Nuffnang Ads

Monday 26 November 2012

Makin ramai Melayu murtad, lapor stesen tv Kristian


Helen Ang – Christian Broadcasting Network ialah rangkaian televisyen kabel (cable TV), stesen radio dan siaran video di Amerika Syarikat.
CBN diasaskan oleh evangelis terkenal Pat Robertson.
About CBN
“CBN is a global, nonprofit ministry preparing the nations of the world for the second coming of Jesus Christ through media, prayer partnering, and humanitarian aid.”
Gary Lane ialah wartawan kanan tugasan antarabangsa CBN.
Pautan video di atas ialah klip berita diterbitkan CBN News yang kononnya telah dirakam di Malaysia.
Wartawan Gary Lane membuat lawatan sulit ke sebuah pusat pemurnian akidah kelolaan Jabatan Agama Islam yang dikatakan terletak di tengah hutan.
CBN News juga mendedahkan bahawa tinjauan mereka mendapati orang Melayu dewasa ini kian bersikap terbuka kepada dakwah Kristian.
Gary Lane menganggarkan terdapat kira-kira seribu orang Melayu yang sudah menganuti agama Kristian.
Klip terbitan CBN News tersebut dimuatnaik ke YouTube di bawah tajuk ‘Malaysia: Christians, Tortured for Their Faith‘ oleh sebuah badan NGO Kristian bergelar

Bangunan berpagar dawai duri ditunjukkan oleh CBN
Mai Pikiaq Pi: Beberapa lidah pengarang di laman rasmi Aliran – NGO hak asasi di Pulau Pinang yang rapat dengan pentadbiran Guan Eng pernah menuduh akhbar Utusan sengaja menipu apabila ia melaporkan tentang usaha mubaligh yang menjalankan dakwah Kristian di Malaysia...

No comments:

Post a Comment