Nuffnang Ads

Thursday 25 October 2012

495,000 PENDUDUK KELANTAN CARI KERJA

Seramai 495,000 daripada 1.2 juta pencari kerja melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sejak tiga tahun lalu ialah penduduk Kelantan.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kebanyakan mereka memohon jawatan bagi Gred 1 hingga Gred 41 dan sejak lima tahun lalu, 12,831 permohonan diterima bekerja di sektor kerajaan. 




Beliau tidak menolak kemungkinan kekurangan peluang pekerjaan di negeri itu antara faktor ramai rakyat Kelantan memohon bekerja di sektor awam. 



Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk yang memohon pekerjaan menerusi suruhanjaya lain seperti pelajaran, polis dan tentera.

“Saya setuju mungkin kurang peluang kerja di Kelantan, kenapa begitu ramai rakyat Kelantan memohon kerja dan SPA akan buat kajian terperinci,” katanya selepas Sesi Interaksi Pengerusi SPA dengan Ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun, Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan, Zon Timur di sini semalam.

Beliau berkata, bagi mengatasinya, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan Isnin lalu untuk mencari penyelesaian terbaik.

"Jawatankuasa itu akan lihat bagaimana menyelesaikan permohonan yang begitu besar. Kita bincang dengan NGO kerana mereka ini bekas kakitangan kerajaan, satu badan yang bebas, profesional dan mempunyai fikiran dan mampu memberi cadangan kepada kita kerana dia yang tahu apa masalah di sini.

“Selain itu, kita mengadakan mesyuarat antaranya membincangkan apa yang kurang, berapa jawatan kurang, macam mana nak isi dan sebagainya,” katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan kononnya SPA meminggir kaum tertentu, sebaliknya memberikan keutamaan kepada mereka yang layak.

"Pelantikan tiada kaitan dengan agama, bangsa dan keturunan, tetapi lebih kepada kepakaran serta kemahiran kecuali kalau membabitkan agama Islam, tentulah kita pilih yang beragama Islam," katanya.
Mai Pikiaq Pi: Kelantan akan maju kalau BN memerintah....

No comments:

Post a Comment