Anwar sedar, DAP, PAS dan PKR hanya mengharapkannya menjadi pemimpin mereka bagi merealisasikan mimpi pembangkang menjadi kerajaan selepas pilihanraya ke 13 akan datang.
Tidak ada pemimpin yang dianggap lebih berwibawa dan punya karisma untuk menerajui kerajaan Pakatan Rakyat kecuali Anwar. Walaupun Nik Aziz bertaraf Mursyidul Am PAS dan Haji Hadi Awang sebagai Presiden PAS, namun mereka tidak mampu memimpin Pakatan Rakyat.
Dia tahu DAP akan menentang PAS, kerana parti yang dikuasai Cina itu tidak mahu kerajaan berteraskan Islam di bumi Malaysia ini. Karpal Singh, Pengerusi DAP sekarang, yang lantang mendedahkan Anwar sebagai homoseks dalam Parlimen, kini sanggup membela Anwar di mahkamah. Dia terpaksa menonjolkan Anwar sebagai pemimpin pembangkang kerana dia sendiri hanya dianggap sebagai singa tua yang uzur dan hanya mengaum dalam Parlimen dan di luar, tetapi tidak punya sokongan yang menyeluruh seperti Anwar.
Anwar mengeksploitasikan kepimpinan pembangkang yang ketandusan pemimpin yang berkaliber sepertinya. Pembangkang tidak ada pilihan lain. Walaupun mereka tahu dia seorang homoseks dan sedang menghadapi kes liwat kedua, namun mereka terpaksa tunduk dengan kemahuan Anwar yang bernafsu besar hendak menjadi bakal Perdana Menteri.
Kini dia menghadapi tekanan yang cukup hebat bukan saja kepimpinannya dalam PKR dicabar dan tergugat kerana dia dianggap beraja di hati dan bersikap diktatorial tetapi juga dihantui kes meliwat Saiful Bukhari Azlan, yang kesnya masih berjalan lagi.
Dia tidak dapat menafikan bahawa cinta kasihnya terhadap Azmin Ali dalam perjuangan politiknya adalah lebih afdal dari pemimpin-pemimpin lain. Penglibatannya dalam penentuan kemenangan orang-orang yang pronya dalam pemilihan PKR yang baru lalu menyebabkan parti itu kini kehilangan sokongan dan pengaruh di kalangan ahli-ahli parti itu sendiri dan juga rakyat Malaysia yang melihat berbagai sepak terajang, silat dan kuntau politik yang dimainkan Anwar.
Anwar tidak pernah menerima kecaman yang begitu hebat dari kalangan sesetengah pemimpin PKR yang mempertikaikan kepimpinannya yang dianggap berat sebelah. Sebagai Penasihat PKR, dia sebenarnya tidak ada local standai untuk menentukan arah perjuangan parti, kerana dia tidak termasuk dalam jawatankuasa pucuk pimpinan parti itu. Yang nyata, dia menguasai parti itu lahir dan batinnya sekali.
Tapi Anwar tidak peduli segala kecaman terhadapnya. Dia tidak ada payung politik yang lebih baik dari PKR yang dipimpin oleh isterinya, tetapi dikuasai sebenarnya oleh Anwar. Kalau PKR dipimpin oleh orang lain, seperti Zaid Ibrahim misalnya, maka sudah tentu dia akan hilang taring politik dan hanya menjadi pak turut kepada pemimpin lain yang menguasai parti itu.
Oleh hal demikian, dia akan mempertahankan PKR dengan apa cara sekalipun untuk menempatkan orang-orangnya, khasnya kaum keluarganya dan Azmin, untuk menerajui parti tersebut.
Dia tetap mahu menjadi orang nombor satu dalam kepimpinan parti dan juga dalam mimpinya untuk menjadi bakal Perdana Menteri. Dia tidak boleh menjadi pemimpin DAP ataupun PAS. Malah, dia tidak akan diterima untuk memimpin salah sebuah dari parti tersebut kerana para pemimpin yang tercokol dalam kedua parti tidak akan berundur untuk memberi penghormatan kepadanya sebagai pemimpin parti mereka.
Demi menghidupkan mimpi menjadi bakal Perdana Menteri, maka mahu tidak mahu, Anwar mesti mempertahankan kedudukannya yang unggul dalam PKR. Dengan kata lain, PKR menjadi alat ampuk kepada Anwar untuk menjaga kepentingan dirinya dan bukan untuk memperjuangkan keadilan rakyat dan budaya demokrasi yang dia sering lontar untuk meraih sokongan dan simpati terhadap perjuangannya.
Memandangkan sokongan terhadapnya semakin merosot dan skandal sodomi yang menghantuinya, maka Anwar cuba mengaitkan perjuangan Islam dengan semangat pluralisme menurut acuan politiknya.
Dia cuba sedaya-upaya menyakinkan orang ramai bahawa dia seorang pejuang Islam super tulen, super hebat, pernah memimpin ABIM dan kononnya dihormati oleh sesetengah pemimpin Islam di Timur Tengah, Pakistan dan Indonesia. Kepada sesetengah pemimpin Barat, dia menonjolkan dirinya sebagai pemimpin Islam Liberal yang disenangi Barat demi meraih sokongan moral dan mungkin bantuan kewangan dari para pemimpin bukan Islam itu.
Banyak pihak berpendapat, Anwar memperalatkan Islam untuk tujuan politik peribadinya. Menghadapi clash of civilization (konflik tamadun) antara Islam dengan Kristian dewasa ini, menjadikan promoter Islam Liberal seperti Anwar kesayangan Barat.
Kepada mereka yang berpegang teguh pada Al-Quran dan Hadis, tentulah tidak sehaluan dengan perjuangan Islam Liberal Anwar yang lebih banyak memperlihatkan ciri-ciri kepentingan peribadinya.
Islam tidak dapat menerima homoseks sebagai budaya masyarakat ataupun sebagai amalan peribadi. Apakah Anwar yang homoseks boleh diterima sebagai pemimpin umat Islam bila mana Islam melaknatinya dan Allah memusnahkan kaum Luth?
Apakah Islam Liberal yang diketengahkan Anwar menghalalkan homoseks? Sekiranya Anwar bukan seorang homoseks, apakah dia berani bersumpah dengan nama Allah di hadapan para alim ulama bahawa dia tidak melakukannya? Mengapakah Saiful Bukhari berani bersumpah dengan nama Allah bahawa dia diliwat Anwar? Kalau Saiful yang menjadi mangsa Anwar sanggup bersumpah di masjid, mengapakah seorang yang mendabik dada sebagai pejuang Islam nombor wahid tidak berani melakukan seperti Saiful?
Yang nyata Anwar ingin melepaskan dirinya dari skandal homoseks itu. Barangkali dia berpendapat, sekiranya ditakdirkan Allah dia menjadi bakal Perdana Menteri selepas pilihanraya ke 13, maka dengan sendirinya kesnya itu akan menjadi debu sejarah, tidak diungkit-ungkit lagi dan dia akan bermaharajalela melaksanakan segala dasar politik yang menguntungkannya, suku-sakatnya, kaum keluarganya dan para kroninya.
Dia bernasib baik kerana tidak ada seorang pun pemimpin dari Pakatan Rakyat yang boleh menggerhanai ketokohannya. Sekiranya Zaid Ibrahim masih dalam PKR, besar kemungkinan dia boleh menggerhanai Anwar dan menjadi Presiden parti itu menggantikan Wan Azizah yang hanya berkiblat pada suaminya untuk mendapat bimbingan dan arahan.
Pihak pembangkang melihat Anwar sebagai “penyelamat”, seorang tokoh yang dianggap boleh membawa kemenangan gemilang dalam penentuan nasib tiga parti politik yang “kahwin mutaah” itu. Inilah modal politiknya.
Dia menjadi lega yang amat sangat bila Nik Aziz menjadi penyokong kuatnya. “Fatwa-fatwa” songsang yang dikeluarkan dari mulut Nik Aziz membantu Anwar untuk menghalalkan apa yang haram dilakukannya.
Anwar juga tahu, tidak ada siapa dalam PAS boleh mencabar Nik Aziz termasuk Hj Hadi sendiri. Dalam PAS tidak ada demokrasi. Walaupun Nik Aziz membuat berbagai “fatwa” songsang yang merugikan perjuangan parti itu, tetapi para pemimpin lain hanya membisu. Akibatnya Nik Aziz merasai dirinya paling berkuasa sekali.
Gelaran “Tok Guru” yang diberikan oleh bekas Setiausaha Politiknya, menyebabkan dia dianggap seorang ulama besar yang akan membawa PAS ke mercu kegemilangan. “Syurga dunia” sebagai keldai politik Anwar.
Menurut beberapa orang pemerhati PAS, gelaran “tok guru” itu tidak kena pada tempatnya. Lazimnya gelaran tersebut diberikan kepada pendiri-pendiri sekolah pondok. Nik Aziz tidak pernah mendirikan pondok di Kelantan atau tempat-tempat lain.
Banyak pemerhati politik berpendapat, sekiranya tidak wujud Angkatan Perpaduan Ummah yang memberi peluang kepada PAS menguasai Kerajaan Negeri pada tahun 1990, tentulah Nik Aziz tidak berpeluang menjadi Menteri Besar Kelantan hingga sekarang.
Suatu kelebihan pada Nik Aziz, dia hidup serba sederhana dan tidak korup. Dia dapat menyesuaikan dirinya dengan iklim budaya orang Kelantan yang menghormati beliau sebagai ulama, “tok guru” walaupun dia bukan tok guru pondok.
Walaupun berjawatan Menteri Besar, dia tetap memberi ceramah agama yang dililit dengan serban politik. Ini menjadikan dia paling popular di Kelantan dan juga di luar negeri Cik Siti Wan Kembang. Dengan kedudukannya sebagai Mursyidul Am PAS, maka dia menjadi lebih berkuasa dan lebih berpengaruh dari Presiden PAS sendiri iaitu Haji Hadi Awang.
Pemerhati-pemerhati politik berpendapat, bila Nik Aziz mati, maka pengaruh PAS akan merosot dan besar kemungkinan, sekiranya UMNO Kelantan tidak bercakaran sama sendiri, UMNO akan kembali berkuasa di negeri itu.
Seperti Anwar, Nik Aziz juga menjadi bertambah ghairah memburu kuasa di atas dunia. Kebenciannya terhadap UMNO menjadikan dia hilang pedoman dan tidak mahu PAS kembali bersatu tenaga dengan UMNO.
Dia mengungkit-ungkit isu PAS ditendang dari BN di masa lalu, seolah-olah para pemimpin UMNO menjadi musuh abadinya. Sekarang dia melihat Anwar sebagai “penyelamat” PAS untuk sama-sama berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP, takdirnya Pakatan Rakyat menang.
Maka, lahirlah berbagai “fatwa” songsang dari mulutnya untuk menghalalkan PAS membuntuti Anwar dan menjadikan PAS sebagai keldai politik Anwar, PKR dan DAP. Kedangkalan ilmu politiknya menyebabkan Nik Aziz tidak kisah PAS bersekongkong dengan DAP yang anti ketuanan Melayu dan menolak penubuhan Negara Islam yang diimpikan PAS selama ini.
Anwar dan DAP kini memuji pendirian Nik Aziz yang sanggup menolak ketuanan Melayu dan menerima baik cadangan Anwar dan DAP untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi negara dan meletakkan Islam sama taraf dengan agama Kristian, Hindu, Budha dan Sikh.
Mereka berpendapat, sekiranya mereka berjaya meleso Nik Aziz, maka dengan mudah mereka akan dapat menguasai PAS. Nik Aziz merasai dirinya sama status dengan Anwar dan Lim Kit Siang sebagai pemimpin politik nasional menggerhanai Hadi Awang yang terkebil-kebil melihat mainan politik songsang Mursyidul Am partinya.
Kejayaan Anwar dan DAP memperkudakan PAS melalui Nik Aziz, memberi keyakinan kepada mereka bahawa orang Melayu akan menurut jejak langkah Nik Aziz menyokong Anwar.
Menurut analisa politik “syok sendiri” Anwar dan DAP, menganggap PAS boleh menggagalkan UMNO untuk menguasai kesetiaan orang Melayu kepadanya. Mereka menganggap ketokohan dan keulamaan Nik Aziz yang sanggup menghapuskan ketuanan Melayu dan menerima pluralisme agama, akan mendapat sokongan padu dari orang Melayu. Lagi banyak Nik Aziz meracau dan membenci UMNO, maka saham politik Pakatan Rakyat akan melonjak naik dan harapan Anwar mendiami Seri Perdana akan menjadi kenyataan kelak.
Manusia merancang tapi Allah yang menentukan segala. Anwar ingin meraih sokongan di kalangan orang Melayu, khususnya generasi muda Melayu dan mereka yang cetek pengetahuan agama, bahawa dia Anwar Ibrahim seorang pejuang Islam Liberal adalah pilihan terbaik untuk menerajui kerajaan.
Dia menganggap dirinya sesuai dengan keadaan sekarang di tengah-tengah letusan teknologi maklumat yang menjadikan dunia sebagai sebuah perkampungan besar. Dia ingin membawa aspirasi reformasi, pembaharuan sesuai dengan citarasa generasi muda.
Dia menganggap generasi muda Melayu yang berpendidikan akan menerima pluralisme agama sebagai gaya hidup moden di mana tidak ada satu agama yang melebihi statusnya dengan agama-agama lain. Dia seolah-olah ingin Malaysia mencontohi Indonesia, di mana terdapat satu keluarga mempunyai suami isteri dan anak-anak yang berlainan agama tinggal dalam satu bumbung.
Kalau orang Melayu dapat menerima pluralisme, maka harapan Anwar menjadi bakal Perdana Menteri lebih cerah dari bulan purnama. Maka amalan homoseks yang ia lakukan tidak akan menjadi suatu beban moral dan politik baginya lagi. Ini hasrat Anwar.
Lalu dia berkata bahawa budaya pluralisme dalam anutan agama mesti dipertahankan memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk, berbilang budaya, adat-resam dan agama.
Pluralisme dalam fahaman dan anutan agama bukan menjadi isu kerana Perlembagaan negara sudah pun menyatakan setiap warganegara boleh mengamalkan apa saja agama yang diminati tetapi dilarang keras mengembangkan agama-agama lain di kalangan umat Melayu yang beragama Islam.
Malah dalam fasal 153 dalam Perlembagaan sudah diberi definisi mengenai bangsa Melayu yang mengamalkan budaya Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam.
Kebebasan beragama dipertahankan dalam Perlembagaan, tetapi secara tersurat dan tersirat Perlembagaan juga memberi kedudukan istimewa kepada bangsa Melayu dari segi agama Islam sebagai agama rasmi negara, kedudukan Raja-raja Melayu dan kuasa mereka sebagai Ketua Agama Islam dan adat-istiadat Melayu di negeri masing-masing, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara dan keutamaan biasiswa serta pekerjaan untuk orang Melayu dan Bumiputera lainnya.
Yang dipertikaikan, pluralisme yang dijaja Anwar ada hubung kait dengan penolakan ketuanan Melayu yang menjadi dasar PKR itu. Menolak ketuanan Melayu sebagai perjuangannya bermakna Anwar, PKR, DAP dan PAS menentang semangat Perlembagaan negara yang diterima baik oleh seluruh warganegara yang cinta kasihnya tidak berbelah bahagi pada bumi yang bertuah ini.
Menolak ketuanan Melayu bermakna Anwar menolak haknya sebagai pribumi dan dengan sendirinya menolak Islam sebagai agama rasmi negara seperti mana yang terkandung dalam Perlembagaan.
Mengikut pluralisme, Islam bukan lagi agama rasmi negara. Malah tidak ada satu agama pun yang dianuti warganegara Malaysia yang dijadikan agama rasmi. Ini bermakna identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dikenali seluruh dunia terhapus sudah kalau pluralisme amalan Anwar dihalalkan.
Apakah muslihat politik Anwar? Dia hendak menghapuskan ketuanan Melayu dan Islam sebagai agama rasmi negara untuk meraih sokongan dan undi dari masyarakat bukan Melayu khasnya. DAP sudah lama memperjuangkan hak sama rata dan menolak ketuanan Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Menolak ketuanan Melayu bermakna penghapusan institusi Raja-raja Melayu yang mana mereka menjadi ketua agama Islam dan adat-istiadat Melayu di negeri masing-masing. Apakah ini perjuangan suci Anwar yang mendabik dada sebagai pejuang Islam dan pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO yang mempertahankan kekeramatan Perlembagaan negara?
Anwar cemas. Imejnya sebagai pejuang Islam dan pejuang demokrasi dipertikaikan rakyat yang celik politik dan yang tidak terpukau dengan retorikanya yang dianggap oleh banyak pihak sebagai cakap tak serupa bikin. Dia persetan segala pandangan orang yang negatif terhadapnya. Dia mesti melakukan apa sahaja demi memburu kemenangan menentang gergasi BN yang memerintah sejak merdeka hingga sekarang.
Kalau dia gagal menumbangkan kerajaan BN, bermakna peluang untuk menjadi bakal Perdana Menteri akan menjadi abu sejarah. Tujuan menghalalkan cara menjadi amalan politiknya dengan segala kerakusan, ketidakadilan dan penipuan untuk menjaga kepentingan politik peribadinya.
Para peguamnya seringkali meminta penundaan perbicaraan dengan berbagai alasan dengan harapan penghakiman terhadap kes liwatnya itu masih belum dilaksanakan sebelum pilihanraya akan datang.
Dia berharap Pakatan Rakyat akan menang dan berjaya menubuhkan kerajaan baru di Putrajaya sebelum penghakiman dibuat. Nah, kalau dia sudah menjadi Perdana Menteri, besar kemungkinan menurut beberapa sumber, kesnya tidak akan berlanjutan lagi. Maka selamatlah Anwar dari tuduhan liwat.
Pluralisme yang dijaja Anwar adalah sebahagian penolakan ketuanan Melayu yang menjadi slogan politik PKR. Dia mengharapkan para pengundi bukan Melayu dan bukan Islam akan memberi sokongan kuat terhadap kepimpinannya.
Dia juga cuba menggoda para pengundi muda agar menjadikan dia sebagai idola mereka dengan harapan mereka akan menyokong Pakatan Rakyat menang sebagai kerajaan baru selepas pilihanraya ke 13 akan datang.
Dia berasa optimistik pengundi-pengundi di kawasan-kawasan campuran Melayu dan bukan Melayu telah memenangkan beberapa orang calon PKR sebagai wakil rakyat mereka pada tahun 2008. Oleh itu, dia amat berharap lebih banyak calon PKR khasnya DAP serta PAS amnya akan menang dengan cemerlang kelak untuk membolehkan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan baru.
Anwar seolah-olah tidak yakin orang Melayu akan memberi sokongan hebat kepada perjuangannya, oleh kerana dia sedar orang Melayu yang berpegang kuat pada Islam, tidak akan menerima dia seorang homoseks untuk menjadi pemimpin mereka. Oleh hal demikian, dia lebih menumpukan perhatian untuk mendapat sokongan bukan Melayu yang rata-rata tidak peduli bahawa dia seorang homoseks.
Bukan Melayu menganggap Anwar sebagai wira mereka kerana sanggup mengorbankan kepentingan bangsanya sendiri untuk memperjuangkan hak sama rata yang diilhamkan oleh PAP dan dihidupkan oleh DAP dalam gagasan Malaysian Malaysia. Dia sanggup mengkhianati kepentingan bangsanya kerana kegelojohannya memburu kuasa agar mimpinya untuk menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan kelak.
Dia marah pada Mahathir yang menyingkirkannya dari Kabinet dan memecatnya dari UMNO. Sebenarnya dia sayang pada UMNO kerana hanya melalui UMNO dia dapat menikmati kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.
Walaupun beberapa orang sahabat karibnya menyertai PAS seperti Kamaruddin Jaafar dan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, dia tetap memilih UMNO kerana ingin berkuasa dengan harapan menjadi Perdana Menteri melalui ihsan UMNO. Dia merancang tetapi Allah tidak merestuinya. Maka berlabuhlah dia sebentar di penjara Sungai Buloh dan kini berkelana dalam dan luar negara mengemis sokongan dan simpati.
Mahathir berkali-kali mengumumkan kepada rakyat bahawa penggantinya ialah Anwar. Tidak siapa pun membantah dan menentang kemahuan Mahathir yang menjadi Perdana Menteri. Hanya masa yang menentukan nasib Anwar. Malangnya Anwar tidak mahu ditentukan oleh masa dan juga Mahathir yang menyokong dan membimbingnya hingga menjadi orang nombor dua terpenting dalam kerajaan dan parti.
Dia berdongeng bahawa ada konspirasi hendak menjatuhkannya dari singgahsana kekuasaan. Tetapi dia juga berkonspirasi untuk menjatuhkan Mahathir setelah dia berjaya menumbangkan Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993. Inilah yang dikatakan pots call kettle black. Kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih.
Inilah Anwar yang menukar warna menurut masa dan kepentingan dirinya. Dia sanggup membelakangkan kepentingan bangsanya dan juga Islam bila menolak ketuanan Melayu hanya kerana hendak memburu kuasa dan obses dengan kekuasaan. Dia tidak sanggup kembali sebagai rakyat biasa dan muhasabah tentang dosa besar yang dia lakukan sebagai homoseks.
Reformasi kepadanya ialah penolakan ketuanan Melayu dan Islam sebagai agama rasmi negara untuk memperlihatkan wawasan demokrasinya dan sikap kesamarataan bagi setiap warganegara tanpa mengira kaum.
Ini bermakna, dia menolak bahawa bangsa Melayu adalah pribumi di sini walaupun 60% dari jumlah penduduk di bumi Allah bernama Malaysia ini dari bangsa Melayu dan Bumiputera lainnya. Apakah dia seorang patriot yang sanggup mengorbankan hak bangsanya sendiri dan menolak Islam sebagai agama rasmi negara?
Apakah bangsa Melayu yang beragama Islam boleh menerima seorang pemimpin yang sanggup mengorbankan hak bangsa dan hak agamanya? Menung-menunglah dengan mata hati yang kritis, otak yang tajam agar orang Melayu tidak menjadi pengemis di negaranya sendiri sekiranya mereka menerima gagasan kehancuran Melayu dan Islam dari kegelojohan politik orang yang bernama Anwar ini…
Memang betul dia ingin membawa perubahan atau reformasi untuk menghancurkan bangsa Melayu dan menodai keunggulan Islam. Inilah politik Pak Kaduk menang sorak, tapi kampung halaman dan negara tergadai.
Orang Melayu khasnya mesti berwaspada dan memandang serius terhadap mainan politik Anwar yang menjadi desperado hingga sanggup mengadaikan maruah dan kekuasaan politik Melayu untuk memuaskan nafsu serakahnya memburu kuasa.
Anwar bukan seorang patriot tetapi pengkhianat kepada bangsa Melayu dan Islam. Dia bukanlah pemimpin Melayu yang mesti dijulang, dipuja dan ditatang sebagai penyelamat bangsa dan agama. Justeru itu, Melayu mesti menolak Anwar sebagai pemimpin bangsa dan penyelamat agama.
Aneh bin hairan, seorang bekas pemimpin ABIM yang mendabik dada sebagai pejuang Islam, kini sanggup meletakkan Islam sejajar dengan agama-agama lain di Malaysia tanpa mempunyai status sebagai agama rasmi negara. Demikianlah kontradiksi dalam perjuangan Anwar yang gila kuasa tanpa memikirkan masa depan generasi Melayu akan datang dan status Islam sebagai agama rasmi negara yang dipertahankan kerajaan dan rakyat sekarang.
PAS patut menilai semula kedudukannya dalam “kahwin mutaah” Pakatan Rakyat. Bukan saja DAP menentang ketuanan Melayu dan menolak penubuhan negara Islam menurut acuan politik serban leso PAS, tetapi Anwar yang menjadi pujaan Nik Aziz juga berpendirian yang sama dengan DAP.
Tanya pada Nik Aziz, apakah dia faham konsep pluralisme dalam agama yang dicanangkan Anwar itu? Apakah dia sedar bahawa hasrat Anwar ialah meletakkan Islam sama kedudukan dengan agama-agama lain di bumi Malaysia ini?
Kalau Nik Aziz seorang ulama tulen, bukan celupan dan pemimpin Islam berstatus Mursyidul Am PAS, apakah dia sanggup menerima Anwar sebagai idolanya yang terang-terangan menolak ketuanan Melayu dan Islam sebagai agama rasmi negara?
Apakah para pemimpin PAS yang anti Anwar hanya pandai melilit serban tetapi masih buta mata hati membuntuti Anwar pengamal homoseks merangkap promoter Islam Liberal yang statusnya sama dengan agama Hindu, Sikh, Kristian dan Budha?
Inilah masanya PAS mesti bertindak menolak Anwar dan keluar dari “kahwin mutaah” Pakatan Rakyat. Nik Aziz tidak boleh mencelupar mulut mendakwa dia pejuang dan ulama nombor wahid kalau PAS tidak berani keluar dari pakatan pembangkang. PAS dan Nik Aziz dianggap munafik dan mengkhianati Islam kalau masih bercokol dalam ikatan pembangkang yang goyah itu.
Kita harap ahli-ahli PAS yang cintakan Islam dan berjuang untuk Islam dan bangsa Melayu tampil ke depan menyuarakan bantahan terhadap wawasan politik Anwar yang mengkhianati aspirasi bangsa dan agama. Mereka mesti berani memperjuangkan Islam dan bukan tunduk dan enggeh apa saja “fatwa” songsang dari Mursyidul Am mereka.
Ini kemungkaran maha hebat dilakukan Anwar dan Mursyidul Am PAS itu. Kalau mereka jujur berjuang atau lunas-lunas Islam yang maha suci, maka mereka mesti berani menyuarakan bantahan dan keluarkan PAS dari lingkaran politik maut yang dijaja Anwar.
Melihat dari sejarah perjuangan PAS, ia tidak perlukan Anwar. Anwar yang memerlukan PAS untuk memapahnya sebagai pemimpin pembangkang. Anwar memerlukan PAS sebagai batu loncatan untuk melonjakkan dirinya sebagai pemimpin pembangkang nombor wahid.
Anwar mencipta dongeng bahawa hanya dia sahaja yang boleh memimpin parti-parti pembangkang untuk mencapai kemenangan. PAS jangan terperangkap oleh serbannya sendiri kerana Nik Aziz membuntuti Anwar.
Malah, banyak pihak berpendapat, PAS bekerjasama dengan UMNO boleh mempertahankan kuasa politik Melayu dan mengekalkan Islam sebagai agama rasmi negara. Dalam Pakatan Rakyat, ia hanya menari gelek menurut tiupan nafiri Anwar yang mendendangkan lagu Malaysian Malaysia DAP, bila menolak ketuanan Melayu dan mempromosikan pluralisme dalam agama.
Para ahli PAS dan ahli-ahli PKR berbangsa Melayu muhasabah dan bukalah mata hati masing-masing sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum Melayu dan hilang kekuasaannya.
Anwar perlu sedar, 60% penduduk negara ini terdiri dari orang Melayu beragama Islam yang hak dan ketuanannya dipertahankan dalam Perlembagaan. Malah, penjajah British sendiri mengakui orang Melayu sebagai pribumi dan tetap mempertahankan institusi Raja-raja Melayu sebagai pengakuan dan identiti bahawa bumi yang bernama Tanah Melayu ini adalah hak yang sah kepunyaan Melayu dan Islam sebagai agama rasmi di sini.
Justeru itu, dalam Perlembagaan dinyatakan dengan jelas bahawa Raja-raja Melayu menjadi ketua agama Islam dan adat-istiadat Melayu di negeri masing-masing. Kita bukan meminta sesuatu di luar Perlembagaan. Kita minta kedaulatan negara dan Perlembagaan negara dipertahankan dengan jiwa raga tanpa mengira kaum kalau mereka adalah patriot dan memberi taat setia kepada negara ini.
Sebenarnya Anwar mengharapkan PAS membantu calon-calon Melayu dari PKR menang di kawasan-kawasan majoriti Melayu. Dia yakin PAS yang mempunyai ahli-ahli yang super taksub kepada parti yang memperalatkan Islam, boleh membantu dan memberi ruang kepada calon-calon PKR kelak atas semangat “kahwin mutaah” dalam Pakatan Rakyat.
Yang penting kepadanya ialah mendapatkan sokongan bukan Melayu di kawasan-kawasan campuran, khasnya di kawasan-kawasan bandar untuk meraih sokongan Cina yang kini nampaknya lebih cenderung kepada DAP. Justeru itu dia menolak ketuanan Melayu dan mempromosikan pluralisme dalam agama untuk memancing undi kaum Cina dan India.
Strateginya ialah PKR dengan kerjasama DAP akan cuba mendapatkan sokongan kaum Cina dan India di bandar dan PKR dengan PAS untuk meraih sokongan Melayu pula. Untuk kawasan-kawasan Cina, DAP dan PKR akan cuba meminggirkan MCA dan Gerakan dan di kawasan luar bandar, PKR dan PAS akan cuba menolak calon-calon UMNO untuk meraih kemenangan.
Apakah strategi politik Anwar akan berhasil? Tidak mungkin. Orang Melayu yang berpegang teguh pada ketuanan Melayu dan Islam sebagai agama rasmi negara, akan menolak bukan saja calon-calon PKR tetapi juga PAS, kerana mereka menganggap PKR dan PAS mengkhianati perjuangan orang-orang Melayu dan Islam.
Perlu diingati kemenangan parti-parti pembangkang pada tahun 2008 bukanlah kerana rakyat Malaysia mengagumi Anwar dan menganggap dia pemimpin super hebat, tetapi kerana kebencian dan frustasi rakyat terhadap Pak Lah yang gagal memberi kepimpinan terbaik selepas Mahathir.
Buat satu penggal sahaja rakyat menukar selera politik untuk menilai apakah Pakatan Rakyat boleh menjadi parti alternatif kepada BN atau pun tidak untuk memerintah negara ini.
Nah, sekarang mereka sudah melihat ketidakmampuan Pakatan Rakyat memerintah beberapa buah kerajaan negeri yang dimenangi mereka. Lebih dari itu mereka tahu Anwar yang kononnya seorang pejuang Islam, anti korupsi, anti kronisme dan nepotisme, rupa-rupanya suatu fatamorgana, cakap tak serupa bikin sehingga menyebabkan PKR berantakan dan kekal dikuasai oleh keluarganya bersama orang kesayangannya, Azmin Ali.
Tetapi, ibu segala dosa dia, Anwar Ibrahim, seorang homoseks dan mereka yang berpegang kuat kepada agama, Islam atau pun bukan Islam, tidak boleh menghalalkan seorang homoseks menjadi bakal Perdana Menteri.
Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada seorang pun pemimpin negara di dunia ini, baik negara-negara Islam atau bukan Islam yang Perdana Menterinya seorang homoseks! Apakah Anwar boleh menunjukkan bukti kepada rakyat Malaysia bahawa ada negara di dunia ini yang Perdana Menterinya seorang homoseks. Inilah hakikatnya.
Jangan sekali-kali samakan Malaysia dengan Singapura, Indonesia atau negara-negara asing lainnya mengenai pluralisme dalam keagamaan. Setiap negara mempunyai Perlembagaan mereka yang tersendiri dan diterima pakai oleh warganegara mereka.
Kerajaan Fiji yang dikuasai kaum pribumi Fiji, bimbang kaum India di negara itu menguasai pemerintahan negara, lalu dipinda Perlembagaan untuk mempertahankan hak dan kepentingan pribumi Fiji itu. Itu hak mereka. Orang asing tidak boleh mencampuri urusan bukan negara mereka.
Singapura yang dikuasai PAP juga mengamalkan diskriminasi terhadap orang Melayu yang merupakan golongan minoriti. Itu dasar politik PAP yang tidak mahu orang Melayu mempunyai hak seperti mana yang dinikmati bangsa kita di Malaysia.
Penghapusan ketuanan Melayu yang diperjuangkan Anwar dan Pakatan Rakyat bermakna mereka mahu melenyapkan apa yang sudah menjadi hak dan kepentingan bangsa Melayu sejak zaman penjajah hingga sekarang. Justeru itu, untuk melaksanakan penghapusan ketuanan Melayu, maka mereka perlu menang dalam pilihanraya dengan majoriti dua pertiga di Parlimen kelak.
Tanpa dua pertiga, Pakatan Rakyat tidak boleh meminda Perlembagaan, apalagi menghapuskan hak dan kepentingan Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan itu.
Kerajaan Pakatan Rakyat cuba meminda Perlembagaan Negeri Selangor kerana Menteri Besarnya tidak suka pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang diperkenankan kerajaan Persekutuan. Khalid Ibrahim gagal kerana tidak dapat undi sokongan dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri.
Apakah orang Melayu yang cinta kasih pada bangsa, agama dan negara sanggup mengorbankan hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan untuk membuntuti Anwar? Apakah mereka sanggup memberi kuasa kepada Anwar dan kabilahnya untuk menghapuskan hak dan kepentingan bangsa sendiri?
Hanya Melayu yang tidak ada maruah, harga diri, buta sejarah dan lupa asal-usul bangsa sahaja yang sanggup mengkhianati apa yang dianugerahkan Allah kepada bangsa Melayu dan Islam. Hubaya-hubaya musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut.
Anwar adalah pengkhianat bangsa kerana perjuangan songsangnya yang akan membawa padah buruk pada generasi Melayu sekarang dan akan datang. Hilang ketuanan Melayu maka hilanglah kuasa politik Melayu, institusi Raja-raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Sekiranya Islam bukan agama rasmi negara, maka akan berlakulah persaingan sengit antara berbagai agama lain untuk menyebarkan agama masing-masing. Malah, para mubaligh dan sami-sami Hindu, Budha boleh menyebarkan agama mereka di kalangan orang Melayu.
Janganlah hairan bin terkejut, kalau kuil-kuil dan gereja tumbuh seperti cendawan di musim hujan oleh kerana Islam bukan lagi agama rasmi di bumi bertuah ini. Janganlah salah ibu mengandung kalau banyak orang Melayu beragama Islam menjadi murtad dan memeluk agama-agama lain sekiranya tiada halangan dan sekatan dari segi undang-undang untuk menyebarkan agama-agama lain di kalangan bangsa Melayu.
Mubaligh-mubaligh Kristian yang mempunyai dana besar akan cuba menyebarkan dakyah agama mereka di kalangan orang Melayu seperti mana yang mereka lakukan di Indonesia dan negara-negara Afrika yang miskin sekarang ini.
Bukan saja peta politik Malaysia akan berubah dan Melayu akan kehilangan kuasanya, tetapi identiti Islam juga turut terkubur bila mana pluralisme yang diperjuangkan Anwar itu memberi hak sama kepada semua agama di bumi Malaysia ini.
Melayu yang majoriti penduduk mungkin punya tanahair tetapi tidak punya tanah dan besar kemungkinan generasi Melayu akan datang menjadi pengemis di tanahairnya sendiri. Apakah bangsa Melayu sanggup menghapuskan hak dan kepentingan mereka yang mereka warisi berkurun-kurun menjadi pak turut yang buta mata hati kerana terpukau dengan mantera politik janji serapah seorang Anwar yang mahu menyelamatkan dirinya dari skandal liwat?
Mahukah kubur kalian dikencing anak-anak dan para cucu yang menjadi mangsa dari kelicikan politik seorang homoseks hingga sanggup menghapuskan ketuanan Melayu yang sudah diabadikan dalam Perlembagaan negara?
Jose Rizal, pahlawan Filipina, dalam bukunya pernah berkata, dengan bangganya bahawa aku, Jose Rizal, berbangsa Melayu dan aku banggga dengan bangsaku. Inilah kata-kata hikmat penuh semangat seorang pahlawan bangsa Melayu. Walaupun beragama Kristian, dia tetap mencintai bangsanya Melayu dan sanggup mati ditembak pasukan penembak penjajah Sepanyol kerana perjuangan sakralnya menentang penjajahan.
Inilah jiwa seorang patriot yang memperjuangkan hak dan warisan bangsa Melayu yang ia cintai. Seorang patriot tidak akan menjadi seorang pengkhianat terhadap bangsanya hanya kerana kegelojohan merebut kuasa dan menjadi sang pemerintah dengan segala kelicikan pembohongan, kerakusan dan kebiadabannya.
Mereka sambut baik hasrat Anwar yang secara tidak langsung menjadi alat agenda politik DAP dan mereka yang anti ketuanan Melayu. Anwar digilap, dijulang dan ditatang sebagai pemimpin Melayu yang super liberal, yang berjiwa demokratik, yang humanistis dan tidak mementingkan bangsa sendiri kerana memperjuangkan hak sama rata dan sama rasa bagi semua warganegara Malaysia.
Agenda DAP, Malaysian Malaysia menjadi semakin hampir sekiranya sebahagian besar, khasnya Melayu dapat dipukau oleh Anwar untuk memenangkan Pakatan Rakyat kelak. DAP dan PAS tidak ada alternatif lain kecuali Anwar yang dianggap boleh membawa kemenangan kepada Pakatan Rakyat kelak.
Mereka berharap mahkamah tidak membuat keputusan terhadap kes liwat Anwar sebelum pilihanraya untuk memberi nafas kepada beliau bergelut dan berkuntau untuk meraih kemenangan bagi Pakatan Rakyat.
Kononnya sekiranya Anwar didapati bersalah dan dijatuhi hukuman sebelum pilihanraya ke 13 dan kembali semula di belakang tembok pejal penjara Sungai Buloh, maka harapan pembangkang untuk menang dengan cemerlang menjadi semakin ciut. Inilah ramalan politik sesetengah pemimpin pembangkang dan juga di kalangan rakyat biasa.
Kononnya kes liwat sengaja dilengah-lengahkan dan ditunda dari masa ke masa dengan berbagai alasan untuk “menyelamatkan” Anwar buat sementara waktu dengan harapan dia dapat menjadi penggerak utama Pakatan Rakyat dalam pilihanraya nanti.
Banyak orang meramalkan, sebahagian pengundi Cina akan berpihak kepada DAP. MCA dan Gerakan dikatakan tidak mampu menyaingi DAP untuk mendapatkan sokongan terbesar orang Cina. Malah ada yang berkata, ada politik “wayang Cina” antara DAP dengan MCA dan Gerakan untuk “bekerjasama” demi kepentingan golongan Cina.
Kononnya MCA dan Gerakan akan berjuang untuk kepentingan Cina dalam BN dan DAP pula akan membuat berbagai desakan dan tindakan untuk menunjukkan ia sebenarnya mengamalkan politik anti ketuanan Melayu melalui beberapa kenyataan akhbar yang dibuat selama ini.
Kekalahan teruk calon-calon MCA dan Gerakan dalam pilihanraya tahun 2008, membuktikan bahawa kedua parti tersebut lemah kepimpinanya hingga DAP dapat menguasai sebahagian besar kawasan-kawasan majoriti Cina di berbagai negeri khasnya Pulau Pinang, Perak, Selangor dan juga Negeri Sembilan. Atau apakah kekalahan teruk MCA dan Gerakan ada mainan wayang Cina antara DAP dengan kedua parti tersebut?
Nampaknya selepas 2008, berbagai pihak dalam MCA, Gerakan dan MIC membuat berbagai desakan kepada kerajaan untuk menunaikan permintaan mereka yang dianggap melampau oleh orang Melayu.
Anwar mengharapkan bukan Melayu khasnya Cina, akan memberi sokongan kental kepadanya memandangkan sebahagian besar dari 222 kawasan pilihanraya Parlimen mempunyai pengundi-pengundi campuran antara Melayu/Bumiputera dengan Cina khasnya. Barangkalai dia berdasarkan keputusan pilihanraya 2008 yang memberi kejutan bukan saja kepada BN tetapi juga pihak pembangkang tidak menyangka memperolehi 82 kerusi – suatu kejayaan yang tidak pernah dimimpikan mereka.
Pihak pembangkang begitu optimis bahawa meraka akan mendapat sokongan yang lebih besar pada pilihanraya ke 13 akan datang yang memungkinkan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan baru kelak.
Ikatan perpaduan warganegara berbilang kaum di negara kita mestilah berpegang teguh pada Perlembagaan yang sakral dan Rukun Negara yang menjadi falsafah negara.
Bukan saja Anwar akan ditentang oleh bangsanya sendiri, tetapi juga oleh sebahagian besar warganegara bukan Melayu yang menumpahkan kasih-sayang dan cinta mereka kepada bumi yang bertuah ini.
Tidak ada kompromi dengan sesiapa sahaja mengenai hak dan kuasa yang dikeramatkan dalam Perlembagaan. Kepada orang Melayu dan Bumiputera lainnya, Anwar dianggap sebagai pengkhianat kerana sanggup menjual hak dan kepentingan bangsanya dan Islam sebagai agama rasmi negara.
Banyak orang menganggap, dia hendak membalas dendam kesumat terhadap pucuk pimpinan UMNO yang memecatnya dari Kabinet dan parti oleh kerana dia seorang homoseks.
Dendam terhadap UMNO terus membara hingga sekarang. Api kemarahan akan terus membakar dirinya sehingga dia hilang kemampuan untuk menentang kerajaan BN sekiranya dia dipenjara atas tuduhan meliwat Saiful yang kini masih dalam perbicaraan.
Tidak dinafikan, Anwar mempunyai pengaruh dalam politik dan mempunyai banyak pengikut di kalangan orang Melayu juga. Tetapi dia dianggap melakukan dosa besar bila menolak ketuanan Melayu dan amalan pluralisme dalam agama yang menggerhanai Islam sebagai agama rasmi negara.
Orang melayu yang beragama Islam dan berpegang teguh pada Perlembagaan negara tidak dapat memaafkannya. Dia pengkhianat bangsa, agama dan negara. Justeru itu, orang Melayu khasnya, mesti menolak Anwar sebagai pemimpin mereka kerana dia sanggup mengorbankan masa depan generasi bangsa Melayu dan Bumiputera lainnya untuk kepentingan politik peribadinya. Anwar bebas bermimpi untuk menjadi bakal Perdana Menteri, tetapi Allah dan rakyat Malaysia yang akan menentukan nasibnya.
Banyak orang bertanya, di manakah letaknya kewibawaan dan maruahnya sebagai pemimpin berbangsa Melayu yang pernah menjadi pemimpin ABIM, kini sanggup menghapuskan ketuanan Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara digugat dan diberikan status yang sama dengan agama-agama lain?
Apakah dia tidak dapat melihat implikasi politik, kegelisahan dan ketegangan dalam masyarakat majmuk sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa? Soal ketuanan Melayu dan agama sangat sensitif. Anwar bermain api yang akan membakar dirinya sendiri.
Anwar menjadi pemimpin pembangkang yang desperado kerana dia terpaksa mengejar waktu untuk merealisasikan mimpinya yang penuh dengan duri dan api. Dia bergayut pada sokongan bukan Melayu untuk mencapai cita-citanya.
Justeru itu, dia tidak malu dan segan menolak ketuanan Melayu dan memperkenal pula pluralisme dalam anutan agama yang dianggap terlalu liberal dan merugikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Soalnya, apakah bukan Melayu yakin seyakin-yakinnya bahawa Anwar boleh menjadi bakal Perdana Menteri? Apakah mereka yakin dia lebih berkesan dan lebih baik dari Datuk Seri Najib Razak yang memimpin kerajaan sekarang? Apakah bukan Melayu sanggup memperjudikan nasib mereka menyokong Anwar yang banyak masalah peribadi itu? Apakah bukan Melayu yang menikmati hidup yang baik dan selesa di bawah pemerintahan BN sejak merdeka hingga sekarang, sanggup memilih Anwar dan Pakatan Rakyat untuk memimpin kerajaan?
Orang Cina dan India juga mahu hidup dalam suasana aman dan damai antara berbagai kaum di negara ini. Kestabilan politik diutamakan kerana mereka mahu hidup dan mati di bumi bertuah ini. Mereka tidak mahu Peristiwa 13 Mei berulang lagi kerana ketegangan antara kaum boleh membawa padah kepada kaum mereka juga. Mereka perlu berhati-hati dalam tindakan politik agar jangan mengeruhkan hubungan antara kaum. Tindakan melampau akan menyemai permusuhan antara Melayu dengan bukan Melayu yang tidak menguntungkan siapa pun kalau berlaku huru-hara.
Hari ini, Anwar cuba menjadi jagoan bukan Melayu dengan melontarkan anti ketuanan Melayu. Ingatlah, Anwar hanya mahu memperalatkan bukan Melayu untuk kepentingan dirinya kerana wawasan politiknya dianggap menghancurkan bangsa Melayu dan Islam. Orang Melayu tidak akan mendiamkan diri. Mereka akan bertindak sewajarnya kalau Pakatan Rakyat berkuasa.
Mai Pikiaq Pi: Sokong Anwar samalah sokong penubuhan negara Sekular!
No comments:
Post a Comment