Nuffnang Ads

Wednesday, 31 October 2012

DAP senyap isu rasuah, takut tembelang pecah


DAP terpaksa membisu dan berdiam diri berhubung cubaan pemberian rasuah seperti yang didedahkan oleh bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Ibrahim pada pihak media tidak lama dahulu kerana khuatir jika isu terus diperkatakan boleh menjejaskan bukan sahaja kepada parti itu malah akan turut membabitkan pakatan pembangkang secara keseluruhannya.
Exco Wanita UMNO, Senator Norliza Abdul Rahim berkata, bagi mengelak perkara itu menjadi perhatian umum, kepimpinan DAP terutamanya di Pulau Pinang cuba mengalih tumpuan itu rakyat dengan mereka mencipta sesuatu isu baru untuk memburuk-burukkan Kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Dengan pelbagai masalah yang dihadapi, DAP kini cuba membuka cerita untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kini pula menjadi bahan untuk dijadikan modal politik dengan mengatakan banyak kelemahan serta kecacatan terhadap lapangan terbang yang baru dinaik taraf itu.
“Ketua Menteri, Lim Guan Eng terpaksa bertindak sebegitu kerana menyedari kepercayaan rakyat terhadap kepimpinannya semakin merudum berikutan kegagalannya bertindak sebagai ketua kerajaan dalam menyediakan kemudahan dan keperluan untuk rakyat Pulau Pinang,” katanya.
Menurutnya, sejak Pulau Pinang diperintah oleh DAP, rakyat Pulau Pinang terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah daripada isu membabitkan peniaga kecil, kemudahan awam sehingga isu berhubung rumah rakyat yang sehingga kini masih belum mampu dilaksanakan oleh mereka seperti yang dijanjikan.
“Tidak dinafikan banyak pembangunan perumahan yang berlaku di Pulau Pinang, tetapi semuanya itu membabitkan rumah yang mahal dan tidak mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah, walaupun diberikan pampasan namun mereka tidak berkemampuan untuk membelinya, sedangkan kawasan tempat tinggal mereka telah dibangunkan.
“Slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang diperkenalkan ketika mula mentadbir Pulau Pinang dahulu kini hanya tinggal slogan sahaja, pentadbiran banyak menimbulkan masalah kepada rakyat, aduan serta masalah yang dihadapi rakyat tidak dilayan, inikah kerajaan yang kononnya prihatian dengan nasib rakyat,” katanya.
Norliza yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang menyifatkan DAP hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu untuk menterjemahkan apa yang dikatakan, mereka hanya menggunakan itu sebagai modal politik untuk mendapatkan sokongan menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir.
Mai Pikiaq Pi: DAP tidak mengendahkan keperluan orang Melayu di Pulau Pinang... Banyak tanah Melayu tergadai dengan pembangunan yang berat sebelah...

No comments:

Post a Comment