Nuffnang Ads

Wednesday, 21 November 2012

Ahli Parlimen sepakat kecam tindakan Israel


Anggota Parlimen hari ini mencapai kata sepakat menyatakan sokongan ke atas usul yang dibentangkan berkaitan serangan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza dan mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.
Dalam hal ini, tentunya perhatian akan bertumpu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah mengeluarkan kenyataan dalam temuramah dengan The Wall Street Journal (WSJ) Januari lepas dengan menyatakan komitmennya untuk melindungi Israel.
“Tentunya semua pihak mahu mendengar apa pandangan Anwar berkaitan insiden serangan tentera Israel di Gaza walhal sebelum ini beliau mempunyai pandangan yang bertentangan dengan pendirian Malaysia dan sehingga kini beliau tidak pernah menarik balik apa yang telah diperkatakan atau membuat pembetulan,” kata penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Zainal Abidin Borhan.
Katanya, Anwar perlu mempunyai pendirian yang tegas dan pandangan yang kukuh untuk ditunjukkan kepada rakyat apatah lagi sebagai ketua dalam pakatan pembangkang dan antara calon Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
“Anwar perlu berani berdepan dengan kenyataan sebagaimana kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) sentiasa konsisten dan berterusan menyatakan sokongan kepada perjuangan masyarakat Palestin.
“Jangan hanya lantaran ada isu berbangkit dan serangan bertali arus Israel yang telah membunuh puluhan orang awam maka akan timbul sandiwara baru yang barangkali dibuat untuk ‘menjaga hati’ anggota pakatan pembangkang atau kerana PRU sudah dekat,” katanya.
Jelas beliau, sebagai anggota masyarakat di negara ini, beliau amat bersyukur kerana kesepakatan dalam mengutuk tindakan ketenteraan dibuat tanpa melihat kepada latar belakang parti, kedudukan dan idealogi politik.
“Apa yang berlaku ke atas rakyat Palestin perlu menjadi tauladan kepada kita agar sentiasa muafakat dan mengelakkan perpecahan yang hanya akan merugikan pelbagai pihak.
“Senario di Palestin perlu dijadikan tauladan dalam mana kita mahu berdepan PRU13 maka macam-macam perkara ditimbulkan sehinggakan dalam keadaan negara ini aman dan sejahtera pun ada pihak yang mengatakan kerajaan zalim walhal mereka ini sendiri menikmati kesenangan hasil pentadbiran BN.”
Jelasnya lagi, bukti-bukti imperikal tidak boleh dihapuskan dengan meneruskan lakonan apatah lagi tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat dan ahli politik bukanlah sekadar sedap dimulut untuk melontarkan kata-kata.
“Setiap kata-kata yang diluahkan oleh seorang pemimpin adalah amanah yang perlu dilunaskan untuk rakyat,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Serangan ke atas rakyat Palestin disifatkan terlalu kejam dan tidak ada sifat kemanusiaan... 

No comments:

Post a Comment