Nuffnang Ads

Monday, 5 November 2012

Muhyiddin minta rakyat tidak perjudi masa depan


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta rakyat supaya tidak memperjudikan masa depan negara dengan cuba memberi sokongan kepada pembangkang sebaliknya terus bersama Barisan Nasional (BN) demi menjamin masa depan.
Beliau berkata, Kerajaan BN sudah mempunyai pelbagai pengalaman dalam mentadbir negara sejak 55 tahun lepas berbanding pakatan pembangkang yang dilihat semakin ‘bersimpang-siur’ dan ‘caca marba’ dalam pentadbiran mereka.
“Masa depan tidak boleh diperjudikan,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN semasa berucap pada majlis perjumpaan khas anggota jentera pilihan raya BN Pagoh, di sini, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pada ‘musim kilang-kilang fitnah bekerja 24 jam’ ketika ini, rakyat diminta supaya jangan sesekali bersifat ingin mencuba nasib dengan menyokong pakatan pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak ditepati.
“Dia (pembangkang) janji macam-macam. Kata boleh buat lebih baik daripada kita (BN) tetapi tidak boleh. Mereka tidak sepakat, jadi, bagaimana hendak tubuh kerajaan.
“Hari-hari ada berita dari Selangor. Bukan BN hendak bohong tetapi bila ditanya, mereka (pembangkang) tidak dapat jawab,soal air di Selangor, saya hendak lihat bagaimana Selangor menyelesaikan masalah itu,” tegasnya.
Mengenai jentera pilihan raya BN Pagoh, Muhyiddin menasihatkan jentera di 46 Pusat Daerah Mengundi itu supaya bekerja keras demi mencapai kemenangan.
Matlamat BN untuk mendapat majoriti lebih besar pada pilihan raya umum akan datang akan tercapai sekiranya anggota jentera mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan, katanya.
Mai Pikiaq Pi: Masa depan rakyat akan tergadai jika pembangkang memerintah... Campur tangan negara luar ke atas pentadbiran negara akan lebih mudah... Awas! Jangan biarkan negara tergadai!

No comments:

Post a Comment