Nuffnang Ads

Tuesday 23 October 2012

Empangan Sungai Selangor Hanya Mampu Bertahan 130 Hari Lagi


Tinjauan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini ke Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu merungkai segala helah yang dimainkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid selama ini yang masih menegakkan benang yang basah bahawa Selangor tidak mengalami masalah air sehinggakan memerlukan pembinaan Loji Langat 2.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim berkata, inilah hakikat sebenar yang rakyat harus tahu, bahawa Rizab air di Empangan Sungai Selangor yang membekalkan air bersih kepada 60 peratus rakyat Selangor hari ini kini tinggal 56 peratus dan mengikut kajian pihak Splash, jika keadaan penyusutan air berterusan, tidak mustahil Empangan Sungai Selangor ini akan kering kontang dalam masa 130 hari lagi bermula hari ini.
“Adakah ini fakta yang mahu disembunyikan oleh pihak Tan Sri Khalid dan pihak kerajaan negeri. Kenapa Khalid mahu menyembunyikan fakta isu air ini, sedangkan dia sebenar tahu apa yang berlaku namun kerana kepentingan politik sempat pihak kerajaan negeri, mereka lebih suka mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh demi menutup isu sebenar di Selangor hari ini.
“Sehubungan dengan itu, Khalid Ibrahim atau mana-mana Exconya harus tampil memberikan kenyataan sebenar, tahap kritikal isu air ini dan apakah perancangan jangka masa panjang dalam menangani masalah ini,” ujarnya selepas bersama-sama dalam lawatan dan tinjauan Tan Sri Muhyiddin ke Empangan Sungai Selangor, pagi tadi.
Terdahulu, kerajaan negeri Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pilihan rawatan air yang lebih murah tanpa keperluan untuk menaikkan tarif untuk pembinaan Langat 2, kaedah rawatan air yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menangani masalah kekurangan bekalan air yang diramalkan akan berlaku.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa telah menemui satu kaedah alternatif yang berdaya maju daripada sebuah syarikat Kanada dengan menggunakan teknologi membran bagi mengeluarkan air daripada loji sedia ada dan menjadikan ia sesuai untuk kegunaan isi rumah.
Namun cadangan kerajaan Selangor menggunakan teknologi membran bagi meningkatkan penjanaan air di loji terawat sedia ada tidak praktikal dan membabitkan kos lebih tinggi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Ia bukan penyelesaiannya dan apa yang perlu dilakukan adalah meneruskan projek pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) seperti dirancang.
“Saya sudah mendapatkan pendapat pakar berhubung teknologi membran dan dimaklumkan ia adalah langkah yang tidak praktikal dan kosnya juga akan bertambah,” ujarnya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak LRAL 2 di sini, hari ini. 
Mai Pikiaq Pi: MB Selangor sila jawab yang kononnya Selangor tidak mengalami masalah air...

No comments:

Post a Comment