Mereka berpendapat jika benar PKNS membantu kerajaan negeri melangsaikan hutang Talam Corporation Berhad (TALAM) sebanyak RM392 juta, ia juga patut membantu mengambil alih hutang penduduk yang berpendapatan rendah di Selangor.
Penduduk rumah pangsa Seksyen 18, Husni Dollah, 53, berkata, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu mengotakan janji pilihan raya untuk membantu golongan berpendapatan rendah di negeri itu, terutama mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
Katanya, golongan terbabit tidak mampu melangsaikan hutang perumahan mereka dengan bank sehingga banyak rumah yang terpaksa dilelong.
“Sebagai contoh, setiap bulan saya membayar ansuran bulanan sebanyak RM500 dan hutangnya dengan bank masih berbaki kira-kira RM25,000,” katanya selepas menyerahkan notis tuntutan kepada Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, di sini, semalam.
Bantahan kali kedua
Bantahan semalam adalah kali kedua selepas hampir 100 penduduk sekitar Shah Alam, Kelana Jaya dan Petaling Jaya, yang juga pembeli rumah yang dibina PKNS menyertai bantahan di Ibu Pejabat PKNS, Seksyen 13, di sini, Isnin.
Pendapat sama dikongsi penduduk di Seksyen 7, R Yogeswaran, 42, yang mahu kerajaan negeri mengambil serius tuntutan mereka, yang sebelum ini memberi sepenuh kepercayaan untuk kerajaan Selangor sekarang mentadbir kerana yakin dengan janji yang dibuat ketika pilihan raya lalu.
“Saya hendak mereka tunaikan janji hendak bantu rakyat Selangor yang susah.
“Sekarang ini kami susah dan saya dengar kerajaan negeri banyak duit. Apa salahnya jika tolong jelaskan hutang kami dengan bank yang hanya beberapa juta ringgit saja,” katanya.
Sementara itu, wakil pertubuhan kebajikan penduduk yang dikenali Perikatan Prihatin Malaysia, Saiful Yazan Abu Hassan berkata, satu perhimpunan besar-besaran membabitkan penduduk berpendapatan rendah yang membeli rumah dengan pemaju hartanah itu akan diadakan dalam tempoh terdekat jika Menteri Besar gagal memenuhi tuntutan pembeli.
Mai Pikiaq Pi: Jika berhutang wajib dibayar tak kisahlah hutang apa sekalipun...
No comments:
Post a Comment