Dewan Pemuda PAS Pusat tidak bersetuju dengan pandangan sahabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mubasyar Jawid Akbar yang berkata ‘Islam agama persaudaraan, bukan negara’ ketika majlis pelancaran buku terbaru tulisannya berjudul “Tinderbox:The Past and Future of Pakistan” di Royal Lake Club Kuala Lumpur, 2 Oktober lalu.
Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat berkata, pendapat sahabat Anwar itu berpaksi dari fahaman Islam Liberal.
“Jelas dalam PAS, kita menolak fahaman sedemikian justeru ia lebih berpaksi kepada doktrin fahaman Islam liberal.
“Dan masyarakat umum tahu bahawa PAS sebuah parti yang berpandukan Islam. Islam penyelesaian yang terbaik bagi semua masalah ummah termasuk menyelesaikan permasalahan negara,”katanya seperti dilaporkan Mkini dotcom.
Dalam kenyataannya hari ini, Nasruddin juga berkata, dewan itu memberikan sokongan penuh kepada Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berhubung perkara sama dengan menyifatkan Islam sebagai cara hidup yang lengkap.
Mubasyar Jawid Akbar yang juga pengarah editorial majalah mingguan India Today datang ke Malaysia kerana jemputan Anwar yang juga bertindak sebagai perasmi majlis pelancaran buku tersebut.
Pendapat sahabat Anwar itu hampir sama dengan usaha yang pernah dilakukan badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) ketika menerbitkan buku “Islam dan Dasar Pemerintahan” karya Ali Abd al-Raziq pada tahun 2004.
Ramai pihak terutamanya dari PAS mempertikaikan motif badan pemikir Anwar menterjemah dan menerbitkan semula buku “Al-Islam wa usul Al-Hukm” yang pernah diharamkan oleh ulama Mesir pada tahun 1925.
Ali Raziq diputuskan oleh Jawatankuasa Badan Kibar Ulama al-Azhar sebagai sesat dan gelaran ‘sheikh’ yang dipakainya ditarik balik serta bukunya telah diharamkan.
Keputusan ulama yang dianggotai 24 ulama kanan al-Azhar dibuat pada 12 Ogos 1925, setelah membicarakan Ali Raziq dan kandungan bukunya itu yang menegaskan Islam tidak pernah menganjurkan sistem politik negara Islam, Islam adalah agama peribadi yang tiada kaitan dengan sistem politik.
Menurut Ali Raziq, Rasulullah SAW diutuskan bukan untuk membina negara sebaliknya hanya semata-mata untuk membentuk akhlak peribadi muslim.
Mai Pikiaq Pi: Jangan hanya pandai berkata-kata terhadap Anwar tetapi Pas harus menolak bersekutu dengan Anwar daripada sekarang....
No comments:
Post a Comment