Nuffnang Ads

Tuesday 9 October 2012

PAS TAK TEPATI ISLAM

Perjuangan politik PAS kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata ahli seumur hidup parti itu, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad, (gambar)


Beliau yang juga Sasterawan Negara berkata, apa yang dilakukan Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuangkan Islam. 

Shahnon berkata, adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama PAS dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

“Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam, kalau mereka hendak bekerjasama dengan PAS,” katanya.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Sik berkata, dasar PAS sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP. 


DAP menyatakan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam seperti yang dimahukan PAS.

Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukan seperti kerjasama PAS dan DAP kerana ketika itu Islam memerintah dan memimpin mereka.


Mai Pikiaq Pi: Sampai bila Pas harus sedar pakatan mereka dengan DAP hanya sia-sia...

No comments:

Post a Comment