Nuffnang Ads

Friday 19 October 2012

Syarat DAP sokong Islam


DAP berpendapat garis panduan papan iklan ditetapkan Kerajaan Negeri PAS Kedah, hanya diguna pakai untuk umat Islam dan tidak membabitkan orang bukan Islam.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, DAP tidak menentang peraturan berunsurkan Islam jika mahu dilaksanakan, namun menegaskan ia perlu dibincangkan dalam sesama parti pakatan pembangkang sebelum diamalkan. 

“Saya ingin tegaskan bahawa saya tiada halangan untuk kerajaan negeri melaksanakan pendekatan Islam tetapi ia haruslah dibincangkan dulu sesama parti lain dalam pakatan,” katanya di sini, semalam.

Baru-baru ini, beliau dilaporkan berkata, DAP Kedah menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu.

Isu itu timbul selepas kerajaan negeri memutuskan garis panduan baru papan iklan, antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan jika beragama Islam perlu memakai tudung.

“Sebarang perkara berkaitan peraturan Islam perlu dipersetujui semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat pusat dan negeri,” katanya.

Guan Aik, berkata kenyataan beliau mengenai papan iklan sebelum ini diputar belit hingga menggambarkan beliau dan DAP sebagai anti-Islam hingga menjejaskan keselamatannya.

Katanya, beliau terpaksa membuat laporan polis kelmarin kerana bimbang keselamatan dirinya dan keluarga serta ahli DAP Kedah diganggu mana-mana pihak yang marah dengannya berkaitan isu itu.

Mai Pikiaq Pi: DAP dan PAS sentiasa tidak bersependapat… Bagaimana masa depan Pakatan Rakyat jika memerintah?

No comments:

Post a Comment