Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah untuk turut menyaman portal berita Malaysiakini, susulan kontroversi yang timbul dalam satu forum di gereja baru-baru ini.
“Anwar dalam ucapannya di Terengganu semalam kata Nurul Izzah difitnah. Ini satu pembohongan, kerana CD yang dipertontonkan jelas menyebut kebebasan agama sama rata tetapi Anwar kata lain pula, dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan.
“Perkataan Perlembagaan Persekutuan ini hanya muncul apabila kontroversi ini timbul bagi memperbetulkan kenyataan yang dibuat. Inilah yang mengecewakan seorang ahli Majlis Peguam yang bertanya dalam forum berkenaan.
“Maknanya (sekarang) siapa yang berbohong? Macam mana dia boleh kata bohong sedangkan ia sudah tersiar dan (Nurul Izzah) tidak mengaku. Saya cabar mereka untuk menyaman portal berita itu. Jika tidak, dialah sebenarnya bapa pembohong,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Anwar hari ini ketika bercakap dalam majlis sambutan Deepavali anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Klang sekali lagi mencerca Utusan Malaysia dan TV3 sebagai ‘pandykutti’ yang bermaksud ‘anak babi’.
Saya tidak rasa masalah walaupun sekarang isu agama dimainkan sebegitu rupa, sekarang Nurul Izzah hari-hari kena hentam TV3, Utusan, media-Umno.
“Dia (media) kata Nurul Izzah minta orang Melayu suruh keluar Islam, ini ‘pandykutty’ punya cakap.. ada betul ke.. tak betul.. saya tahu.. saya ‘train’ (didik) dia,” kata Anwar pada majlis itu yang dihadiri kira-kira 100 orang di Jalan Tengku Kelana.
Ini kali kedua Anwar menggunakan ungkapan menghina dalam bahasa Tamil. Pada tahun lalu, beliau dikecam kerana menggunakan perkataan menjijikkan itu ketika mengecam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar turut mempertahankan anaknya dengan mendakwa Nurul Izzah adalah mangsa fitnah media.
“Dia (Nurul Izzah) cuma mahu cakap jangan paksa.. kita mahu hidup cara baik-baik.. itu saja.. orang Islam mesti kuat Islam dia. Tapi untuk itu dia (media) pusing.. dia mainkan.
“Mana-mana kampung saya pergi…orang tanya ini apa TV3 cakap itu ada betul ke? Saya cakap sudah puluh tahun dia (media) tipu jadi kita jangan (percaya),” kata Anwar.
Mai Pikiaq Pi: Bapa dengan anak sama sahaja... Fahaman politik sekularisme....
No comments:
Post a Comment