Nuffnang Ads

Monday 26 November 2012

Pas tak berani perjuangkan Hudud selagi tiada restu DAP, PKR


Apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyentuh langsung perjuangan parti itu dalam melaksanakan hukum hudud dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 baru-baru ini, ia seakan menunjukkan Pas seperti sudah fobia dengan isu hudud yang mereka perjuangkan selama ini.
Kenyataan Hadi Awang yang nyata jauh berbeza dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ini membuktikan  Pas ketika ini seperti tidak berani untuk memperjuangkan hudud kerana masih belum mendapat ‘restu’ daripada rakan sekutu politik mereka.
Harun sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa secara umumnya pakatan pembangkang bersetuju hukum hudud dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Menurut Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria, Pas sebenarnya telah hilang hala tuju dan matlamat sebenar mereka dalam memperjuangkan hudud hanya kerana takutkan rakan sekutu mereka. Sebab itulah mereka menukar perjuangan mereka kepada Negara Berkebajikan.
“Jika kita lihat di dalam muktamar Pas baru-baru ini, mereka langsung tidak bercerita tentang pelaksanaan hudud sehinggakan ahli mereka sendiri menjadi keliru. Mereka sebenarnya hanya menggunakan isu hudud untuk menakut dan mengelirukan rakyat dan agar rakyat beranggapan buruk terhadap kerajaan sedangkan selama ini kerajaanlah yang telah banyak menjaga dan memelihara perjuangan agama Islam malah negara kita ini dikenali sebagai negara Islam contoh di mata dunia.
“Jika kita kaji semula, di dalam dokumen Buku Jingga dan manifesto mereka juga tidak disebut langsung untuk melaksanakan hudud. Ini jelas membawa makna Pas takut dan fobia untuk terus bermain dengan isu hudud. Mereka risau sekiranya terus bercakap pasal perjuangan hudud, mereka akan hilang aras sokongan daripada DAP dan PKR,” ujarnya.
Tambah Nizar, selama ini Pas bermain dengan isu hudud hanyalah satu dongengan semata demi mendapatkan sokongan rakyat khususnya orang Melayu supaya rakyat terpengaruh dan memberikan sokongan kepada mereka.
“Kita lihat selama ini mereka terus mendesak Kerajaan Pusat melaksanakan hukum hudud tetapi sekiranya Kerajaan Pusat bersetuju melaksanakan hudud, adakah mereka sendiri bersedia melaksanakan hudud kerana mereka sendiri belum mendapat ‘restu’ daripada DAP dan PKR.
“Saya percaya mereka tidak akan berani melaksanakan hudud walaupun mendapat persetujuan daripada Kerajaan Pusat selagi DAP dan PKR tidak memberi persetujuan,” ujarnya lagi.
Mai Pikiaq Pi: Pas tidak selari dengan perjuangan asalnya untuk mempertahankan hudud demi cita-citanya menghancurkan Kerajaan BN... 

No comments:

Post a Comment