Nuffnang Ads

Friday 2 November 2012

Nik Aziz Kekal Bukti Krisis Kepimpinan PAS Kelantan - Ibrahim Ali


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, krisis kepimpinan PAS Kelantan merupakan punca Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan mendakwa walaupun Nik Aziz sudah mencecah usia 81 tahun dan sering keluar masuk hospital, namun beliau tidak boleh meletakkan jawatan kerana berlaku perebutan kuasa dalam kalangan kepimpinan pelapis PAS Kelantan.
Menurut Ibrahim sekurang-kurangnya dua kumpulan dalam kepimpinan PAS Kelantan yang disebut sedang merebut kuasa untuk menjadi MB Kelantan yang baru.
Dua kumpulan itu bersandarkan nama dua tokoh iaitu YB Dato Haji Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan & Kebajikan dan YB Dato’ Haji Takiyuddin Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan.
“Nik Aziz lebih condong…Datuk Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan dan sebagainya, orang dok bercakap Husam Musa lah ‘blue eyed boy‘ (anak emas) Nik Aziz.

“Tetapi Husam tidak 'popular' di Kelantan. Ada satu group lagi..tak tahu lah Takiyuddin terlibat atau tidak..yang nak menghalang..Kalau Nik Aziz berhenti, dia takut Husam dapat (MB baharu).
“Jadi untuk menghalang Husam dapat jadi MB, dia mahu Nik Aziz sambung jawatannya..dengan mengorbankan kepentingan rakyat dan kemajuan Kelantan,” kata Ibrahim.
Sebelum itu, Ibrahim menyelar sikap Takiyuddin Hassan yang mendakwa PAS Kelantan tetap mahukan Nik Aziz menjadi MB walaupun beliau tidak dapat melakukan kerja ekoran masalah kesihatannya.
“Pada saya, seorang Menteri Besar, dia kena bertanggungjawab..Bukan kata dia uzur, duduk di rumah terima gaji.. orang lain buat kerja. Ini namanya makan gaji buta.
“Bila kerja-kerja berat itu orang lain buat bermakna dia tidak ‘hands-on‘ (terlibat sendiri secara aktif). Menjadi ketua sama ada Menteri Besar, Ketua Menteri mahupun Perdana Menteri, awak kena ‘hands-on
‘Awak kena tahu apa yang sedang berlaku, kalau tidak mereka ini boleh menyalahgunakan kedudukan, di mana (mungkin) Nik Aziz tidak tahu. Lepas tu Nik Aziz menganggap semua kerja-kerja dia dibuat dengan cara betul. Sebab itu Kelantan tak maju,” katanya lagi.
Mai Pikiaq Pi: SPA pun tak nafikan ratusan ribu anak Kelantan memohon kerja dengan SPA disebabkan peluang pekerjaan di Kelantan sangat terhad!

No comments:

Post a Comment