Nuffnang Ads

Tuesday 27 November 2012

PRU13 bukan bulan depan - PM


Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan telah mengesahkan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak akan diadakan pada bulan depan meskipun dalam temu bual sempena Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012, yang disiarkan kelmarin, beliau ada mengatakan musim hujan bukan halangan untuk memanggil pilihan raya.
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengatakan perkara ini kepada ahli-ahli Umno pada Majlis Taklimat Presiden yang diadakan di Dewan Merdeka, petang ini sempena AGM kali ini.
"Datuk Seri Najib sudah mengatakan dengan jelas PRU13 bukan bulan depan. Beliau berkata 'oleh kerana ini majlis tertutup, saya boleh memberitahu pilihan raya bukan bulan Disember'... jadi, pasal pilihan raya, ini bayangan yang jelas," kata seorang pemimpin parti.
Mai Pikiaq Pi: Walau PRU13 bukan bulan depan, MPP percaya semua pemimpin dan ahli BN sudah bersedia menghadapi PRU bila-bila masa sahaja...

No comments:

Post a Comment