Nuffnang Ads

Monday, 8 October 2012

Azmin anak emas Anwar


Pergeseran antara Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dengan Azmin Ali semakin panas apabila beliau membalas sindiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan mengatakan anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut terlalu bercita-cita.
Malah beliau yang dikenali sebagai orang kanan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara berkias dan sinis memberitahu, sebagai orang tua, beliau faham perasaan dan cita-cita politik seorang pemimpin muda seperti Ahli Parlimen Gombak itu.
“"Saya tidak perlu komen apa-apa tetapi sebagai orang tua, saya faham perasaan dan cita-cita seorang pemimpin muda. Biarkanlah dia,” katanya penuh tersirat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai menjawab sindiran Azmin kepadanya hari ini.
Azmin menerusi laman twitter Ahad lalu ketika ditanya mengenai amaran Mustafa agar beliau tidak memberi sebarang kenyataan yang boleh dianggap sebagai pendirian bersama pakatan pembangkang berkata: "“Faktor usia menyebabkan beliau keliru dan cepat melatah".
Mustafa mengeluarkan amaran tersebut selepas Azmin dilaporkan berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ‘sesuai’ memegang jawatan Menteri Persekutuan jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut Setiausaha Agung Pas itu, kenyataan Azmin mengenai Abdul Khalid tidak pernah dibincangkan oleh pakatan pembangkang dan jika Naib Presiden PKR tersebut berterusan mengeluarkan kenyataan sedemikian, ia bakal memberi implikasi kepada mereka.
Mai Pikiaq Pi: Bukan setakat Azmin sahaja anak emas Anwar.. seluruh keluarganya juga ada hubungan istimewa dengan Anwar.. Siapa nak jawab tue?... 

No comments:

Post a Comment