Nuffnang Ads

Thursday, 11 October 2012

Bajet Pembangkang Tak Telus

Bajet bayangan 2013 pakatan pembangkang dibuat berdasarkan anggaran angka yang tidak tepat dan tidak telus hingga boleh menyebabkan negara bankrap.

Kajian Kementerian Kewangan mendapati butiran yang diberikan pembangkang tidak mengambil kira kesan terhadap perbelanjaan operasi daripada beberapa janji yang dicadangkan dalam bajet mereka.


pix_gal0
Sambil menyifatkan pembangkang sebagai 'orang lemah dalam pengiraan matematik’, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata: “Bajet bayangan pembangkang tidak menggambarkan prestasi kewangan sebenar dan ada beberapa perangkaan yang tidak kena dan tidak dijelaskan dengan terperinci.” 


Mendedahkan kelemahan bajet bayangan pakatan, Husni berkata, pembangkang mencanangkan bajet yang dibentangkan hanya membabitkan defisit 3.5 peratus, tetapi kajian mendapati defisit sebenar ialah 7.2 peratus.

Hutang meningkat

“Dengan defisit 7.2 peratus, maka jumlah hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan meningkat kepada 57.8 peratus, melangkaui paras maksimum ditetapkan mengikut Akta Pinjaman Domestik, iaitu kurang daripada 55 peratus,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Husni menjelaskan ini boleh menyebabkan mutu penarafan hutang kerajaan jatuh ke tahap yang lebih rendah daripada paras A-1 yang diberikan agensi penarafan antarabangsa, Standard and Poor's Corp dan A3 oleh Moody's Corp ketika ini. 
“Ini juga akan menyebabkan kos pinjaman menjadi lebih tinggi dan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia,” katanya.

Beliau mendedahkan pembangkang membentangkan bajet defisit yang rendah kerana tidak mengambil kira pelarasan gaji minimum, cadangan pemberian bonus tahunan untuk warga emas, penghapusan tol dan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta pengurangan subsidi seperti yang dijanjikan.

Perlu peruntukan RM25.9 bilion

Semua janji itu memerlukan peruntukan tambahan RM25.9 bilion, iaitu RM4.4 bilion bagi pelarasan gaji minimum; RM2.8 bilion (bonus warga emas); RM7.7 bilion (pengurangan subsidi); RM6 bilion (penghapusan tol) dan RM5 bilion (penghapusan hutang PTPTN).

“Dengan mengambil kira semua ini, perbelanjaan akan meningkat lebih besar yang seterusnya menyebabkan defisit negara meningkat,” katanya.

Husni juga mempertikaikan unjuran bajet pembangkang yang menyatakan kutipan hasil negara berjumlah RM197.1 bilion, manakala peruntukan perbelanjaan RM234 bilion, iaitu RM183 bilion belanja mengurus dan RM49 bilion untuk pembangunan. 

Bagaimanapun, apabila mengambil kira semua janji yang dibuat dalam bajet itu, pembangkang terpaksa berhutang RM27.7 bilion berbanding RM11.8 bilion yang dinyatakan sebelum ini.

Ini juga menyebabkan kerajaan terpaksa berhutang untuk membayar perbelanjaan mengurus. Dalam sejarah, negara tidak pernah berhutang untuk perbelanjaan mengurus kerana kerajaan sentiasa meletakkan dasar hasil melebihi perbelanjaan mengurus.

“Bayangkan kerajaan terpaksa pinjam untuk bayar gaji dan hutang. Ini akan menyebabkan kemerosotan kewangan dan agensi penarafan akan menurunkan taraf kita sebab kos pinjaman lebih tinggi, selain membawa kepada pengurusan wang yang teruk dan akhirnya mengundang kepada muflis,” katanya.


Mai Pikiaq Pi: Aku tak faham lah dengan PR nie... Umpama seseorang yang masuk campur urusan kewangan rumahtangga orang lain... Bengong!

No comments:

Post a Comment