Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pakar ekonomi dan tidak tahu situasi ekonomi negara.
“Dia (Anwar) kata tak ada usaha yang dibuat dan belanjawan Pakatan boleh kurangkan defisit RM20 bilion.
“Sebenarnya mereka ini tak pakar. Tak tahu situasi ekonomi negara. Mereka bukan dalam kerajaan,” katanya seperti dilaporkan Mkini dotcom semasa berucap pada perjumpaan bersama pemimpin belia Selangor dan mahasiswa di Shah Alam hari ini.
Anwar lulusan Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya pernah dilantik menjadi Menteri kewangan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1990.
Bank Negara Rugi 1993
Ketika memegang jawatan Menteri Kewangan selama 8 tahun, bermula dari tahun 1990 hingga 1998, Anwar pernah dikritik di Dewan Rakyat pada tahun 1993 kerana kegagalan menangani kerugian Bank Negara yang mencecah bilion ringgit.
Lim Kit Siang, Ketua pembangkang di Dewan Rakyat pada itu mendesak Anwar selaku Menteri Kewangan bertanggungjawab sepenunya di atas kerugian tersebut.
“Jika seseorang itu memenangi loteri yang menawarkan hadiah RM2 juta sehari, untuk mendapat wang sebanyak RM16 bilion, dia perlu menang loteri tersebut setiap hari selama 8,000 hari berturut-turut ataupun selama 22 tahun!” kata Kit Siang ketika berceramah di Kuching, pada 29 Mei 1993.
Ahmad Shabery Chik bekas pensyarah ekonomi Universiti Malaya yang ketika itu Setiausaha Politik Tengku Razaleigh Hamzah turut menyalahkan ketidakcekapan Anwar sebagai Menteri Kewangan sebagai punca kerugian Bank Negara tersebut.
“Anwar mesti mengakui punca terbesar kerugian adalah akibat permainan spekulasi mata wang asing yang gagal. Jelas, kerugian ini bukanlah atas kertas sahaja tetapi kerugian nyata yang ditanggung oleh rakyat jelata.
“Umat Islam terperanjat bagaimana Menteri Kewangan yang banyak bercakap tentang Islam boleh merestui permainan spekulasi seperti ini. Sedangkan secara jelas ia memperjudikan wang rakyat sebegitu banyak. Bahkan kami hairan kenapa beliau boleh merestui pendekatan Bank Negara yang amat merbahaya ini dan tidak mahu berterus-terang apabila ia menemui kegagalan,”katanya.
Baca selanjutnya di “Lim Kit Siang – Anwar Ibrahim Punca Kerugian Bank Negara 1993“.
Krisis Ekonomi 1997
Sebagai Menteri Kewangan Anwar juga gagal menangani krisis ekonomi pada tahun 1997. Dalam menangani krisis itu, Anwar lebih cenderung menggunakan resipi Tabung Kewangan Antarabangsa, IMF, yang di belakangnya ketika itu dibayangi oleh penyangak matawang Yahudi, George Soros.
Dr Mahathir menceritakan pengalamannya menangani krisis ekonomi 1997 dalam bukunya, “Doktor Umum-Memori Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Pada September 1997, saya dijemput berucap pada mesyuarat tahunan Bank Dunia dan IMF di Hong Kong. Saya mengambil kesempatan membelasah peniaga mata wang dengan menuduh mereka telah memiskinkan lagi negara-negara yang sedia miskin di dunia.
“Saya menyebut nama Soros sebagai salah seorang peniaga yang memanipulasi mata wang negara-negara Asia Tenggara dan menggangu gugat pembangunan mereka.
“Hari berikutnya, Anwar berucap pada mesyuarat yang sama. Ketika itu, saya sudah berlepas ke Sabah dan beliau menelefon saya. Nada suaranya seperti orang marah. Beliau memberitahu saya bahawa ucapan saya menyebabkan nilai ringgit bertambah susut, cuma beliau tidak memberitahu saya agar jangan bercakap lagi. Namun, saya terus mengkritik IMF dan peniaga mata wang,” kata Dr Mahathir.
Menurut Dr Mahathir lagi, Anwar sebagai Menteri Kewangan juga rapat dengan Pengarah Urusan IMF, Michel Camdessus.
“Saya pernah bertemu dengan Camdessus sebelum itu dan beliau nampaknya seorang yang baik. Anwar yang ketika itu adalah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lebih kerap berjumpa beliau.
“Saya meminta Anwar merayu kepada Camdessus supaya berusaha menghentikan dagangan mata wang. Saya berkata, kegiatan itu tidak perlu dan merosakkan ekonomi negara membangun. Saya tidak tahu sama ada Anwar menyatakan atau tidak hal itu kepada Camdessus, tetapi tidak ada usaha diambil bagi menghentikan kegiatan tersebut,”katanya.
Wikipedia Anwar Ibrahim menyebut, “Semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997, Anwar sebagai Menteri Kewangan, menyokong Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) rancangan untuk pemulihan…Walaupun banyak syarikat Malaysia menghadapi kebankrapan, Anwar menyatakan: Kerajaan tidak akan campur tangan dalam menyelamatkan mana-mana bank untuk melindungi diri mereka dan Anwar menyokong pendekatan pasaran bebas (free-market approach), termasuk pelaburan asing dan liberalisasi perdagangan”.
Kenyataan di atas itu sama dengan kenyataan Dr Mahathir dalam buku memorinya itu.
“Anwar berpendapat yang ubat IMF adalah baik untuk kita dan akan membantu kita pulih daripada penyakit antarabangsa walaupun kita sebenarnya belum lagi jatuh sakit. Jadi, beliau menaikkan kadar faedah dan memotong perbelanjaan kerajaan.
“Saya memberi amaran kepada Anwar yang tindakannya itu mungkin menyebabkan kerajaan kehilangan hasil yang diperlukan bagi membayar gaji kakitangan awam.
“Beliau juga cuba memendekkan tempoh ingkar pembayaran balik hutang daripada enam bulan kepada tiga sebelum mengisytiharkannya sebagai hutang lapuk. Ini sekaligus menaikkan nisbah hutang lapuk bank dan menyebabkan ramai peminjam muflis. Perniagaan merosot. Penyakit yang kita cuba elakkan, muncul.
“Ubat IMF gagal menghalang penyakit itu, sebaliknya menjadi punca penyakit. Dalam pada itu pun, Anwar tetap meneruskan dasar pro-IMF beliau.
“Ekonomi kita jelas menuju ke arah kemelesetan. Banyak syarikat muflis manakala yang lain gagal melangsaikan hutang bank, lebih-lebih lagi selepas Anwar memendekkan tempoh ingkar bayar hutang daripada enam bulan kepada tiga dan menaikkan kadar faedah kepada 12 peratus,”katanya.
Baca selanjutnya di, “Kejatuhan Mata Wang 1997 – Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad”
Anwar tidak pakar ekonomi
Untuk menyelesaikan krisis ekonomi 1997, Dr Mahathir tidak menggunakan resipi IMF yang dicadangkan Anwar, sebaliknya membentuk jawatankuasa cerdik pandai ekonomi tempatan yang dikenali sebagai Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dibentuk pada 20 Disember 1997.
Jawatankuasa MTEN dipengerusikan oleh Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia.
Manakala Anwar pula walaupun ketika itu menjawat jawatan Menteri Kewangan hanyalah berfungsi sebagai salah seorang anggota MTEN.
Mai Pikiaq Pi: Kalau Anwar yang memegang tampuk pemerintahan, Malaysia akan tergadai...
No comments:
Post a Comment