Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan adalah tidak adil mengenakan sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama hanya untuk bukan Islam, sedangkan kumpulan Islam disekat daripada pengamalan kebebasan tersebut.
Katanya, seharusnya tidak wujud sebarang perbezaan antara agama Islam dan agama lain di negara ini.
“Tiada desakan dalam beragama…mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,” katanya seperti dilaporkan Antarapos ketika menjadi panel forum ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ dalam satu forum di Subang Jaya hari ini.
Nurul Izzah berkata demikian ketika menjawab soalan penonton yang bertanyakan pendapatnya tentang kewajaran kaum Melayu diberikan kebebasan beragama seperti mana golongan bukan Islam.
“Bagaimana sesiapa pun boleh berkata (kebebasan beragama) hanya terpakai untuk bukan Islam, ia sepatutnya dilaksanakan secara sama rata (tanpa mengira agama).
“Dalam Al Quran, tiada istilah khusus untuk Melayu sebagaimana ia harus dilakukan,” kata Nurul Izzah yang turut dilaporkan FMT.
Kata-kata Nurul Izzah senada dengan pendapat peguam pemerhati kes murtad Lina Joy, Malik Imtiaz yang juga salah seorang ahli panel forum tersebut.
Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan satu undang-undang khusus iaitu Fasal (4) Perkara 11yang mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama terhadap penganut beragama Islam.
Permohonan penganut beragama Islam untuk menukar agama lain tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri.
“Jika anda mempunyai imam yang kukuh, kemudian anda disekolahkan di SK Assunta dengan dengan salib besar di dalam dewan dan nyanyian lagu-lagu Katolik sepanjang masa, ia masih lagi tidak mempengaruhi anda,” katanya lagi.
Sementara itu, Nurul Izzah juga turut mempertikaikan undang-undang di negara ini berkaitan dengan halangan terhadap Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).
Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut di tempat peribadi.
Nurul Izzah berkata, jika undang-undang itu dilaksanakan juga di tempat peribadi ia tidak menghormati hak privasi seseorang.
“Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini.
“Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima LGBT. Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang Muslim, saya tidak boleh menerima ini.
“Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna daripada segi Islam dan juga mana-mana agama. Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu, tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi,” tegas beliau.
Mai Pikiaq Pi: Nurul Izzah terbawa-bawa pemikiran sekular Anwar Ibrahim... Kalau ada orang sebegini yang memerintah negara Islam, takut dilaknat oleh Allah kepada seluruh penduduk di situ....
Mai Pikiaq Pi: Nurul Izzah terbawa-bawa pemikiran sekular Anwar Ibrahim... Kalau ada orang sebegini yang memerintah negara Islam, takut dilaknat oleh Allah kepada seluruh penduduk di situ....
No comments:
Post a Comment