Nuffnang Ads

Friday, 5 October 2012

Khalid: Siapa MB Selangor bukan Azmin tentukan


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kemungkinan beliau dipindahkan ke pentadbiran persekutuan hanya bersifat peribadi dan bukan pendirian yang dibuat melalui konsesus Pakatan Rakyat.
“Keputusan mengenai siapa akan bertanding dalam pilihan raya, siapa akan (jadi MB), hanya akan diumumkan sekiranya perlu.
“Jadi kebiasaannya komen-komen ini, bukanlah komen daripada Pakatan Rakyat sebagai satu kumpulan,” katanya dalam sidang media semalam.
Abdul Khalid diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR yang mendakwa beliau bakal dipindahkan ke Putrajaya sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan jawatan MB Selangor akan diisi oleh individu lain.
Menurut Azmin, kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid semasa mentadbir negeri Selangor selama sepenggal amat diperlukan untuk pentadbiran kerajaan baru Pakatan di Putrajaya.
Mai Pikiaq Pi: Kita tengok kabinet bayangan Pakatan pun sudah tidak yakin mereka dapat mentadbir negara...

No comments:

Post a Comment