Nuffnang Ads

Tuesday 27 November 2012

Landasan terbaik kukuhkan parti


Bekas Presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan ahli parti itu supaya menjadikan perhimpunan agung kali ini sebagai landasan terbaik mengukuhkan perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, semua salah faham jika ada perlu diselesaikan dalam perhimpunan Melayu terbesar itu dan kekuatan parti diperbaiki.

“Jangan berkelahi dan bergaduh sesama sendiri. Umno sebagai tunjang kerajaan sudah banyak melaksanakan kebaikan kepada negara dan kita perlu memastikan rakyat nampak perkara itu.

“Kekuatan parti mesti diperbaiki, saya harap perhimpunan kali ini akan mewujudkan kerjasama dan perpaduan antara ahli,” katanya dalam sidang media selepas memberi ucapan penutup pada forum bertajuk "Pencegahan Rasuah: Sejauh Mana Kejayaan Kita", di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali. 

Abdullah berkata, Perhimpunan Agung Umno yang bermula hari ini diharap menjadi yang terbaik untuk menyatukan semua ahli.

Mai Pikiaq Pi: Jangan ada ahli tikam belakang!

No comments:

Post a Comment