Beliau turut mempersoal atas asas apa dakwaan murtad itu dikeluarkan oleh Nik Aziz sedangkan umat Islam yang menjadi anggota Umno juga mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu dan bertuhankan Allah yang satu.
“Dan jika kita menyampaikan pendapat serta mempertahankan Islam, macam mana dihukum murtad? Dalam keadaan sekarang, tidak pernah berlaku di dalam Islam untuk mendoakan kehancuran orang Islam. Salah, ia bertentangan dengan Islam,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendiakawan Islam yang disempurnakan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di sini pada Isnin.
Beliau berkata, perbuatan berdoa dan mengaminkan kehancuran umat Islam adalah bidaah dan hukumnya haram serta perlu bertaubat manakala menuduh orang Islam kafir boleh membuatkan orang Islam yang menuduh itu sendiri menjadi kafir.
Katanya dalam Islam, seluruh umat adalah bersaudara dan menjadi kewajipan untuk menasihati jika mereka melakukan sesuatu yang tidak betul, namun parti pembangkang PAS melenting dan menuduh pihak lain tidak menyokong Islam apabila tindakan melampaunya ditegur.
Mai Pikiaq Pi: Umat Islam perlulah mendoakan yang baik-baik untuk umat Islam yang lain....
No comments:
Post a Comment