Kenyataan Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman yang merumuskan bahawa Anwar Ibrahim hari ini bukan lagi pejuang Islam sewajarnya dipandang serius.
Ini kerana sebagai presiden sebuah gerakan Islam, kenyataan Ustaz Abdullah Zaik dianggap autoriti dalam membandingkan hala tuju Anwar sekarang yang dahulunya, sewaktu usia muda pernah melaungkan ‘Islam sebagai satu cara hidup’ ketika meneraju Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Banyak lagi slogan-slogan Islamis yang dicanang ketika itu, termasuk, ‘Insan Kamil,’ ‘Generasi Rabbani’ atau ‘Generasi Quranik’, iaitu dan sebagainya.
Namun, kini prinsip perjuangan Islam Anwar seperti ditegaskan oleh Presiden ISMA perlu dinilai kembali memandangkan bekas Presiden ABIM itu mutakhir ini sering dilihat bersama kelompok-kelompok liberal misalnya terbaru bersama Mubasyar Jawid Akbar, pengarah editorial majalah mingguan India Today.
Kalau di Barat, destinasi tempat Anwar berhijrah selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, kumpulan-kumpulan liberal itu dilahirkan dari rahim Soros, NED dan Mont Polerin Society.
Pengesahan Dr Haron Din
Ketika Anwar dipecat dari UMNO pada September 1998, juak-juak penyokong totoknya menyebarkan propaganda kononnya Anwar dipecat kerana kononnya mahu menyekat usahanya mahu melakukan ‘Islamisasi dalam UMNO’.
Namun, kenyataan terbaru Dr Haron Din mengesahkan bahawa perjuangan Islamisasi Anwar yang dicanang oleh juak-juaknya tidak benar.
“Dia (Anwar) pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan. Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita,” tegas Dr Haron Din.
Dr Haron Din dan Dr Hassan Ali, antara tokoh-tokoh yang menyertai PAS sejurus selepas Anwar dipecat UMNO pada tahun 1998.
Namun pada Januari 2012, Dr Hassan dipecat dari PAS kerana masih mengekalkan prinsip-prinsip fundalmentalis dalam parti yang didokongnya sejak 14 tahun lalu.
Mungkin, prinsip fundalmentalis yang masih dipegang Dr Hassan sudah tidak relevan dikekalkan dalam PAS sekarang ini, ketika parti itu berketuakan Anwar Ibrahim seorang tokoh yang telah memasuki dimensi pemikiran liberal.
Dikenal pasti anut pluralisme agama 2010
Ucapan Anwar di di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” (Agama dan Pluralisme Antara Dua Dunia), benar-benar membuat kawan-kawannya dalam lingkaran ABIM tersentak dengan perubahan pola pemikiran Islam bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia itu.
Ustaz Ismail Mina, Dr Yusri Mohamad, Prof. Dr Sidek Baba, di antara bekas tokoh ABIM yang tidak menyangka akhirnya, Anwar Ibrahim terjerat dalam pemikiran pluralisme agama, satu ideologi agama baru yang lahir dari rahim Islam liberal ciptaan Barat.
“Saya langsung tidak menyangka hal itu kerana semasa kita di universiti, kita sudah mengenali Nurcholish Madjid.
“Dan semua orang tahu, Nurcholish Madjid. Datuk Seri Anwar pun tahu pemikirannya. Di mana Nurcholish Madjid pada awal tahun 1970-an sudah menolak Islam sebagai satu sistem politik.
“Datuk Seri Anwar, setakat yang saya tahu, dia faham benda itu. Jadi, saya tidak sangka sampai satu peringkat, fahaman beliau juga sudah selari dengan Nurcholish Madjid, “luah ustaz Ismail Mina ketika diwawancara dari hati ke hati pada 16 September 2011.
John Sidel, professor yang menjemput dan pengerusi majlis ucapan Anwar di LSE itu melihat sosok dan pemikiran Anwar mutakhir ini, saling tidak tumpah seperti Nurcholish Madjid, bapa pluralisme agama dan Islam Liberal Indonesia.
“Dari pertengahan tahun 1990-an di Indonesia dan Malaysia, bangkitnya pemikir intelektual Islam seperti Anwar Ibrahim dan Nurcholish Madjid yang menawarkan satu janji politik Islam modernis iaitu kombinasi gabungan di antara teknologi moden dan demokrasi dengan prinsip moral kepercayaan.
“Ide-idea liberal mereka menjadi ancaman kepada kepentingan kumpulan oligarki dan tidak demokratik dan mereka cuba dihapuskan – sebahagiannya melalui proses penentangan seperti kes Indonesia dan lebih kuno di Malaysia, apabila Anwar Ibrahim ditangkap dan dipenjarakan,”rumus John Sidel dalam rencananya bertajuk “The Islamic Threat in Southeast Asia: A Reassessment.”
Selain pensyarah John Sidel adalah seorang penyelidik yang mendapat tajaan East-West Center Washington.
Menurut ustaz Ismail Mina, ucapan Anwar di LSE pada 18 Mac 2010 telah dibahaskan di tiga wacana iaitu di UIA, Gombak (1 Mei 2010), Masjid Wilayah, Kuala Lumpur (14 Disember 2010) dan UMT, Terengganu (15 Januari 2011).
Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) telah dirujuk untuk meneliti ayat demi ayat maksud kata-kata Anwar di LSE itu.
“Sayu tidak terkira hati kita mengingatkan bahawa asalnya tokoh dakwah Islam yang berfikiran kebangsaan, menjadi aktivis dakwah, penerajunya, gerakan Islam (dengan pemikiran dipengaruhi Maududi, Hassan al-Banna, Syed Qutb dan yang sepertinya), akhirnya menjadi pendokong aliran John Hick dengan aliran pluralisme agama dengan implikasi-implikasi rohaniah terakhirnya. Allahumma sallimna wa’I-Muslimin. Amin,”begitulah mukadimmah Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady dalam kertas kerjanya bertajuk “Pluralisme Agama Dan Anwar: Beberapa Persoalan Dilihat Dari Pandangan Arus Perdana Islam”
Bermula selepas pembebasan Anwar 2004
Saya mula mengesan perubahan pola pemikiran Anwar bercakap dengan media asing di Munich, sejurus selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada September 2004.
Satu rakaman wawancara Anwar dengan Evan Williams dari Foreign Correspondent pada 14 September 2004 di Munich membuktikan perubahan pola pemikiran itu.
Dalam wawancara itu Anwar berkata usaha membendung keganasan dalam Islam hanya dapat dibendung melalui penyertaan bersama dengan kumpulan Islam yang kredibel.
“Bagaimana anda berhadapan dengan isu keganasan, pelampau dan fanatik, sekiranya anda tidak terlibat dengan kumpulan Islam yang boleh dipercayai ?,”kata Anwar.
Kata-kata Anwar itu menimbulkan mula mencetus keraguan apakah penyertaannya dalam PKPIM, ABIM dan sekarang ini berasimilasi dengan PAS bukan berasaskan keikhlasan kepercayaan, tetapi berasaskan matlamat tertentu yang senada dengan polisi Barat.
Ketika Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat (AS, perkembangan tentangnya jarang diperkatakan di Malaysia, kecuali di kalangan pengikut-pengikut setianya dari PKR.
Sekitar tahun 2005, saya menjumpai satu rakaman video ucapan Anwar di New York Democracy Forumanjuran National Endowment for Democracy (NED) yang dipaparkan di laman PUM (Persatuan Ulama Malaysia).
Saya tidak pasti kenapakah PUM berminat dan memaparkan kepada ahli-ahlinya ucapan Anwar yang bertajuk “TThe Future of Muslim Democracy” itu.
Ketika itu PUM merupakan organisasi Islam yang terawal mengesan kemunculan jenama Islam tajaan Barat yang dinamakan Islam Liberal itu.
Pada tahun 2008, saya mula menyoal haluan perjuangan Islam Anwar dengan membandingkan Anwar semasa dalam ABIM, UMNO dan di luar UMNO.
Satu petikan dari penulis PAS, Ahmad Lutfi Othman,dalam bukunya “Memo Buat Bakal PM”, Penerbitan Pemuda, 1993, menggambarkan Anwar seperti “ular berkepala dua’.
Kemudian pada tahun 2009, saya mula meletakkan satu persoalan yang agak berat, ‘benarkah Anwar Ibrahim dalang Islam Liberal di Malaysia ?“.
Persoalan itu dibuat berdasarkan inti ucapan Anwar yang berpaksikan bapa-bapa falsafah pemikir Barat seperti John Lock dan lingkaran badan-badan yang dihampiri Anwar seperti CSID (Center for the Study of Islam and Democracy), Minaret of Freedom Institute (MFI) dan RAND Corporation.
Ketiga-tiga badan itu juga merupakan penaung kemunculan Islam liberal di dalam dunia Islam yang juga mempunyai kaitan dengan NED, Soros dan Mont Polerin Society.
Selain itu, sampai sekarang Anwar masih gagal memberi alasan konkrit kenapa dia bersetuju menerima bantuan daripada dua yayasan Kristian Jerman, Konrad Adenauer Foundation (KAF) dan Friedrich Naumann Foudation (FNF).
Mai Pikiaq Pi: Ramai pertikaikan perjuangan Islam Anwar disebabkan kenyataan-kenyataannya sebelum ini...
No comments:
Post a Comment