Nuffnang Ads

Friday, 19 October 2012

Faktor 'feel good' rakyat buat pembangkang terus cipta fitnah


Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria percaya faktor “feel good” rakyat terhadap pentadbiran kerajaan setakat ini membuatkan pembangkang terus bertindak di luar kewarasan hingga terpaksa mencipta fitnah memburukkan imej negara di mata masyarakat antarabangsa.
Tegasnya, isu Scorpene misalnya menyerlahkan betapa jijiknya politik pembangkang yang sanggup mencipta pembohongan besar semata-mata untuk modal politik bagi meraih sokongan rakyat.
Malah katanya, tindakan pembangkang menerusi agen NGO mereka seperti Suaram yang menerima dana dan bantuan kewangan asing bagi menyebarkan pembohongan adalah sesuatu yang cukup memalukan.
“Adalah amat menyedihkan, apabila negara kita sudah berada di puncak kegemilangan, kejayaan dan dalam usaha kita untuk mencapai status sebuah negara maju menjelang tahun 2020, tetapi masih ada lagi rakyat khususnya parti pembangkang yang taksub, sehingga memburuk-burukkan negara kita termasuk di negara luar.
“Sedangkan negara-negara luar telah melihat negara kita sebagai contoh yang terbaik. Namun pihak pembangkang yang jelik ini sanggup mengadai masa depan negara contohnya isu Scorpene kononnya wujud penyelewengan salah guna kuasa dan sebagainya semata-mata untuk memburukkan negara kita sendiri”, katanya.
Jelas beliau pembangkang sebenarnya sudah cukup terdesak hingga terpaksa meletakkan pelbagai persepsi negatif kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.
“Sangkaan-sangkaan buruk dan jahat ini hanya sekadar mainan politik pembangkang khususnya untuk dijadikan senjata mereka dalam pilihan raya umum akan datang. Maka rakyat harus matang dalam menilai antara realiti dan fantasi dalam menangani isu-isu seperti ini,” ujarnya.
Mai Pikiaq Pi: Kerajaan harus mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menjual maruah negara di luar....

No comments:

Post a Comment