Tindakan DAP yang begitu bersungguh-sunguh mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Sekular’ mempunyai muslihat dan strateginya yang tersendiri, khususnya dalam konteks memberi keuntungan jangka panjang kepada parti bukan Islam itu.
Aminuddin Yahaya, Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata, terdapat perbezaan besar di sebalik konotasi slogan Negara Islam dan Negara Sekular.
Sambil memetik maksud Negara Sekular yang tercatat dalam wikipedia, Aminuddin berkata, jika terma yang dicadangkan DAP itu diterima pakai oleh rakyat Malaysia, maka secara automatik kedudukan Islam akan terancam di Malaysia.
Menurutnya, dengan menguatkuasakan Malaysia sebagai sebuah Negara Sekular, maka akan menghakis Islam sebagai sebuah agama Persekutuan, meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain dan akan hilang fungsi badan-badan agama seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan MAIN (Majlis Agama Islam Negeri) serta kedudukan Raja-raja Melayu sebagai pelindung Islam akan hilang fungsi.
“Dalam erti kata lain, Negara Sekular itu: tidak memihak kepada mana-mana agama, semua agama sama dan tidak memberikan keutamaan kepada mana-mana agama.
“Jika rakyat menerima fahaman bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Sekular bermakna selepas ini Islam dan kristian dan Hindu dan Buddha semuanya sama setaraf. Tidak ada apa-apa keistimewaan kepada agama Islam.
“Akan terhapuslah keistimewaan organisasi Islam malah mungkin akan dibubarkan. JAKIM dan MAIN tidak akan berfungsi lagi. Mungkin terpaksa ditutup.
“Raja juga sudah tidak akan ada kuasa. Sumpah Agung untuk menjaga Islam juga akan tidak membawa makna,” katanya ketika menulis di blognya, suara dari gunung.
Aminuddin turut mengingatkan masyarakat Malaysia yang beragama Islam supaya jangan terperangkap dengan muslihat halus DAP itu.
“Jadi marilah sama-sama kita pertahankan bahawa Malaysia adalah Negara Islam. Jika ada yang lemah kita baiki.
“Tetapi kalau kita terima dakwaan DAP maka bermakna kita telah menghancurkan Islam di tanah air kita sendiri,” katanya lagi.
Menurut laman rasmi DAP Malaysia parti itu berjuang untuk membentuk Malaysia sebuah negara demokratik, sekular dan berbilang agama.
DAP perlu memutuskan kerjasama dengan PAS pada tahun 1999 kerana perbezaan ideologi terutamanya daripada segi konsep Negara Islam dan Negara Sekular.
“Dalam Pilihan Raya Umum 1999, DAP bersepakat dengan Parti Islam SeMalaysia (Pas), Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) untuk membentuk Barisan Alternatif (BA) dalam percubaan untuk memecahkan hegemoni politik BN yang menunjukkan kesombongan mereka dalam memerintah melalui cara yang tidak demokratik dan menindas hak asasi rakyat Malaysia sewenang-wenang, hanya kerana mereka memperoleh majoriti Parlimen dua pertiga.
“Malangnya, peristiwa-peristiwa yang berlaku seterusnya, khasnya desakan Pas untuk membentuk sebuah negara Islam – suatu idea yang dianggap tidak bersesuaian dengan sifat majmuk negara Malaysia yang dikecapi DAP – memaksa DAP menarik diri daripada gabungan tersebut dua tahun kemudian.
“DAP bagaimanapun tetap berpegang kuat kepada komitmennya bahawa Malaysia hendaklah kekal sebagai sebuah negara demokratik, sekular dan berbilang agama.
“Di atas kewajaran tersebut, DAP mengambil keputusan untuk tidak lagi berada di dalam gabungan BA ini apabila ia dicemari oleh desakan satu parti komponen bahawa sifat sekular negara ini harus digantikan dengan pembentukan Negara Islam,” lapornya.
Mai Pikiaq Pi: Sedari dulu DAP akan terus menentang Islam, hukum Hudud dan sebagainya.. Tapi PAS masih lagi tidak membuka mata hatinya betapa sekutunya amat kuat menentang hukum Islam....
No comments:
Post a Comment