Nuffnang Ads

Monday, 26 November 2012

Tindakan Anwar mohon bantuan Australia hanya helah


Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon bantuan Australia kononnya untuk memastikan pilihan raya di negara ini bebas dan bersih hanya ‘helah” untuk menutup kelemahan pembangkang sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Naib Presiden UMNO,  Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangkang sebenar terdesak dan apabila kalah pada pilihan raya umum akan datang, mereka akan menyalahkan sistem dan kerajaan sedia ada.
“Kita tahu bahawa ini dibuat adalah bagi mengaburi kelemahan yang ada pada mereka (pembangkang),” katanya selepas merasmikan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia di Wisma UMNO di sini pada Ahad.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pertemuan dengan semua anggota Parlimen pada dua minggu lepas bagi mendapatkan maklum balas mengenai proses pilihan raya, hanya segelintir anggota Parlimen pembangkang menghadirinya.
“Mereka ‘berkokok’ di luar, sepatutnya mereka (hadir) bertanya dan menyelesaikan masalah ketika majlis dialog dan taklimat itu diadakan…mereka harus berunding dengan pihak SPR, kerana SPR terbuka dalam menentukan sistem dan perubahan yang mahu diadakan,” katanya.
Pada 21 November lepas, Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr berkata, Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Anwar.
Mai Pikiaq Pi: Anwar hanya ingin menutup kelemahan dan kekalahan besar yang bakal diterimanya pada PRU13 nanti... Apabila kalah nanti mulalah mereka menuduh SPR tidak adil... Itu taktik lapuk Anwar dan sekutunya.... 

No comments:

Post a Comment