Nuffnang Ads

Monday 15 October 2012

Nakhaei: Sokongan PAS untungkan DAP

Seorang bekas pemimpin kanan PAS hari ini menegaskan parti itu tidak mungkin bekerjasama dengan DAP tanpa menjejaskan agenda agama yang dibawa olehnya.
Mantan Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaei Ahmad menolak jaminan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kerjasama parti itu dengan DAP “menguntungkan” dan tidak sama sekali menjejaskan agenda Islam PAS.
“Dalam banyak hal, PAS banyak mengalah. Jadi nak sedap hati orang Melayu, PAS kata kerjasama dengan DAP untuk politik sahaja, tapi politik mana boleh dipisahkan dengan dasar-dasar kerajaan, dasar-dasar parti dan juga persefahaman yang telah dijalin antara PAS dan DAP,” kata beliau kepada Antarapos.
Tahun lalu, Hadi terpaksa mengubah slogan parti itu daripada Negara Islam yang diguna pakai sejak penubuhan PAS, kepada Negara Berkebajikan.
Langkah itu dilihat sebagai tunduk kepada tekanan DAP yang gusar dasar-dasar Islam PAS akan meminggirkan sokongan pengundi Cina.
Presiden PAS itu juga dilihat ambil mudah dan bersikap lewa terhadap kritikan pemimpin-pemimpin DAP mengenai hukum hudud yang mahu diperkenalkan oleh PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Semalam, Hadi bersetuju dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kerjasama dengan DAP menguntungkan parti itu.
Hadi mendakwa kerjasama itu hanya berbentuk politik dan tidak sama sekali memberi kesan kepada perjuangan agama PAS.
Nakhaei menggesa Hadi mengakui hakikat bahawa wujud perbezaan dasar yang ketara antara dua parti itu yang pasti menjejaskan kekuatan Pakatan Rakyat.
Ini, kata beliau, akan menggugat kestabilan negara jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
“Kalau begitu, jadi perbalahan dalam kerajaan, tak kuat lah kerajaan tu. Jika tidak ada persetujuan dalam soal-soal asas, (mereka) akan berpecah,
“Nanti DAP mentah-mentah tolak dasar-dasar PAS. PAS pula mahu dasarnya (dilaksanakan) tanpa diubah, sebagaimana yang dia janji pada orang Islam. Jadinya, tidak ada persefahaman antara mereka,” ujarnya.


Mai Pikiaq Pi: Belum menang PRU13 sudah nampak penentangan DAP terhadap dasar-dasar Islam yang dibawa PAS.. Inikan pula jika berada dalam tampuk Kerajaan Persekutuan... Sudah tentu pakatan yang terjalin memberi keburukan kepada rakyat kerana mereka adalah pakatan yang mempunyai pelbagai macam nakhoda....

No comments:

Post a Comment