Nuffnang Ads

Thursday, 4 October 2012

Ketua Pembangkang alami masalah jiwa



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengalami masalah jiwa (psyche), beremosi dan bernafsu besar, kata Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.
Menurut Ibrahim, Anwar bukan lagi seperti mana yang dikenali sejak tahun 70an dan beliau adalah manusia ‘beratus muka’ serta berubah malam dan siang.
Ibrahim berkata, “seorang Islam yang boleh menyifatkan umat Islam lain sebagai mempunyai masalah jiwa (psyche) kerana berdemontrasi bagi menyatakan kecintaan dan membantah penghinaan terhadap Islam dan Nabi SAW adalah jelas beliau sendiri mengalami masalah jiwa”.
Beliau yang merupakan rakan baik Anwar semasa menjadi pemimpin pelajar dulu meluahkan rasa amat kecewa dengan keadaan Anwar sekarang kerana sanggup buat apa sahaja termasuk menghina orang Islam bagi memberi kegembiraan pada rakan di negara Barat.
“Saya hormati pemimpin biarpun bodoh sikit tidak mengapa asalkan bercakap benar dan betul serta baik daripada segi akhlaknya,” tambah Ibrahim yang ditemui di Parlimen petang, Selasa.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas pada awalnya enggan mengulas apa pun tentang kenyataan Anwar kerana menganggapnya membuang masa.
“Sebab kita sebagai orang Islam dan bukan Islam, perkara yang paling penting adalah menghormati pemimpin bukan sahaja dia bijak, amanah, jujur tetapi akhlaknya, moralnya kena baik.
“Tetapi oleh kerana sudah terang lagi bersuluh, hal dia semua orang seluruh dunia sudah tahu, bila sampai ke tahap ‘itu’ kemudian bercakap soal pembelaan rakyat, politik…pada saya kita cukup buang masa,” kata Ibrahim dengan nada serius.
Katanya, “Anwar ada seratus muka, dia ke Sabah, ke Sarawak, ke Kelantan cakap lain, balik ke Kuala Lumpur cakap lain, jumpa orang Melayu, Cina dan India bercakap lain. Ke Amerika cakap lain dan balik Malaysia cakap lain, dia sentiasa dalam keadaan ‘contradicting’, saya tak mahu komen sebenarnya, buang masa. Saya tak perlu layan.
“Kenyataannya baru-baru ini adalah hendak ambil hati tali barutnya di Amerika. Dia tak kira hina orang Islam pun asalkan rakannya di blok Barat yang anti Islam akan suka padanya,” ujarnya.
Mai Pikiaq Pi: Orang yang bernama Anwar Ibrahim tak akan berhenti memanipulasi apa sahaja topik asalkan cita-cita utamanya untuk menjadi PM tercapai...

No comments:

Post a Comment