Nuffnang Ads

Tuesday 27 November 2012

BN mampu menang dua pertiga kerusi jika PRU dalam masa terdekat - Dr. Mahathir


Barisan Nasional (BN) mampu menang dua pertiga kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika diadakan dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiada jaminan sokongan rakyat itu diperoleh kekal jika pilihan raya diadakan lebih lewat.

Ditanya adakah sekarang masa yang sesuai Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan PRU13, beliau berkata: “Hanya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang mengetahui tarikh itu. Semasa saya Perdana Menteri dulu pun saya tidak akan beritahu sesiapa.” 

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri majlis makan tengah hari peserta Forum Antarabangsa bertemakan "Konflik dan Perdamaian Dalam Politik: Menoleh Ke Belakang atau Memandang Ke Depan" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.


Pada PRU12, BN berjaya mengekalkan pemerintahan tetapi dengan majoriti mudah selepas gagal memperoleh dua pertiga kerusi Parlimen.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, banyak yang dilakukan Umno dan BN dalam usaha menambah keyakinan rakyat terhadap parti berkenaan.

Katanya, Umno sebagai tunjang pemerintahan negara tidak perlu mengalami pembaharuan lagi kerana transformasi sudah pun dilaksanakan selepas tsunami PRU 2008.

“Kerajaan dah mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan dan melaksanakan transformasi dalam parti, apa lagi yang perlu dibuat,” tegasnya.

Menyentuh soal demokrasi, beliau berkata, sistem yang meluas diguna pakai kebanyakan negara di dunia ketika ini banyak cacat celanya.

Beliau berkata, sistem yang didakwa Barat sebagai yang terbaik kerana mengutamakan rakyat itu pada hakikatnya boleh disalahgunakan mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Sebagai contoh, apa yang berlaku sekarang jika puak yang kalah pilihan raya sepatutnya menerima kekalahan mereka tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

“Malah kumpulan menang dituduh menipu atau memanipulasi pengundian sedangkan hal itu tidak sepatutnya berlaku dalam demokrasi,” katanya.

Mai Pikiaq Pi: BN mampu memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga pada PRU13 jika mengekalkan tahap kepemimpinan sekarang...

No comments:

Post a Comment