Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti dilaporkan portal mkini dotcom berkata, tujuan DAP menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) kerana berpendapat parti itu boleh memproksikan Ketua Pembangkang itu dan dalam masa sama boleh mendapat sokongan Melayu.
Menggunakan contoh yang pernah berlaku ke atas bekas Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin, Mahathir berkata, meskipun DAP mempunyai bilangan kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi wakil PAS dipilih parti itu menjadi Menteri Besar (MB) yang meluluskan lanjutan pajakan tanah kepada kaum Cina untuk 99 tahun.
“Desakan DAP menyokong Anwar adalah semata-mata untuk mendapat sokongan orang Melayu,” katanya.
Dr. Mahathir yang turut dilaporkan Bernama menambah hasrat PAS yang mahu presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi PM mencerminkan sikap berebut-rebut sesama mereka.
“Belum jadi kerajaan sudah berebut-rebut, esok (kalau) dah jadi kerajaan bukan saja Hadi, Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah Karpal Singh pun nak jadi PM juga.
“Bagilah kepada dia. Teruk, lama dia berjuang…patut bagi Karpal Singh (jadi) Perdana Menteri Malaysia, yang amat berhormat…bila pencen dapat Tun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gaza di Kuala Lumpur, Selasa.
Mai Pikiaq Pi: Pakatan pembangkang akan melantik tiga Perdana Menteri untuk mentadbir Malaysia....
No comments:
Post a Comment