Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali berkata sepanjang pengalamannya menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor, DAP telah berjaya menerapkan nilai-nilai liberal dalam negeri itu.
“Apa salah saya?” soalnya kepada peserta Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November.
“Salah saya ialah saya nak mengurang, bukan cegah lagi..penggunaan arak, Seksyen 1 sampai Seksyen 24 di Shah Alam,” katanya ketika menceritakan pengalamannya sebagai wakil PAS yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Kerajaan Negeri Selangor.
“Siapa yang menentang?” soalnya lagi. “DAP”, tegasnya.
“MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) dah sita sebahagian daripada mereka yang menjual arak di bawah umur 18 tahun.
“Ronnie Liu, salah seorang exco, tanpa saya tahu, minta MBSA pulangkan balik arak-arak itu. Apa saya rasa? Saya Exco agama ?
“Lepas itu, saya pergi ke rumah urut.. punya banyak rumah urut.. saya nak kurangkan dan nak tentukan lesen-lesen yang dah dikeluarkan (supaya) tidak dikeluarkan lagi… DAP marah.. PKR marah,” katanya.
Menurutnya lagi, bukan setakat arak dan rumah urut, gejala permurtadan juga sudah menular di Selangor.
“Akhirnya DUMC.. Damansara Utama Methodist Church.. soal murtad. 50 orang Melayu dijemput berbuka puasa dalam bulan Ramadan di gereja.
“Panggil 6.30 petang sampai pukul 11 malam. Buka puasa dilaporkan kepada kita pada pukul 9.15 malam…Ceritanya dari 6.30 petang sampai pukul 11, cerita Kristian, naik dua orang, tiga orang bagi testimoni, orang Melayu jadi Kristian," katanya lagi.
Pada Januari 2012, Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor telah dipecat dari PAS di mana secara automatiknya jawatan exco dalam Kerajaan Selangor telah tergugur.
Mai Pikiaq Pi: Kita dapat lihat nilai-nilai liberal menular cepat di negeri-negeri pemerintahan pembangkang... Sanggupkah kita biarkan nilai-nilai Islam dan kuasa Melayu tergadai?
No comments:
Post a Comment