Nuffnang Ads

Tuesday 20 November 2012

Kondo Batu Caves: Ronnie Liu digesa letak jawatan


Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Thian Kiew hari ini dicabar supaya meletak jawatan sekiranya tidak dapat menangani isu projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves yang mendapat bantahan keras daripada pelbagai pihak.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M.Manoharan dilaporkan Bernama berkata, projek pembinaan kondominium itu yang dirancang dibina berhampiran bukit batu kapur, dan akan menjejaskan kawasan dan penduduk di sekitarnya.
“Adakah Yang Berhormat Pandamaran bersedia meletak jawatan sekiranya projek kondominium ini tidak dapat dibatalkan kerana ia dilihat mengancam agama Hindu dan struktur kuil Batu Caves berumur 100 tahun,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.
Ronnie Liu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri berkata, isu letak jawatan tidak timbul sebab kerajaan negeri telah pun mengeluarkan arahan untuk memberhentikan sementara projek pembinaan itu dan satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi mengkaji kelulusan projek.
Mstar turut melaporkan Ronnie Liu cuba lari daripada tanggungjawabnya dengan mengalihkan kesalahan itu kepada pihak lain.
Ronnie Liu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai kuasa penuh untuk menarik balik lesen projek berkenaan daripada pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd.
“Kalau Perdana Menteri dan menteri nak batalkan projek itu, mereka sebenarnya ada kuasa.
“Mereka boleh menarik balik lesen pemaju atau membatalkan permit untuk penjualan dan pengiklanan projek itu,” katanya pada sesi soal jawab lisan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Mai Pikiaq Pi: Pembangkang akan selalu meletakkan kesalahan mereka di bahu orang lain seakan-akan mereka tidak bersalah...

No comments:

Post a Comment