Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyenaraikan 20 pemimpin kanan parti itu bagi mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) menunjukkan ciri-ciri diktatorial seorang pemimpin yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ir. Idris Haron melihat tindakan pembangkang khususnya PKR berbuat demikian bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana telah sejak awal lagi sekutu mereka tidak pernah ada aliran pendapat yang sama.
“PKR telah tentukan mana anggota mereka yang akan jadi anggota kabinet sedangkan secara jelas Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw nafikan dengan mengatakan bahawa senarai itu bukan keputusan bersama pimpinan tertinggi pakatan pembangkang, jadi terbuktilah bahawa ketua pembangkang gila kuasa biarpun belum jadi Perdana Menteri,” katanya hari ini.
Laporan menyebut PKR dilihat seperti mendahului pakatan pembangkang apabila menyenaraikan 20 pemimpin kanan parti itu untuk mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang.
“Ciri-ciri diktator telah terserlah dalam kepimpinan Ketua Pembangkang apabila menamakan anggota menteri dan timbalan menterinya tanpa mengadakan perbincangan dengan sekutu pembangkang walhal mereka hanya tiga parti sahaja,” katanya.
Tegas Idris lagi, dalam Barisan Nasional (BN) keadaan tersebut tidak pernah berlaku walaupun anggota dalam kompenan tersebut melibatkan 13 parti berlainan kerana semua keputusan adalah melibatkan perbincangan dan persetujuan bersama.
“Sejak pakatan pembangkang berkerajaan di empat buah negeri dan kemudiannya mengidam untuk menjadi Kerajaan Persekutuan dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, mereka telah mendakwa nama untuk kabinet bayangan juga sudah ada.
“Malangnya nama-nama untuk jawatan kabinet bayangan sehingga hari ini pun tidak ada sebaliknya yang muncul adalah anggota PKR yang bakal menjadi menteri dan timbalan menteri tanpa melibatkan DAP dan Pas sendiri,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu.
Mai Pikiaq Pi: Akan wujud pimpinan anak beranak yang gila kuasa jika pembangkang jadi Kerajaan Persekutuan...
No comments:
Post a Comment