Nuffnang Ads

Friday, 5 October 2012

Khalid harus jawab isu bas mewah


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta memberi penjelasan berhubung hak milik 'bas mewah’ yang digunakan oleh pakatan pembangkang dalam jelajahnya ke seluruh negara yang turut disertai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, Wanita UMNO menggesa supaya diberi penjelasan kerana terdapat percanggahan dalam kenyataan yang dibuat oleh Khalid berhubung status bas berkenaan.
“Kenyataan yang diberi oleh Khalid agak mengelirukan, pada 30 September Khalid menyatakan bas berkenaan adalah disewa, tetapi tidak sampai sebulan dari tempoh berkenaan beliau membuat kenyataan berbeza dengan mengatakan bas itu adalah sewa beli.
“Dalam hal ini, secara jelas berlakunya pembohongan mengenai status bas berkenaan dan sehingga kini beliau masih belum menjawab persoalan berkenaan, dan kami difahamkan bahawa bas berkenaan dikeluarkan dari kilang yang sama yang terbabit dengan 50 buah lori sampah yang dibeli oleh Kerajaan Selangor,” katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Wanita UMNO di sini, hari ini.
Hamidah berkata, disebabkan terdapat beberapa kebetulan berhubung isu `bas mewah’ dan 50 unit lori sampah, Wanita UMNO ingin mengetahui perkara sebenar dan mengapa sehingga kini Menteri Besar Selangor berdiam diri mengenai perkara itu.
“Saya mohon Menteri Besar, memberi penjelasan dalam tempoh seminggu sebelum membuat tindakan selanjutnya,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Anwar dan sekutunya hanya pandai berhabis duit... Belum jadi lagi pemimpin negara... Kalau ada pemimpin seperti mereka, agaknya aliran wang rakyat habis kepada puak-puak mereka sahaja... 

No comments:

Post a Comment