Nuffnang Ads

Monday 8 October 2012

Kerjasama Pas dengan DAP, PKR punca perpecahan Melayu


Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, disebabkan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama parti sekular DAP dan parti liberal PKR menyebabkan masyarakat Melayu berpecah-belah dan tidak dapat bersatu.
“Kita memang reserve dan tidak bersetuju ataupun menganggap bahawa tahaluf (kerjasama politik) PAS dengan PKR dan DAP itu juga penghalang kepada kesatuan.
“Yang menghalang kesatuan ini disebabkan faktor kerjasama itu. Maknanya mereka nak jaga hubungan dengan PKR, nak jaga hubungan dengan DAP, lalu mereka membuat pilihan lain daripada pilihan yang sepatutnya mereka lihat dengan bekerjasama daripada segi kesatuan dan kesepakatan dengan badan-badan Islam termasuk UMNO,” katanya kepada media ISMA.
Menurutnya, dari segi realiti Islam tidak dapat ditegakkan jika Melayu tidak sepakat.
“Kalau tidak kenapa PAS sekarang, ustaz Hadi khususnya menyeru orang Melayu masuk PAS. Menyokong PAS. Sebab apa? Kalau dia (Hadi) kata tak perlu kepada Melayu.. bergantunglah kepada orang Cina.
“Bergantunglah kepada DAP, kalau dia rasa dia boleh tegakkan Islam tanpa orang Melayu,”katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdullah Zaik menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan slogan Melayu 'Sepakat Islam Berdaulat' telah memberi keuntungan kepada parti UMNO.
“Mereka menolak seruan ini kerana daripada segi aspek pandangan politik mereka ia tidak menguntungkan parti mereka bahkan menguntungkan musuh politik mereka.
“Sedangkan kita tidak melihat siapa rugi daripada segi politik. Kita melihat siapa untung siapa rugi daripada segi kepentingan agama Islam dan umat Islam berbanding kepentingan mana-mana parti,” tegas beliau.
Mai Pikiaq Pi: Melayu berpecah, orang lain tersenyum girang....

No comments:

Post a Comment