Para delegasi asing yang menyertai UMNO’s International Forum yang melibatkan pelbagai negara Asia dan Afrika merasa kagum dengan cara Malaysia dalam menangani konflik dan krisis yang pernah dilalui negara ini terutamanya ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
Menurut Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Khairun Aseh, para delegasi negara-negara luar itu meminta Malaysia agar dapat berkongsi pengalaman bagaimana kepimpinan di negara ini dapat menangani segala konflik dan krisis yang berlaku serta melaksanakan pelbagai polisi dan kaedah yang menjadikan Malaysia kini hampir setanding dengan negara-negara maju.
“Apa yang kita lihat, para perwakilan dari negara-negara yang turut serta meluahkan rasa kagum mereka, serta terpesona dengan cara dan kaedah kita dalam menangi konflik dan krisis yang pernah kita lalui.
“Begitu juga dengan polisi yang dilaksanakan oleh Malaysia yang pada mereka agak ganjil, seperti dasar Pandang Ke Timur yang dilaksanakan ketika pemerintahan Tun Mahathir, namun memberikan impak besar terhadap pembangunan negara,” jelas beliau yang turut berucap sebagai wakil Pemuda UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Selain daripada itu, menurut beliau lagi, maklum balas daripada perwakilan setiap negara yang hadir bersetuju untuk mengemaskinikan kesepakatan negara-negara Asia dan Afrika di mana abad-abad akan datang akan menjadi era kebangkitan negara-negara Asia memandangkan krisis ekonomi yang sedang melanda negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat hari ini.
“Asia perlu bekerjasama dan berpakat dengan Afrika kerana dalam waktu kita dimaklumkan bahawa negara-negara Afrika sedang bergolak oleh media massa, sedangkan pada hakikat sebenarnya negara-negara Afrika sedang maju dan mara kehadapan.
“Banyak negara-negara Afrika seperti Euthopia, Sudan dan Uganda sebenarnya sedang mengalami pertubuhan ekonomi yang tinggi, berbeza dengan apa yang kita diberitahu oleh media-media dunia selama ini. Justeru itu memandangkan kelembapan ekonomi sedang berlaku di Eropah dan Amerika, maka saya fikir abad ini perlu didominasikan oleh Asia dan Afrika,” ujarnya.
UMNO’s International Forum yang dianjurkan bersempena Perhimpuan Agung UMNO 2012 ini dihadiri oleh wakil-wakil negara Asia dan Afrika termasuk dari Palestin, Filipina, Indonesia, Sudan, Korea Azerbaijan, Cambodia. Ukraine, Vietnam, Kenya, Khartoum termasuk wakil dari Moro Islamic Liberation Front (MORO) dan beberapa buah negara lagi.
Mai Pikiaq Pi: Lain pula dengan pakatan pembangkang yang tak habis-habis menimbulkan konflik dan krisis dalam kalangan rakyat sendiri...
No comments:
Post a Comment