Nuffnang Ads

Wednesday, 28 November 2012

Puteri Umno dekati pengundi atas pagar supaya sokong kerajaan

Pergerakan Puteri Umno sedia mendekati golongan pengundi atas pagar bagi mengenal pasti kemahuan serta kehendak mereka supaya mereka dapat membuat pilihan yang tepat dengan menyokong kerajaan apabila tiba Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
 
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, untuk tujuan itu Puteri Umno akan menubuhkan sebuah skuad penggerak bagi mengenal pasti keperluan mendesak golongan pengundi atas pagar itu.
 
"Skuad ini akan mengadakan survei mengenai kemahuan mendesak mereka. Kehendak mereka mudah berubah dan skuad ini perlu mendekati mereka setiap masa hatta sehingga hampir tiba saat pilihan raya.
 
"Kemahuan mereka akan disampaikan terus kepada kerajaan," katanya dalam ucapan dasar bertajuk 'Juang' pada persidangan perwakilan pergerakan itu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
 
Turut hadir tiga anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, Dr. Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Rosnah berkata, untuk tujuan itu juga Puteri Umno menubuhkan sebuah skuad pemantau bagi mengenal pasti sebarang keciciran atau isu terlepas pandang.
 
Katanya ini penting bagi memastikan Umno tidak kehilangan undi atas sebab yang tidak dijangkakan sungguhpun kerajaan telah menjalankan pelbagai program termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
 
"Puteri juga mahu mempergiatkan usaha Cyber Troopers untuk terus mendekati rakyat supaya program yang kita laksanakan dapat terus sampai ke peringkat akar umbi melalui maklumat dan informasi yang betul," katanya.
 
Rosnah berkata, Puteri Umno juga memperhebatkan lagi program santai yang melibatkan rakyat secara terus dan tidak terikat dengan protokol, dan digerakkan secara berterusan hinggalah PRU-13 berlangsung.
 
Bagi mendekati golongan muda secara konstruktif, Rosnah berkata, Puteri Umno merancang beberapa pelan tindakan untuk memastikan golongan itu tidak tercicir daripada arus perjuangan.

Katanya, langkah pertama adalah penubuhan 'Sekretariat IDEA' yang akan dianggotai oleh golongan wanita muda daripada pelbagai latar belakang untuk bergerak sebagai sebuah badan bebas yang akan melaksanakan aktiviti yang lebih segar dan unik.
 
Rosnah berkata, Puteri juga mahu menggiatkan aktiviti dan kempen jelajah ke seluruh negara mempromosikan budaya politik yang bersih dan terpimpin sebagai usaha memerangi politik persepsi dan fitnah.
 
"Ini penting untuk memberi gambaran betapa pergerakan sentiasa mendahulukan perjuangan agama dan bangsa sekalipun perlu melalui jalan yang sukar," katanya.
 
Rosnah berkata, Puteri Umno akan terus giat mendekati pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia melalui pengemaskinian data pelajar di setiap bahagian.
 
Selain itu, katanya pergerakan berkenaan juga akan menubuhkan sebuah akademi politik dan sebuah jawatankuasa pencarian bakat yang dikenali sebagai 'Mentor' dengan wanita muda cemerlang dalam bidang masing-masing memberi tunjuk ajar kepada pelapis wanita muda.
 
Beliau berkata, Sidang Kemuncak Wanita Muda Malaysia juga sedang dirancang bagi membincangkan pelbagai isu wanita muda dan halatuju masa depan tanpa mengira latar belakang politik.


Mai Pikiaq Pi: Pengundi atas pagar adalah penentu kemenangan BN pada PRU13 nanti....

'Doa KO BN tak boleh dimaaf' - Rosnah Shirlin


Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan 'doa KO BN' yang dibacakan oleh Pas hampir dua minggu lalu sebagai satu "penghinaan dan pencabulan" yang tidak boleh dimaafkan.
Sehubungan itu tegas Rosnah, beliau tidak pernah mendengar atau diajar untuk menyatakan doa kemusnahan sesuatu kaum atau sesama Islam.
Malah katanya, beliau juga sudah kehilangan rasa hormat terhadap Pas ekoran doa yang dilafazkan.
"... tidak pernah diajar dalam Islam. Saya cukup kecewa. Kalau dulu saya masih ada rasa hormat kepada sebuah parti Islam iaitu Pas melalui pemimpinnya yang tidak ekstrem.
"Apabila doa dilafaz oleh pemimpin Pas, saya hilang hormat kepada parti yang menyatakan mereka memperjuangkan Islam. Ia penghinaan kepada umat Islam secara keseluruhan kerana pemimpin Pas sendiri, Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) menyatakan doa ini dibenarkan dalam Islam, ini juga salah. Apabila melakukan kesalahan, kesalahan itu cuba disembunyikan melalui menggunakan agama," kata beliau dalam temu bual di Hotel Seri Pasifik di sini, semalam sempena Perhimpunan Agung Puteri Umno.

"Sekali lagi, itu juga penghinaan besar," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan sambil menambah, "Saya umat Islam, ia sebagai pencabulan dan satu penghinaan besar yang tidak mampu dimaafkan."
"Bukan kerana mendoakan Umno tetapi ada kesanggupan doakan saudara seagama sudah tentu satu perkara cukup menyedihkan," kata beliau.

Doa yang dikritik Umno dan BN dibacakan pada satu Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan sempena Muktamar Tahunan Pas di Kota Bharu, baru-baru ini.

Ditanya sama ada Puteri yakin kemenangan Umno secara keseluruhan dan kekal berkuasa, Rosnah yang menerajui pergerakan itu sejak empat tahun lalu berkata, "Umno kekal, insya-ALLAH. Saya tidak mahu takbur dalam menjawab soalan ini."

"Saya yakin sebenarnya dengan apa yang dilaksanakan dan proses transformasi yang dilakukan, membuktikan Umno dan BN adalah parti untuk rakyat," katanya.
Rosnah berkata, segala yang dilakukan untuk rakyat dan yakin mereka tahu mengenai perubahan yang dibawa parti sejak tiga tahun lalu.

"Mereka akan beri sokongan tidak berbelah bahagi kepada Umno.

"Saya yakin kita dapat peperangan ini dengan kemenangan selesa, tubuhkan kerajaan. Itu doa saya sebagai ahli parti, ibu dan individu.

"Doa orang muda yang ingin melihat kesinambungan kepimpinan yang sedia ada kerana kita mempunyai pemimpin yang baik dan cemerlang. Pemimpin yang boleh ke arah negara yang gemilang daripada apa yang telah kita lalui," katanya lagi.
Mai Pikiaq Pi: Pas tidak menampakkan ciri-ciri sebagai pemimpin Islam tulen apabila sanggup mendoakan kehancuran umat Islam lain....

Pas dicabar tukar perlembagaan parti



Pas dicabar supaya menukar perlembagaan parti itu berikutan tindakan sesetengah pimpinan dan ahli parti yang mendoakan kehancuran Umno, baru-baru ini.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik menyifatkan parti itu tidak faham sejarah negara apabila tergamak melabelkan kehancuran Umno yang juga saudara seislam.
“Jika satu masa dulu, Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri dapat melihat dengan jelas Pas ikhlas memperjuangkan negara serta kepimpinan Islam, namun kebelakangan ini perjuangan asas itu sudah hilang.
“Sekarang ini timbul pula isu berdoa untuk menghancurkan orang Islam Umno, sedangkan mereka ini tidak faham sejarah negara. Jika dilihat kembali sejarah, 55 tahun dulu perjuangan agama ini sudah diasaskan oleh Umno," katanya.
Beliau turut menyifatkan Pas sebagai robot di dalam pakatan pembangkang, yang mana kewujudan parti terbabit hanya dipergunakan oleh parti pembangkang lain bagi kepentingan masing-masing.
Mai Pikiaq Pi: Pas jauh tersasar daripada perjuangan asal sejak bergabung dengan PKR, DAP...

Wanita Umno terus terajui pelbagai kejayaan untuk kaum Hawa - Shahrizat

Di bawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno, golongan wanita melakar pelbagai kejayaan melalui pelbagai program yang dirangka untuk mereka, kata Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
 
Ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita Umno 2012 di sini hari ini, beliau sekaligus menempelak pakatan pembangkang yang baru 'terkedek-kedek' mahu memperkenalkan inisiatif untuk kaum Hawa di negara ini.
 
"Maaf cakaplah, baru tahun ini pakatan pembangkang kononnya hendak melancarkan agenda untuk wanita Malaysia. Forget it (lupakanlah). Puan-puan dah mendahuluinya, (pembangkang) terlambat 66 tahun," tegas beliau.
 
Dalam ucapan bertajuk 'Masa Depan Umno' itu, Shahrizat menarik perhatian bahawa Wanita Umno melalui perjuangannya membuka jalan bagi meningkatkan penglibatan wanita dalam pelbagai sektor seperti politik, ekonomi, sosial dan profesional.
 
Namun, di sebalik pelbagai kejayaan yang dicapai pergerakan itu, beliau berkata Wanita Umno harus mengambil beberapa langkah bagi merekayasa kembali perjuangan termasuk mengukuhkan perpaduan ketika Umno membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Shahrizat berkata, keputusan PRU lepas menjadi pengajaran besar dan 'wake-up call' untuk Umno dan BN supaya tidak lagi leka dengan cabaran politik yang melanda.
 
Sehubungan itu, beliau menuntut anggota Wanita Umno supaya bersatu, berjuang demi prinsip dan memupuk sikap saling mempercayai.
 
"Kita perlu memperhebatkan kempen keanggotaan, mendekati golongan muda dan profesional dan menunjukkan kepada golongan ini bahawa parti kita adalah relevan untuk terus mentadbir negara," jelasnya.
 
Di samping itu, Shahrizat mahu lebih banyak calon wanita bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.


Mai Pikiaq Pi: Wanita Umno telah berusaha keras untuk memastikan kaum Hawa berada sama tinggi dengan kaum Adam.... 

Umno sudah sedia lalui peralihan generasi


Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) memikul tugas berat untuk memikat hati 42 peratus pengundi muda yang akan memberi impak kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13, penentu parti mana yang akan meneraju Malaysia.
Tanggungjawab dan peranan untuk meraih undi kira-kira 5.37 juta pengundi berusi bawah 40 tahun ini mesti dilaksanakan bersungguh-sungguh kerana Umno dan BN bersaing dengan parti pembangkang untuk mendapatkan sokongan, sekaligus memenangkan parti masing-masing.
Agenda memenangi hati dan minda pengundi generasi Y adalah antara yang disentuh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan amanat kepada barisan pimpinan jawatankuasa bahagian, sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 semalam.
Berdasarkan statistik suku ketiga Daftar Pemilih 2012 Suruhan Pilihan Raya, sejumlah 13.1 juta pemilih berdaftar layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 yang boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Sebanyak 18.07 peratus atau 2.37 juta pengundi terdiri daripada kumpulan umur antara 21 dan 29 tahun manakala 22.8 peratus atau hampir tiga juta terdiri daripada kumpulan umur antara 30 dan 39 tahun.
Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh ketika ditemui Bernama, merumuskan amanat Perdana Menteri memberi isyarat jelas bahawa Umno sudah bersedia untuk melalui peralihan generasi, iaitu   menampilkan orang muda untuk memimpin parti dan negara.
Muhammad Khairun berkata, konsep pengorbanan yang menghendaki pemimpin lama memberi laluan kepada golongan muda sebagai calon, terserlah dalam amanat Presiden parti kepada anggota Umno, semasa beliau  membincangkan isu taktikal Umno dalam menghadapi pilihan raya umum nanti.
Katanya rata-rata anggota juga dilihat senada dengan Najib, melafazkan ikrar janji setia untuk bersatu padu dan kesanggupan mereka untuk berkorban demi parti.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Seputeh Muhammad Razlan Muhammad Rafii pula berkata Umno kini dilihat memberi peluang seluasnya kepada generasi muda untuk menjadi pemimpin pada masa depan.
Menurutnya pelbagai langkah yang diambil Umno, parti terbesar di negara ini yang sudah berusia 66 tahun, sering melibatkan dan memberi peluang golongan muda untuk turut sama memberi pandangan mereka dalam soal pentadbiran.
Beliau berkata, Pemuda Umno akan terus memberi penjelasan kepada generasi muda mengenai usaha yang sedang dilakukan kerajaan khusus buat orang muda ketika ini, di samping berusaha menyediakan mereka untuk  mencorakkan masa depan Malaysia.
Katanya banyak program yang dilaksanakan kerajaan menyerlahkan kepentingan suara golongan muda dalam negara yang adakalanya tidak disedari mereka secara langsung, dan menjadi tanggungjawab Umno untuk  menyedarkan mereka.
Pelbagai program dilaksanakan kerajaan khusus buat golongan muda, antaranya seperti karnival peluang pekerjaan, pemberian RM250 bantuan kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia dipanjangkan kepada kumpulan bujang berumur 21 tahun ke atas yang layak, rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun.
Mai Pikiaq Pi: Tanggungjawab semua pimpinan BN untuk memastikan BN terus memikul tanggungjawab memerintah negara....

Umno doa Pas dibukakan pintu arah kebenaran


Walapun Pas mendoakan kemusnahan dan kehancuran terhadap UMNO, namun parti itu dalam perhimpunan agungnya tidak sama sekali bertindak balas malah turut mendoakan kebaikan kepada musuh politiknya itu.
Pada Majlis Perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka di sini, Selasa malam,  doa yang dibacakan oleh Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Afandi Mohd langsung tidak mendoakan kemusnahan Pas.
Sebaliknya mendoakan agar dibukakan pintu hati mereka untuk kembali ke jalan Allah dan kembali kepada kebenaran serta menggerakkan hati mereka untuk menyambut salam perpaduan Islam.
Berikut isi kandungan doa tersebut :
Yallah Ya Tuhan kami, pada malam yang penuh keberkatan ini, kami menadah tangan, memohon kehadrat-mu Ya Allah, agar majlis Perasmian Persidangan Perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh pemimpin kami YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO dianugerahkan hidyah dan taufik, agar urusan kami berjalan lancar, beroleh kejayaan dan keberkatan.
Ya Allah, di atas bahu kami ada tanggungjawab dan amanah yang berat, anugerahkanlah kepada kami keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami supaya kami dapat meneruskan perjuangan Nabi kami Muhammad SAW di zaman yang tidak ada nabi dan rasul ini, Ya Allah, perlihatkanlah kepada yang benar itu benar, supaya kami dapat mengikutinya dan perlihatkanlah ‚yang batil itu batil‘ supaya kami dapat menjauhinya.
Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui pada hari ini kami menghadapi tentangan dan cabaran yang amat hebat, baik dari musuh yang terang, mahu pun musuh yang tersembunyi, malah apa yang lebih memedihkan hati kami, apabila ancaman dan kebiadapan terhadap agenda ummah dan bangsa, dilakukan oleh mereka yang keliru dan terpedaya dikalangan kami.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, bukalah pintu hati saudara-saudara kami di dalam Pas, untuk kembali ke jalanmu Ya Allah…kembali kepada kebenaran.
Engkau gerakkan hati mereka untuk menyambut salam perpaduan Islam bagi sama-sama memartabatkan agamamu Ya Allah, bangsa Melayu dan bumi Malaysia yang tercinta.
Ya Allah berikanlah kepada kami kekuatan untuk menghadapi segala musibah ini, dihadapan kami, menanti medan pilihan dan penilaian rakyat, iaitu Pilihan raya umum ke-13, kurniakanlah kami kekuatan, untuk mempertahankan amanah ketuanan Melayu Islam, ditanah air kami.
Berikanlah kepada kami keupayaan untuk bersiap siaga, dengan hemah yang tinggi, hati yang bersatu, jiwa yang luhur, serta kesetiaan yang kukuh, dan akhirnya dijunjung perjuangan yang getir ini. Ya Allah, berikanlah kepada kami kemenangan dalam perjuangan ini.
Kurniakan kami, segala kecekalan hati, keteguhan tekad, kesungguhan azam, dan kebijaksanaan fikiran kepada sekalian pemimpin UMNO, terutama Presiden UMNO beserta timbalan serta seluruh kepimpinan dan sekalian ahli UMNO yang lainnya. Kepada mu jua kami bertawakkal dan menyerah diri, ditangan Mu jua pemutus dan penentu segala-galanya.
Ya Allah hidupkan kami dengan Islam, matikan kami dalam Islam, akhirilah hayat kami ini dengan Husnil Khatimah dan dengan kalimah La ilahaillallah Muhammadun Rasululullah.
Mai Pikiaq Pi: Semoga Allah membukakan hati Pas untuk bersatu dengan Umno dalam memperjuangkan syariat Islam....

Tuesday, 27 November 2012

Muktamar Pas bukti Pakatan kian lemah, kata Khairy

Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 yang melabuhkan tirainya dua minggu lalu mencerminkan bahawa parti itu semakin lemah ekoran dua isu besar yang membadai parti itu, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau, tindakan Pas mendoakan kehancuran Umno-Barisan Nasional dan desakan akar umbi parti komponen Pakatan Rakyat itu yang mahukan ketua mereka dilantik sebagai Perdana Menteri kelak membuktikan kelemahan pembangkang.

"Pertama, kemarahan umat Islam di Malaysia termasuk mereka yang berada di atas pagar dan ahli Umno, dengan sikap Pas yang mendoakan kehancuran Umno itu sendiri.

"Ramai yang tidak setuju dan merasa marah. Mereka rasa walaupun ada perbezaan politik jangan ada yang mendoakan kehancuran orang Islam. Mereka beranggap ia politik yang ekstrem, penyalahgunaan agama untuk matlamat politik. Jika mendoakan kehancuran Umno bermakna mendoakan kehancuran ahlinya juga," ujar Khairy.

Bercakap dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian, Khairy berpendapat, tindakan mendoakan kehancuran terhadap parti pemerintah pada hari ini sebagai "politik yang keterlaluan."

"Parti politik itu mempunyai ahli, mana ada parti politik yang tidak mempunyai ahli. Bagi saya parti Umno parti politik dan ia dianggotai oleh manusia dan umat Islam dan bukan ia dianggotai oleh binatang," tegas Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Himpunan Kebangkitan Umat yang berlangsung di Kota Bharu pertengahan bulan ini mencemar muktamar tahunan Pas yang sedang berlangsung ketika itu apabila kira-kira 40,000 penyokongnya diperdengarkan doa supaya bala diturunkan untuk menghancurkan Umno-BN.

Doa yang dipimpin oleh adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat itu menggemparkan negara sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam di negara ini.

Sementara muktamar kemudiannya dikejutkan dengan polemik jawatan Perdana Menteri apabila akar umbi Pas secara lantang menyuarakan hasrat hati mahukan ketua mereka menjadi Perdana Menteri.

Hal ini pastinya menimbulkan perasaan kurang senang terutama kepada individu yang disebut-sebut bakal menjawat jawatan itu apabila Putrajaya bertukar nakhoda.

"Saya lihat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kini dalam keadaan tidak selesa, di mana kali pertama akar umbi Pas jelas memperkatakan bahawa mereka tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri.

"Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini, di mana mereka berjaya menutup keresahan ahli-ahli Pas dengan persetujuan di peringkat pemimpin pakatan, di mana peringkat Presiden parti mereka bersetuju melantik Anwar sebagai Perdana Menteri. Ini tamparan kepada Anwar dan secara tidak langsung melemahkan PR," kata Khairy.

Bahkan katanya, kelemahan PR jelas kelihatan apabila turut gagal mengemukakan Kabinet bayangan mereka.

"Ini menimbulkan tidak ketentuan, rakyat dan pelabur tidak suka perkara sebegini, mereka mahukan kepastian. Berbanding dengan Umno kita jelas, sekiranya menang pilihan raya nanti, jawatan Perdana Menteri itu adalah Datuk Seri Najib yang juga Pengerusi BN, ia kata sepakat semua parti yang bernaung bawah BN. Pas jika kita lihat jelas menolak Anwar, apa sebabnya kita tidak ketahui," katanya.

Ditanya apakah muktamar Pas akan menjadi kayu pengukur Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012, Khairy berkata, "bagi kami apa yang berlaku dalam Muktamar Pas kami beranggap isyarat kepada rakyat soal politik yang keterlaluan, soal tidak kesepakatan mengenai calon Perdana Menteri, itu yang kami dapat gambaran daripada Pas."

"Kami ada perancangan tersendiri dalam Umno, dan kami tidak pernah menggunakan agama secara keterlaluan untuk memancing undi mana-mana pihak, Pas yang selalu berbuat sedemikian menggunakan agama," jelasnya.


Mai Pikiaq Pi: Banyak kepincangan yang berlaku dalam Pakatan sehari demi sehari...

Pakatan Rakyat Umpama 'Anjing Yang Takut Bayang Sendiri'



Berita terkini, Pakatan Rakyat, parti politik songsang kini dalam keadaan hilang punca. Kepimpinan PR di Negeri Selangor kini baru sedar bahwa rata-rata, sokongan rakyat terhadap mereka telah pudar. Maka jalan keluar yang paling senang adalah dengan melambatkan pilihanraya di negeri tersebut. Menteri Besar boneka, Khalid Ibrahim telah pun memutuskan Selangor tidak akan ikut serta jika kerajaan Persekutuan dibubarkan pada November 2012 atau awal 2013.

Keputusan ini tentunya akan menyebabkan para penyokong Pakatan Rakyat menjadi kecewa kerana kepimpinan mereka sekarang ini telah menjadi anjing yang takut pada bayang-bayang sendiri. Alasan yang dikemukakan adalah untuk memastikan Electoral Roll dibersihkan. Tetapi Electoral Roll tidak pernah menjadi isu sekitar kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 12. Electroal Roll tersebut-lah yang telah memberikan kemenaangan 5 negeri kepada Pakatan Rakyat. Ini adalah hujah mudah bagi menunjukkan bahwa kepimpinan Pakatan Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada keyakinan rakyat terhadap mereka. Ini telah secara tidak langsung memberikan kemenangan moral kepada Barisan Nasional bahwa Pakatan Rakyat akan ditalkinkan di PRU 13 ini.


Kehilangan kepercayaan ini berlaku kerana, kepimpinan PR sedar bukanlah mudah untuk mentadbir negeri-negeri yang telah mereka menangi kerana tiada muafakat antara parti-parti dalam PR. DAP tidak menerima Hudud PAS. Kerajaan negeri Selangor dan Kedah hilang kredibiliti dari sudut pandang pengundi-pengundi Melayu Islam di dua buah negeri tersebut apabila DAP tidak setuju dengan beberapa tindakan yang dilakukan oleh YB Hassan Ali dan Menteri Besar Kedah. Pemuda PAS sekarang ini sudah tidak lagi se-pendapat dengan PAS Pusat ekoran beberapa insiden yang telah menyebabkan kepimpinan DAP menghina ulama-ulama PAS. Campur-tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS juga telah menyebabkan retak yang hanya menunggu belah antara hubungan PAS dan DAP. PAS hilang niat perjuangan apabila mengubah agenda negara Islam kepada negara Kebajikan dan tiba-tiba terpaksa berpatah balik kepada hudud apabila menyedari sokongan Melayu Islam kepada parti mereka menjadi semakin kelam dan suram. 

Dalam kemelut ini, PAS akan menjadi mangsa keadaan dan selepas PRU 13, PAS akan kehilangan Kedah dan Kelantan serta banyak kerusi-kerusi Parlimen dan DUN di seluruh Malaysia. Jalan keluar untuk PAS adalah dengan keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP dan PKR sekarang telah berjaya memperkudakan PAS untuk kepentingan mereka.

Tetapi yang jelas, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat sudah hilang taring dan kepercayaan terhadap kebolehan mereka menawan Putrajaya semakin hari semakin pudar. Realiti sekarang adalah,  DAP hanya inginkan P.Pinang, PAS - Kelantan dan Kedah manakala PKR mahukan Selangor. Ini jelas dari sikap kepimpinan PR yang tidak mahu ikut serta dalam pilihanraya umum yang ke 13 ini........


Mai Pikiaq Pi: Jangan tersilap buat perhitungan pada PRU13 nanti..., akibat buruh padahnya jika pilih kerajaan yang gila kuasa....

"Tiada kaitan dengan perkahwinan saya"


PENJAGA gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat menepis dakwaan bahawa tumpuannya terjejas ekoran persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada penghujung Disember depan.
Namun pada masa sama, pemain berusia 23 tahun itu tanpa berselindung mengakui dirinya menjadi punca utama kekalahan 0-3 skuad Harimau Malaya kepada Singapura pada aksi pembuka tirai peringkat Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.
Dalam perlawanan itu, Khairul Fahmi yang juga dikenali sebagai Apek didakwa membuat kesilapan mudah apabila gagal mengeluarkan bola pada minit ke-37 hasil sepakan percuma Shahdan Sulaiman sebelum disambar Shahril Ishak untuk gol kedua Singapura pada perlawanan tersebut.
Persembahan goyah Apek dalam pertemuan itu telah mengundang resah peminat biarpun penjaga gol utama Harimau Malaya itu kembali fokus pada separuh masa kedua.
“Saya bertanggungjawab atas kekalahan Malaysia kepada Singapura. Begitupun, ia tiada kena mengena dengan persiapan perkahwinan saya.
“Sekali lagi, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana gagal membantu skuad negara mencatatkan kemenangan ketika menentang Singapura dan berjanji akan kembali bangkit selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan malam kelmarin.
Untuk rekod, Apek, 23, yang merupakan penjaga gol utama Kelantan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pemilik butik pengantin, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau mesra dengan panggilan Leuniey pada 28 Disember ini.
Sementara itu, bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli tampil mempertahankan prestasi Apek sambil menyifatkan wira Piala Suzuki AFF 2010 itu bakal mengulangi persembahan hebat pada perlawanan kedua ketika menentang Laos malam esok.
“Inilah bola sepak. Kadang-kadang kita menonjol, kadang-kadang tidak.
“Tekanan amat dirasai memandangkan kita tampil sebagai juara bertahan, tambahan pula menjadi tuan rumah kejohanan.
“Jadi, kita sebagai peminat haruslah memberikan semangat bukan sekadar mengkritik tak kena pada tempatnya.
“Jangan mudah menghukum Apek hanya disebabkan satu kesilapan sedangkan sebelum ini dia banyak membantu skuad negara,” ujar Sharbinee yang pernah menjadi mangsa kecaman peminat akibat beberapa kesilapan mudah yang dilakukan.
Mai Pikiaq Pi: Harap Apek dan skuad Harimau Malaya memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan berikut....

Zahrain: Terbukti ada dalang tali barut asing


Kegiatan puak-puak yang ditaja anasir asing di negara kita ini adalah sesuatu yang benar dan nyata. Perkara ini bukanlah khayalan atau rekaan mana-mana pihak seperti yang sering digambarkan pihak pembangkang.
Pembohongan bersiri anasir-anasir yang berselindung di sebalik pertubuhan haram seperti SUARAM adalah bukti nyata akan kewujudan puak-puak subversif ini di dalam negara kita.
Ancaman puak-puak subversif ini adalah amat serius dan harus disekat 'sebelum nasi menjadi bubur'.
Penyaluran maklumat palsu oleh sebuah syarikat guaman tempatan kepada peguam di Perancis, seperti yang dilaporkan sebelum ini adalah pengkhianatan yang amat keji lagi hina.
Kenyataan peguam Amer Hamzah Arshad dari Syarikat Guaman Zain & Co adalah satu pengkhianatan kerana maklumat yang disalurkan adalah tidak benar dan merupakan pembohongan yang jelas.
Kita tahu pihak Suaram dengan kerjasama erat pihak pembangkang telah menjaja isu pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis demi kepentingan politik mereka.
Kita sedar baru-baru ini bahawa dakwaan pihak Suaram dan puak pembangkang tentang perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung pembelian kapal selam Scorpene adalah satu pembohongan besar.
Pendakwaraya dari Perancis sendiri telah menyatakan bahawa tidak ada apa-apa bentuk perbicaraan atau ‘trial’ di Perancis seperti yang didakwa pihak Suaram dan puak pembangkang selama ini.
Puak-puak ini hanya memperbodohkan rakyat dengan niat jahat, demi kepentingan politik mereka.
Nyata syarikat guaman Zain & Co, menerusi peguam Amer Hamzah Arshad juga bersekongkol mengkhianati negara ini dengan menyalurkan maklumat palsu dengan niat jahat.
Apakah pendirian Majlis Peguam kita dalam isu ini?
Apakah Majlis Peguam bacul atau mereka sebenarnya ‘ignorant’ berhubung isu ini?
Saya mendesak agar tindakan tegas diambil keatas peguam terbabit dan syarikat guaman berkenaan kerana ini adalah satu kesalahan yang amat keji.
Majlis Peguam harus dibubarkan jika mereka tidak mampu menangani gejala jijik yang tidak professional ini di kalangan peguam di negara ini.
Syarikat guaman Zain & Co juga didapati banyak menjalankan urusniaga dengan kerajaan Malaysia serta agensi-agensi kerajaan yang lain. Dalam konteks ini saya ingin mendesak agar kerajaan mengkaji semula segala urusniaga atau ‘dealings’ dengan syarikat tersebut dengan serta-merta demi menjaga keselamatan negara.
Mana mungkin kerajaan berurus niaga dengan sebuah syarikat yang telah nyata mengkhianati negara ini dengan menyalurkan maklumat palsu kepada pihak asing?
Kuala Lumpur dan Paris mempunyai hubungan dua-hala yang akrab dari pelbagai aspek, terutamanya dari segi ekonomi. Urus niaga pembelian kapal selam Scorpene dan puluhan kapal terbang Airbus melibatkan perbelanjaan berbillion ringgit.
Terdapat juga pelbagai jalinan perdagangan lain yang bernilai ratusan juta ringgit setiap tahun.
Walau bagaimanapun hubungan baik dua negara ini tidak terbayang dalam isu pembohongan Suaram dan puak pembangkang berhubung pembelian kapal selam Scorpene kerana sehingga kini kerajaan Peranchis masih berpeluk tubuh menjadi penonton.
Apakah kerajaan Peranchis tidak menghargai hubungan baik dengan Malaysia dan memilih untuk berdiam diri walaupun tohmahan demi tohmahan dilemparkan ke atas pemimpin dan kerajaan Malaysia?
Kenapa kerajaan Peranchis atau pihak kedutaan mereka di sini seolah-olah memihak kepada pihak lain walaupun kebenaran itu berpaut pada pihak kerajaan?
Apakah Hak Asasi Manusia, kebebasan dan sebagainya lebih penting dari kebenaran?
Sebagai rakyat Malaysia saya mahu kerajaan mengkaji semula urusan perdagangan dengan syarikat-syarikat Peranchis kerana negara itu seolah-olah menjadi duri dalam daging bagi kita.
SUARAM adalah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dalam negara ini. Fakta ini diakui sendiri oleh pemimpin politik pembangkang yang menerajui pertubuhan haram itu.
SUARAM juga telah terbukti menerima dana dari organisasi asing yang telah memainkan peranan penting dalam memporakperandakan beberapa negara yang kini bergelumang dalam konflik politik dan perang saudara.
Jenayah yang dilakukan SUARAM adalah amat jelas dan kerajaan harus mengambil tindakan yang tegas ke atas rakyat Malaysia yang menjadi tali barut asing.
Tali barut asing yang mencipta maklumat palsu harus dibawa kemuka pengadilan. Jika kita gagal bertindak mungkin perbuatan khianat sedemikian akan diulangi kerana habuan yang diterima adalah amat lumayan.
Mai Pikiaq Pi: Jangan kita menyesal di kemudian hari kerana kealpaan pada masa ini...

Mahasiswa 'Buka Baju' Nyatakan Sokongan Kepada Umno, BN


Mahasiswa hari ini dlihat lebih berani apabila secara terbuka membuka baju mereka dengan menunjukkan sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perkembangan tersebut menunjukkan golongan muda semakin dekat untuk bersama-sama dengan UMNO dan BN yang membawa erti dan makna yang cukup besar.
Menurut beliau, jika pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu, memang tidak dinafikan golongan tersebut tidak memihak kepada BN, namun hari ini dengan adanya kumpulan profesional muda, ulama muda dan sebagainya lagi menunjukkan segala-galanya telah berubah.
“Pada 2008, kita tidak boleh nafikan generasi muda tidak memihak kepada kita. Di bandar….di luar bandar, warung kopi dan sebagainya jauh meninggalkan UMNO dan BN.
“Dan hari ini kita telah buktikan bukan hanya pengundi muda sudah mula kembali kepada BN dengan melihat keputusan pilihan raya-pilihan raya kecil, malah segmen penting kepada kita mahasiswa yang berpendidikan tinggi, terpelajar, berfikiran kritis, mereka sudah berani buka baju menyatakan sokongan mereka kepada UMNO dan BN.
“Kali ini  kita tunjuk sokongan manifestasi golongan muda bersama kita. Mahasiswa dengan kelab penyokongnya, orang muda profesional dengan BN Youth Volunteers. Ini menujukkan tidak hanya terhad kepada mahasiswa dan tidak hanya terhad kepada profesional muda malah  ulama muda pun bersama UMNO,” katanya.
Beliau berkata demikian  ketika berucap merasmikan Pelancaran Kelab Penyokong  BN IPTA berkata pindaan terhadap Akta Universiti, di Dewan Tun Razak 1, PWTC, di sini, hari ini.
Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya menambah janji kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendekati golongan muda menampakkan hakikat dan realiti.
“Kita nak nyatakan janji kita kepada PM empat tahun yang lepas, sewaktu kita sama-sama mula mengambil alih kepimpinan Pemuda,  kita  telah berjanji dan ikrar kepada Presiden untuk  bertungkus lumus walau apa jua keadaan, rintangan tidak  kira Melayu, Cina India, orang Asli, Sarawak, Sabah dan sebagainya lagi untuk bersama dengan kita.
“Hari ini kita ada mahasiswa, profesional muda, ulama muda dan pelbagai lagi, namun kekuatan kita datang daripada Pemuda cawangan dan itu tetap jadi jentera utama kita dan semua itu kita garapkan untuk membawa panji Pemuda pada PRU akan datang.Jangan kita alpa, leka dan perjalanan masih lagi jauh,” ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Pemuda UMNO Syahrin Md Jamaludin berkata pihaknya menyasarkan penyertaan 5,000 anggota untuk lima zon di seluruh negara.
“Mahasiswa berumur 21 tahun dan telah mendaftar sebagai pengundi layak untuk menjadi ahli kelab ini,” katanya.
Penubuhan kelab itu adalah langkah awal yang diambil Pemuda UMNO selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 yang kini membenarkan mahasiswa telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.
Mai Pikiaq Pi: Jangan buka seluar sudahlah.... 

SPR kenal pasti 18 NGO tempatan, pemerhati Asean pantau PRU13

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengenal pasti 18 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk menjadi pemerhati domestik, selain pemerhati negara Asean untuk pantau Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
 
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihak SPR telah mengadakan pertemuan dengan NGO tempatan berkenaan dari seluruh negara bagi membincangkan syarat-syarat pelantikan dan rangka kerja pemantauan
 
Katanya, NGO yang dikenal pasti itu merupakan pertubuhan bebas yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
 
"SPR telah mengenal pasti enam NGO di Semenanjung, sembilan di Sarawak dan tiga di Sabah. Pelantikan dan pemilihan NGO akan dimuktamadkan minggu depan Kesemua NGO ini perlu mematuhi syarat yang ditentukan serta dikehendaki menandatangani Aku Janji Kerja.
 
"Namun, ia terpulang untuk NGO sama ada menerima syarat pelantikan SPR atau menolak lantikan itu," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Hello Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen BernamaTV di sini, semalam.

Wan Ahmad berkata, SPR akan memberi taklimat kepada semua petugas NGO itu mengenai tanggungjawab mereka dan proses perundangan dan perjalanan pilihan raya demi kepentingan masa depan negara.
 
Katanya, SPR memberi kelonggaran kepada NGO tempatan berkenaan untuk membuat pemantauan dari tempoh pembubaran Parlimen hingga keputusan pilihan raya serta membuat laporan berasas kepada fakta, dan bukannya sekadar andaian, persepsi atau dengar cakap.
 
"Jika kita mendapati mana-mana pihak yang melanggar peraturan-peraturan syarat-syarat Aku Janji, atau berkempen untuk mana-mana pihak atau menemuramah pengundi,  maka SPR akan menamatkan pelantikan itu," jelas beliau.
 
Bagi pemerhati negara Asean pula, Wan Ahmad berkata, langkah SPR untuk mengundang negara jiran sebagai pemerhati antarabangsa merupakan satu langkah timbal balik dan menghormati langkah negara jiran yang menjemput Malaysia untuk memerhati serta memantau pilihan raya di negara masing-masing.
 
Katanya, negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Kemboja, Myanmar dan Filipina akan dijemput sebagai pemantau dan akan menjalankan tugas itu secara profesional, memahami proses pilihan raya dan menghormati undang undang negara ini.

Katanya, SPR sebelum ini turut menghantar seorang pegawai untuk menyertai delegasi pemerhati Malaysia semasa Pilihan Raya Myanmar tahun lalu.
 
Ahad lalu, akhbar tempatan memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia bersedia membawa beberapa pemerhati Asean untuk pantau pilihan raya umum ke-13 supaya mereka akan lihat ia berjalan ikut Perlembagaan, undang-undang negara dan kesahihan keputusan rakyat tak boleh dipertikaikan.
 
Wan Ahmad berkata: "Pemerhati dalam negara tetap menjadi pilihan utama kerana rakyat negara kita yang berhak memerhati, memantau, membuat laporan serta mengadakan sidang media untuk memberitahu kepada rakyat, apa yang diperhatikan semasa pilihan raya umum ke-13 kelak".
 
Beliau berkata langkah menjemput pemerhati dari negara Asean untuk memantau pilihan raya umum di Malaysia bukan bermakna "apabila kita mengundang kerajaan lain untuk pantau proses pilihan raya yang ditentukan oleh rakyat, ia seolah-olah membenarkan orang luar ceroboh kedaulatan negara kita".
 
Mengenai pendirian SPR terhadap permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang Kerajaan Australia untuk memastikan pilihan raya di negara ini bebas dan bersih, beliau berkata:

"Pendirian SPR sebenarnya jelas. Memang tidak wajar sama sekali kita menjemput kerajaan asing datang campur tangan dalam urusan menentukan proses pemilihan kerajaan di negara kita. Ini adalah kerana Malaysia bukan pertama kali menjalankan pilihan raya dan bukan sebuah negara yang baru mendapat kemerdekaan."
 
Wan Ahmad berkata, proses menentukan kerajaan memerintah adalah hak mutlak rakyat Malaysia kerana pilihan raya melibatkan kedaulatan negara.
 
"Motif Ketua Pembangkang ialah untuk menanamkan satu perasaan simpati, yang mereka (parti pembangkang) adalah 'underdog' dalam kalangan para penyokong, rakyat am khususnya pengundi atas pagar dan pihak luar. Ini merupakan rangka dan agenda perancangan yang rapi.
 
"Motif kedua Anwar ialah untuk mendapat tarikan dan simpati dunia dan pihak antarabangsa supaya tekanan demi tekanan akan datang untuk Malaysia," dakwanya.
 
Beliau berkata sekiranya kerajaan Australia menerima pelawaan itu, sudah tentu kerajaan itu akan menulis secara rasmi kepada kerajaan Malaysia dan SPR.

Mengenai undi pos untuk petugas media, Wan Ahmad berkata SPR akan memuat naik Borang 1 di laman web SPR agar semua anggota media boleh mendaftar sebagai pengundi pos menjelang pilihan raya umum ke-13.
 
Katanya, petugas media boleh dikategorikan pengundi pos di bawah Perkara 3(1)(f) Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Pengundian Pos) 2003 dengan syarat mereka telah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengundi.
 
Bagaimanapun, katanya, mana-mana petugas media perlu memohon kepada pegawai pengurus di bahagian mereka mendaftar sebagai pengundi untuk diwartakan sebagai pengundi pos.
 
"Petugas media juga tidak boleh menukar status kepada pengundi biasa selain ia hanya sah untuk satu pilihan raya sahaja," katanya.
 
Sebagai pesanan SPR kepada rakyat, Wan Ahmad meminta rakyat Malaysia untuk mempercayai SPR sebagai sebuah badan yang telus, bebas serta mempunyai tanggungjawab yang besar kepada perlembagaan dan rakyat, dan tidak membuat tuduhan dan fitnah terhadap badan itu sewenang-wenangnya.


Mai Pikiaq Pi: SPR seboleh mungkin berusaha memastikan PRU akan datang berjalan dengan lancar dan telus... 

Timbalan Ketua AMK Pahang Letak Jawatan


Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Aidil Haryman Mat Nor mengumumkan perletakan jawatan berkuat kuasa serta merta mulai hari ini, lapor Pahangdaily (PDO) kerana berlaku pergolakan dalaman kepimpinan AMK peringkat negeri.
“Aku dah letak semua jawatan di dalam AMK Pahang … Sekarang aku tiada kena mengena lagi bersama AMK Pahang. Fokus aku hanya tempat sendiri, Parlimen Kuantan.
“Selama ini aku sangkakan, hanya cabang yang bermain politik seperti itu…. tetapi AMK juga dah mula mengikut jejak yang sama…Kalau dulu hanya seorang yang digelar TIMBANA, tetapi sekarang dah ramai yang mahu digelar TIMBANA,” kata Aidil Haryman yang lebih dikenali sebagai Alang dalam facebooknya.
Namun, setakat ini tidak dapat dipastikan apakah krisis dalaman yang melanda AMK Pahang yang diumpamakan sebagai TIMBANA itu.
Alang dalam facebooknya semalam mengumumkan perletakan jawatan sebagai Timbalan AMK berkuat kuasa mulai jam 1.00 pagi ini, 27 November.
Blog PDO melaporkan AMK Pahang kurang ‘menyengat’ menyebabkan banyak AMK cabang gagal berfungsi kecuali di dua cabang sahaja iaitu Indera Mahkota dan Kuantan.
Sementara itu, blog PDO turut melaporkan bekas aktivis PKR, Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali dengan gelaran CMK@Blogger Cucumatkilau bakal bertanding calon bebas dalam Pilihanraya Umum ke-13.
Terkini CMK digembar-gemburkan akan menyertai DAP selepas keluar dari PKR dua tahun lalu.
“Saya tidak pasti apakah motif pihak berkenaan mengeluarkan kenyataan seperti itu… Sebelum ini saya dihebohkan akan menyertai UMNO.. kini DAP pula.. malah terdahulu parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim..
“Mungkin ada usaha pihak tertentu menghilangkan sokongan orang Melayu kepada saya agaknya. Tambahan sebelum ini saya pernah menyatakan hasrat untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang atas tiket bebas pro-rakyat di kawasan DUN yang mempertemukan calon bukan Melayu di Pahang”, kata CMK.
Mai Pikiaq Pi: Semakin ramai yang tidak yakin dengan kepemimpinan pakatan pembangkang yang penuh tipu helah...

Landasan terbaik kukuhkan parti


Bekas Presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan ahli parti itu supaya menjadikan perhimpunan agung kali ini sebagai landasan terbaik mengukuhkan perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, semua salah faham jika ada perlu diselesaikan dalam perhimpunan Melayu terbesar itu dan kekuatan parti diperbaiki.

“Jangan berkelahi dan bergaduh sesama sendiri. Umno sebagai tunjang kerajaan sudah banyak melaksanakan kebaikan kepada negara dan kita perlu memastikan rakyat nampak perkara itu.

“Kekuatan parti mesti diperbaiki, saya harap perhimpunan kali ini akan mewujudkan kerjasama dan perpaduan antara ahli,” katanya dalam sidang media selepas memberi ucapan penutup pada forum bertajuk "Pencegahan Rasuah: Sejauh Mana Kejayaan Kita", di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali. 

Abdullah berkata, Perhimpunan Agung Umno yang bermula hari ini diharap menjadi yang terbaik untuk menyatukan semua ahli.

Mai Pikiaq Pi: Jangan ada ahli tikam belakang!

Nazri: MP perlu ikuti kursus sensitiviti gender



Semua Anggota Parlimen termasuk Yang Dipertua Dewan Rakyat dan timbalan-timbalannya perlu mengikuti kursus berkaitan sensitiviti gender bagi mengelakkan mereka mengeluarkan kenyataan berbaur seksis ketika persidangan berlangsung.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kursus kefahaman itu akan dianjurkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu anggota Parlimen mengetahui garis panduan mengenai isu-isu sensitif.
"Parlimen mengambil perhatian atas cadangan termasuk yang dibangkitkan oleh Batu Gajah (DAP-Fong Poh Kuan). Saya rasa ini tidak ada masalah (mengikuti kursus dari semasa ke semasa).
"Mungkin sesi akan datang ada orang baru, yang baru perlu ditarbiah, disekolahkan," katanya ketika menggulung perbahasan usul menerima penyata jawatankuasa peraturan-peraturan mesyuarat di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata, Yang Dipertua Dewan Rakyat atau pengerusi diberikan hak atau kemudahan untuk menentukan sama ada pernyataan itu seksis atau tidak berdasarkan kepada intonasi dan suasana perbahasan di Dewan Rakyat.
"Ada perkataan yang digunakan dalam suasana biasa, ia tidak boleh dianggap sebagai kurang sopan seperti 'celaka, sial' itu dalam keadaan apa sekalipun, ia memang tidak sopan.
"Kalau macam bocor, itu tidak dianggap tidak sopan. Tetapi suasana perbahasan dan intonasi ia digunakan, itu menjadikannya seksis," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat kemudian meluluskan pindaan kepada Peraturan Mesyuarat 36(4) sedia ada yang menyebut "adalah menjadi kesalahan bagi ahli-ahli Dewan menggunakan bahasa kurang sopan (biadab)."
Selepas pindaan diluluskan, Peraturan Mesyuarat 36(4) menyebut:"Adalah menjadi kesalahan bagi ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadab) atau membuat pernyataan yang seksis."
Mai Pikiaq Pi: Kenyataan berbaur seksis akan mengundang pelbagai spekulasi....