Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengadakan pertemuan dengan kira-kira 300 pemimpin gereja di Pulau Pinang baru-baru ini dilihat adalah antara ‘kejayaan’ Pas dalam mentarbiah sekutu pakatan pembangkang menggunakan rumah ibadat sebagai pentas politik.
Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub melihat kenyataan Bishop Gereja Lutheran Evangelical, Rt. Rev.Dr. Solomon Rajah dan Presiden Majlis Gereja Malaysia, Rev. Dr. Thomas Philips yang menolak seruan Guan Eng supaya pihak gereja menyuarakan rasa ketidakadilan jelas membuktikan mereka memahami fungsi gereja sebagai tempat suci penganutnya beribadah yang tidak seharusnya dicemari dengan sebarang kempen dakyah politik.
“Guan Eng mendapat inspirasi daripada kuda tunggangannya iaitu pemimpin Pas yang menjadikan masjid sebagai gelanggang berpolitik untuk memaki hamun kerajaan,” katanya hari ini.
Jelasnya, Pas telah sekian lama menjadikan masjid sebagai gelanggang politik mereka walaupun pandangan demi pandangan ulamak dikeluarkan tetapi kegiatan tersebut tetap berterusan.
“Walaupun ada ulama memberikan pandangan supaya masjid tidak dijadikan tempat berpolitik, tetapi Pas tetap dengan tabiat buruknya.
“Sebab itu Masjid Hadi Rusila dan Masjid Nik Aziz Pulau Melaka dijadikan sarang untuk mencaci kerajaan, menyebarkan fitnah dan rasa benci rakyat kepada kerajaan.”
Ujarnya, dalam hal ini pemimpin Kristian lebih faham akan fungsi gereja sebagai tempat suci beribadat daripada pemimpin Islam dalam Pas yang ibarat buta hati dan hilang pedoman.
Selaras dengan itu, beliau agar berharap langkah kedua-dua pemimpin gereja itu akan menjadi tauladan kepada pemimpin Pas yang tidak Islamik dan berhenti menggunakan masjid sebagai tempat untuk memecahbelahkan umat di negara ini.
Mai Pikiaq Pi: Berpolitik biar berpada-pada agar tidak memakan diri...
No comments:
Post a Comment