Walaupun ada agenda mengenai isu cadangan memecat Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, namun pemecatan tidak berlaku kerana tiada perbincangan lanjut dibuat dalam Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi, lapor FMT.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada portal itu.
Menurut sumber FMT, agenda untuk pemecatan Faekah ini bukan kali pertama dilakukan yang disuarakan oleh sesetengah pimpinan dan ahli bersekutu dan bukannya suara majoriti.
“Faekah mempunyai hubungan baik dengan Presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah) dan Ketua Umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Yang menentang Faekah hanya segelintir sahaja,” kata sumber FMT.
Menurutnya lagi Faekah merupakan bekas pembantu khas Wan Azizah dan kini diberi tanggungjawab membantu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Mai Pikiaq Pi: Banyak sangat mainan politik dalam Pakatan...
No comments:
Post a Comment