kawasan Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak Mac lalu, membantu memantapkan perjuangan parti. 

Katanya, objektif mereka meliputi tanggungjawab menggerakkan parti menjelang PRU, selain menyelesaikan masalah dalaman di kawasan Parlimen dan membantu Pusat Daerah Mengundi (PDM).
Mai Pikiaq Pi: PRU13 akan kembali kepada BN jika wakil rakyat bekerja keras dari sekarang...

No comments:

Post a Comment