Nuffnang Ads

Tuesday, 23 October 2012

Pemimpin DAP tak berani tanding kawasan Melayu


Adakah kepimpinan DAP berani menyahut cabaran agar bertanding di kawasan majoriti Melayu jika benar parti itu ikhlas memperjuangkan kepentingan pelbagai kaum sebagaimana didakwa?
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah turut teruja dengan cabaran yang dilontarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kepimpinan DAP dan berharap agar ia dikotakan.
“Selama ini DAP mewar-warkan kononnya mereka adalah parti yang diterima oleh rakyat secara keseluruhan tapi hakikatnya tidak sedemikian terutama sekali penolakan jelas berlaku di kalangan orang Melayu secara majoriti serta kaum-kaum lain juga,” katanya kepada UMNO-Online.
Ahad lalu, Perdana Menteri semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-59 di Wisma MCA menekankan bahawa perkataan demokratik dan reformasi yang sering dilaung DAP tidak lebih sekadar slogan kerana hakikat sebenar parti itu cuma memperjuang kepentingan satu kaum sahaja.
“Sebab itu saya bersetuju dengan cabaran Datuk Seri Najib yang juga Presiden UMNO untuk mencabar DAP jika benar-benar ia adalah parti yang diterima oleh semua maka bertandinglah di kawasan Melayu kerana dalam Barisan Nasional (BN) ada pemimpin di kalangan bukan Melayu bertanding di kawasan Melayu dan dengan jelas ia diterima.
“Jadi kalau DAP benar-benar berani bertanding di kawasan Melayu dan diterima maka barulah boleh mengatakan bahawa mereka diterima atau tidak,” tegasnya.
Namun demikian, beliau yakin bahawa parti terbabit tidak akan berbuat demikian lantaran sedar bahawa mereka sebenarnya mempunyai agenda tersendiri.
“DAP tidak diterima oleh majoriti orang Melayu kerana sikap dan cara-cara politiknya yang betul-betul bersikap cauvinis selain hanya berjuang untuk kepentingan satu kaum saja.
“Jadi sudah tentulah DAP tidak akan berani untuk menyahut cabaran Perdana Menteri kerana mereka tahu realitinya masyarakat Melayu menolak malah di kalangan orang-orang Cina sendiri pun tidak menerima mereka kerana cara dan pendekatan perjuangannya tidak sesuai dengan norma masyarakat di Malaysia.”
Tambah beliau lagi, pendekatan dan kaedah yang dilakukan hari ini memang berubah tetapi perjuangan dan niat mereka dalam politik tetap sama.
“Walaupun sekarang ini mereka nampak baik dengan parti Melayu dalam pakatan pembangkang iaitu PKR dan Pas tetapi hakikatnya tetap sama dan perjuangan DAP tidak pernah berubah”
Jelasnya, kerana sifat dan hala tuju yang lebih bersifat cauvinis maka ia ditolak oleh orang Melayu, orang cina dan bangsa lain yang sayangkan negara ini.
“Masyarakat yang cintakan keamanan dan mahukan perpaduan dikalangan rakyat tidak menerima DAP kerana ia bukan saja parti yang mengelirukan tetapi juga menipu rakyat bagi menjayakan matlamat asal mereka.”
Mai Pikiaq Pi: Mana nak berani... dah tau akan kalah!

No comments:

Post a Comment