Mana-mana individu yang melemparkan tuduhan dan memburuk-burukkan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah terdiri daripada golongan mereka yang kecewa lantaran gagal mendapat kuasa dalam negara, kata veteran UMNO, Tan Sri Sabaruddin Chik.
Ujarnya, kejayaan UMNO telah pun jelas sebagaimana sambutan kepada pelaksanaan Forum Antarabangsa yang telah pun masuk kali ketiga diadakan.
“Ini normal bagi orang kecewa yang akan anggap apabila perkara yang diingininya gagal diperoleh maka ia akan dianggap tidak baik apabila jatuh ke tangan orang lain sehinggakan sanggup memburukkan mereka,” katanya.
Ujarnya, lantaran gagal mendapatkan apa yang diinginkannya maka golongan kecewa ini akan mengharapkan pihak yang mendapat kuasa agar ditimpa kesusahan dan sebagainya walaupun mereka melakukan kebaikan.
“Ini bagi orang yang pendek fikiran, dan akan memberikan pandangan yang baik lebih berpihak kepadanya.”
Beliau yang juga bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan turut menganggap pihak yang lebih gemar mencari pengaruh dari negara luar sebagai terdesak.
“Dia dah tahu dalam negara tak dapat sokongan jadi dia cuba sedaya upaya untuk mendapatkan sokongan dari luar dan orang di luar kadang-kadang ada yang menolong, barangkali dengan mendapatkan bantuan-bantuan tertentu misalnya dalam surat khabar luar negara memburukkan negara kita dan ada sesetengahnya mungkin memberikan bantuan lain termasuklah bantuan kewangan.
“Tetapi mereka lupa bahawa yang mengundi di negara kita bukan orang luar dan kebanyakan orang di negara kita tak bodoh biarpun ada seorang dua yang terpengaruh,” tegasnya.
Jelas beliau lagi, penglibatan pelbagai pihak sebagai ahli panel dan peserta dalam Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO ini adalah antara kelangsungan UMNO yang menjadi contoh terbaik berdasarkan pengalaman yang telah dilalui.
“Dalam ucapan Tun Dr. Mahathir tadi, kita telah lihat contoh-contoh bagaimana Malaysia boleh berunding dengan jiran tanpa perlu pergi ke medan peperangan, boleh selesaikan masalah sama ada melalui mahkamah antarabangsa atau perbincangan, dan ini adalah pengiktirafan terbaik," katanya lagi.
Mai Pikiaq Pi: Orang sebegini yang sanggup memburuk-burukkan negara wajar dianggap pengkhianat dan dibuang negara....
No comments:
Post a Comment