Nuffnang Ads

Tuesday, 2 October 2012

PRU13: Wan Azizah tidak yakin dapat tawan Putrajaya


Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa kurang yakin dapat menawan Putrajaya sebaliknya turut melahirkan kerisauan lima negeri yang ditawan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini mungkin dirampas balik.
Wan Azizah seperti dilaporkan Antarapos mengakui masih wujud masalah dalaman dalam parti dan meminta agar kerjasama erat antara Wanita Keadilan, Angkatan Muda Keadilan(AMK) dan Srikandi Keadilan mesti diperkukuhkan sekaligus mengetepikan perbezaan pendapat.
“Inilah peluang kita, kita dah lama lalui dan tinggal sikit lagi sahaja untuk kita sampai ke penghujung, kita menang lima negeri kemudiannya dirampas balik … ada kemungkinan itu bahawa kita akan hilang apa yang kita capai.
“Jadi kita mesti buat sesuatu sekiranya kita nak pencapaian itu tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa, inilah yang menjadi pelengkap, kalau menang negeri saja macam (Tan Sri Khalid) nak buat macam-macam pun Persekutuan dapat menahan, jadi kalau kita menang negeri dan Persekutuan, InsyaAllah kita dapat lakukan apa niat di hati,”katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Konvensyen Nasional PKR 2012 di Shah Alam Convention Center (SACC) semalam.
Dalam masa sama, portal itu turut melaporkan Wan Azizah turut melahirkan kerisauannya tentang masa depan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang katanya tidak mustahil bakal dipenjarakan sekali lagi.
“Ada yang ‘twit’ kepada Anwar bahawa ada antara mereka yang tidak tahu pun bahawa Anwar Ibrahim masuk penjara, bukan sekali tetapi dua kali.Setengah orang tak tahu dia masuk dua kali, iaitu sebelum kahwin dan selepas kahwin.
“Jadi janganlah pula lepas dapat cucu (meringkuk) sekali lagi, InsyaAllah,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: MPP percaya BN dapat tawan kembali lima negeri di bawah pakatan pembangkang...

No comments:

Post a Comment