Bagaikan berpesta durian apabila pengunjung Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha 2012) menggunakan peluang membeli Musang King yang ditawarkan pada harga RM10 sekilogram.
Konsep ‘pilih, timbang dan bayar’ yang diperkenalkan Lembaga Pertanian dan Industri Asas Tani (Fama) kepada pengunjung Laman Jualan Segar menyebabkan tapak jualan berkenaan diserbu peminat durian.
Berbanding harga pasaran, raja segala buah berkenaan dijual peniaga sekitar RM15 hingga RM20 sekilogram, namun pada pameran kali ini diskaun lebih murah sekitar 10 hingga 20 peratus diberikan kepada pengunjung pameran berkenaan.
Tinjauan di tapak laman berkenaan mendapati, durian Musang King antara buah-buahan popular yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengunjung pameran, selain buah durian jenis D24.
Bagi memudahkan pengunjung membawa pulang buah terbabit, pihak penganjur menyediakan kemudahan pengangkutan terus ke kenderaan dengan pakej pembungkusan dan penghantaran dikenakan pada harga RM5.
Penolong Pengarah Kanan (Pemborongan dan Pusat Pengedaran) Fama, Faisal Ismail berkata, konsep baru diperkenalkan Fama memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan durian Musang King pada harga diskaun hingga 20 peratus selain konsep ‘pilih, timbang dan bayar’.
Mai Pikiaq Pi: Ramai peminat durian tidak akan melepaskan peluang mendapatkan raja buah ini di MAHA 2012 Serdang...
No comments:
Post a Comment