Ketua Umno Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menasihatkan anggota Pas yang bermaruah dan mempunyai prinsip supaya meninggalkan parti itu segera, mendakwa ia sudah tidak lagi relevan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, pemimpin Pas kini sudah terlalu banyak menyeleweng daripada prinsip asal perjuangan parti terutamanya sejak bersama dalam pakatan pembangkang yang termasuk DAP dan PKR.
"Bukan sahaja telah melakukan banyak “kerosakan” kepada agama sejak dahulu tetapi kini “penyakit” yang dialami oleh Pas semakin parah hingga sanggup mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan agama semata-mata untuk menjaga
kepentingan politik," katanya.
Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh berkata demikian ketika berucap kepada penerima Dana Pemutihan Kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh di Dewan Gong Kemuntong di sini, hari ini.
Katanya, amanat dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah itu kini cuba dihidupkan semula oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menuduh orang Umno murtad.
Beliau mengingatkan bahawa amanat yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin Pas itu jelas mempunyai kesan mendalam yang akan membawa kepada perpecahan umat Islam yang lebih serius sekiranya ianya tidak diperbetulkan.
Idris juga menasihatkan anggota Pas supaya tidak mengikut telunjuk pemimpin mereka secara membabi buta kerana ia boleh merugikan umat dan agama Islam untuk jangka masa panjang.
Pada majlis itu, seramai 270 penerima terdiri daripada orang kelainan upaya, golongan miskin, ibu tunggal dan remaja menerima RM300 tiap seorang.
Mai Pikiaq Pi: Pas sanggup melihat Melayu-Islam berpecah-belah demi perjuangan politiknya bersama DAP....
Nuffnang Ads
Friday, 28 December 2012
Wednesday, 26 December 2012
Isu pingat: DAP calar sistem Raja Berperlembagaan
Polisi yang diamalkan oleh DAP di mana ahlinya dilarang daripada menerima sebarang gelaran atau anugerah dikhuatiri "menyanggah adat" dan tentunya tidak menghormati sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan, kata Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).
Ketuanya, Masrum Dayat berkata, meskipun mungkin penolakan itu dibuat secara terhormat, ia nyata suatu polisi yang mencemarkan institusi ketua negeri dan Raja Berperlembagaan di negara ini.
"Jika polisi ini terus-menerus menjadi amalan mereka, di manakah hendak diletakkan air muka institusi Raja Berperlembagaan apabila gelaran-gelaran yang ditawarkan kepada mereka, lebih-lebih lagi ketika mereka dikatakan akan menghuni Putrajaya, mereka tolak?" ujarnya menerusi satu kenyataan media.
Masrum turut menggesa DAP untuk menilai semula sejauh mana polisi yang diperkenalkan parti itu masih relevan sehingga pada hari ini.
Apatah lagi katanya, DAP sebagai sebuah pertubuhan tertakluk di bawah akta-akta tertentu yang seharusnya dihormati dan dipatuhi.
"Saya bukan peguam, tetapi setahu saya terdapat peruntukan di dalam Akta Pertubuhan yang mengkehendaki setiap pertubuhan mematuhi Perlembagaan Persekutuan antaranya dengan menghormati sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan.
"Apatah lagi jika pemberian itu adalah dalam bentuk gelaran kebesaran. Dalam konteks negara Malaysia, hanya ketua-ketua negeri, raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong sahaja yang menganugerahkan gelaran kebesaran kepada rakyat," ujar beliau.
Ahad lalu, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mendedahkan adalah menjadi polisi DAP untuk menolak semua anugerah kerajaan kecuali mereka yang diberi atas dasar keberanian atau apabila sudah bersara dari politik.
Karpal berkata, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim gagal “menyerahkan” anugerah mereka walaupun diminta melakukan sedemikian.
Koo Ham menerima anugerah "Datuk" pada 2008 sementara Chang Khim pada 2010 daripada Sultan Selangor.
Mai Pikiaq Pi: DAP buat polisi sendiri.. lebih baik tinggal di hutan....

Abdul Rashid akui ditawar tanding PRU13
Di sebalik 'kehangatan' cakap-cakap politik bekas pesara perkhidmatan awam menyertai parti politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahmad juga ada ditawarkan peluang bertanding kali ini.
Dalam satu temu bual baru-baru ini, Abdul Rashid mengesahkan ada parti yang mendampingi beliau agar bertanding pada PRU13. Katanya, tempat yang boleh ditandingi juga dinamakan oleh parti terbabit.
Bagaimanapun beliau enggan berkongsi butiran mengenai kerusi dan parti yang menawarkan peluang itu.

"Ada, sebut pun nama-nama tempat (yang saya boleh tanding), tapi saya hanya mahu beri sumbangan kepada pembangunan negara," kata beliau ketika ditanya mengenai parti politik yang mempelawanya tanding.
Abdul Rashid yang kini terlibat dalam bidang perniagaan sekadar berkata, "Itu saya tak payah sebut. Tapi saya akan terus berikan perkhidmatan."
Beliau yang menyandang jawatan Setiausaha SPR selama 17 tahun dan Pengerusinya antara 1998 dan 2008 secara berseloroh berkata, "Saya nak tanding? Tak bolehlah. Sudah tidak ada tenaga."
Dipercayai buat kali pertama begitu ramai bekas pegawai kanan kerajaan ditawar dan dipelawa oleh parti-parti politik agar bertanding pilihan raya umum.
PRU13 akan diadakan sebelum akhir Jun depan.

Mai Pikiaq Pi: Sesiapa sahaja calon PRU mestilah melalui tapisan agar benar-benar berkaliber untuk negara....
Guan Eng bangkit isu kalimah ALLAH alih isu tanah balak
Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian ramai daripada isu dakwaan pemberian tanah balak di Gua Musang, Kelantan kepada dua pemimpin DAP Perak.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, dalam keadaan sekarang rakyat mahukan penjelasan daripada DAP berhubung dakwaan itu dan tindakan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu membangkitkan semula isu berkenaan adalah cubaan menutup kesalahan pemimpin parti mereka.
"Pada pendapat saya beliau (Lim) cuba bangkitkan semula isu kalimah ALLAH itu kerana cuba alihkan perhatian rakyat terhadap dakwaan pemimpin parti DAP yang menerima tanah balak. Apabila timbul salah pada pihak mereka, Lim cuba timbulkan isu lain dengan harapan rakyat akan mengalihkan perhatian (ke isu lain).
"Tetapi rakyat sekarang bukannya bodoh dan mereka boleh berfikir yang mana baik dan sebaliknya. Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu sedar perkara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung kali ke-18 Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), di sini hari ini.
Turut hadir Presidennya Jamaludin Yusof.
Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya menggesa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Mohd Ali yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata, masyarakat Kristian di Melaka tidak pernah membangkitkan isu menuntut membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi Melayu.
"Ramai orang Kristian di Melaka dan saya sentiasa bertemu mereka dari semasa ke semasa, tetapi sehingga hari ini tiada yang pernah menuntut seperti Lim itu dan mereka juga boleh menerima keputusan yang telah dibuat.
"Jadi mengapa Lim cuba bangkitkan semula isu itu dan saya tidak nampak perkara lain kecuali politik parti DAP. Mereka (orang Kristian) meraikan Krismas hari ini dan ia disambut penuh meriah," katanya.
Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 sudah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah ALLAH dan memutuskan ia adalah kalimah suci khusus bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain.
Sementara itu, Mohd Ali menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh menempelak dua pemimpin utama parti itu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim kerana menerima darjah kebesaran yang dikurniakan Raja-raja Melayu yang membawa gelaran Datuk, sebagai hipokrit.
Beliau berkata, DAP sepatutnya memecat kedua-dua pemimpin yang terlibat kerana sebelum ini ia menetapkan anggota parti itu yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilarang memiliki atau menerima sebarang tanah.
"Sekarang mengapa Karpal tidak pecat mereka kerana mendapat tanah dan dua Adun berkenaan juga sepatutnya meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana telah menerima rasuah. Saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan kes itu segera," katanya.
Mai Pikiaq Pi: DAP hanya cari isu basi untuk diketengahkan.. tiada apa yang dapat mereka sangkalkan...

BN YAKIN RAMPAS 20 KERUSI PEMBANGKANG
Barisan Nasional (BN) mampu merampas 20 kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang, sekaligus meraih kemenangan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau yakin BN dapat mempertahankan 140 kerusi Parlimen yang dimenangi sekarang serta merampas lima daripada 23 kerusi Pas, lima daripada 29 kerusi DAP dan 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata, keyakinan tersebut berdasarkan pelbagai faktor termasuk masalah yang dihadapi pembangkang di beberapa kawasan yang dimenangi mereka sebelum ini.
“Semua perkara ini logik kerana sebagai contoh, tujuh kerusi PKR sudah bermasalah di mana enam daripadanya telah cabut masuk Bebas sementara satu lagi kalah di Hulu Selangor,” katanya selepas Program Pemukiman Pemantapan Profesionalisme Kelab Kebajikan dan Rekreasi Penerangan (KKRP) yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga bakal menjadi faktor utama kemenangan BN.
“Rakyat telah menikmati pelbagai insentif dan keistimewaan yang diperkenalkan Perdana Menteri termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia serta program transformasi,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, faktor calon boleh menang yang dimiliki BN akan turut membantu merampas kembali kerusi pembangkang.
Bagaimanapun katanya, kemenangan tersebut hanya akan dicapai sekiranya anggota BN tidak melakukan sabotaj atau ‘cah keting’ terhadap parti.
Mai Pikiaq Pi: Semua calon dan ahli parti BN perlu bekerja keras demi kemenangan PRU13...
'Pilihan raya bersih, cuma sistem tak lengkap'
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mempertahankan bahawa pilihan raya dijalankan di negara ini selama ini "bersih", tetapi mengakui banyak komponen tidak lengkap seiring dengan kehendak dan keperluan semasa.
Sehubungan itu, Abdul Rashid yang terlibat dalam perjalanan SPR selaku setiausaha dan pengerusinya selama 27 tahun berkata, beliau sedia mencabar jika ada sesiapa yang mengatakan sistem pilihan raya negara ini kotor.
Beliau juga memberitahu bahawa sistem sedia ada yang dirangka lebih lima dekad lalu, lengkap ketika itu, tetapi tidak pada masa sekarang ekoran perubahan masa dan kehendak rakyat yang terdedah kepada perkembangan dunia.
"Pilihan raya kita bersih. Masalahnya elemen, komponen yang tidak ada dalam sistem itu, menyebabkan demokrasi dalam pilihan raya bukan satu demokrasi yang lengkap untuk masa sekarang.
"Dulu lengkap. Untuk waktu ini, tidak begitu lengkap sebab orang buat perbandingan dengan negara luar.
"Tapi apabila orang sudah sedar, (mereka mula bertanya) ini mengapa tak ada, ini kenapa tidak ada, itu yang menyebabkan kecoh. Tapi pilihan raya kita tetap bersih. Tidak perlu lihat ia secara serong. Mereka ini adalah kerajaan sah. Mereka ini berhak (untuk mengundi)," kata beliau yang bersara di akhir 2008.
Menjawab soalan sama ada sistem pilihan raya negara ini secara keseluruhan bersih, Abdul Rashid berkata, "bersih, jangan kata kotor."
"Saya nak cabar siapa yang kata pilihan raya kita kotor. Bersih berdasarkan undang-undang yang ada dan ia sempurna, kalau kita tidak fikir tentang benda lain.
"Kalau kita fikir benda lain yang tidak ada dalam undang-undang itu, tapi jangan sebut kotor. Ia tidak kotor. Ia bersih. Ia tidak lengkap sahaja. Tapi yang anda sebut tadi, itu hanya penambahbaikan sahaja," katanya.
Tambah beliau: "Macam contohnya, kita kata kaji undang-undang pendaftaran pemilih. Buat undang-undang lain."
Katanya, beliau sedia berkongsi jika pihak yang berminat untuk menggubal undang-undang baru.
"Kalau orang lain datang jumpa saya, senang saya beritahu. Saya boleh bagi undang-undang itu, kalau dia mahu.
"Tapi orang sekarang ini sombong. Mereka tak mahu orang macam saya ini, tak berapa pandai. Mereka mahu yang pandai-pandai lagi. Tak apalah. Kalau hendak saya berikan tip, saya boleh berikan semua. Tapi orang tak datang jumpa saya kerana mereka fikir, saya tidak pandai," katanya yang turut mencadangkan agar daftar pemilih disediakan setiap tiga tahun sekali apabila pilihan raya umum baru menjelang tiba.

Perkara yang sama pernah diketengahkan oleh beliau beberapa tahun sebelum bersara sebagai Pengerusi SPR.
"Jadi saya cadang begini. lebih baik kita daftar tiga tahun selepas pilihan raya, kita daftar semula. Tapi kita perlukan RM50 juta," katanya.
Bagi Abdul Rashid jumlah RM50 juta bukan satu kadar yang besar jika mahu menghilangkan kerisauan dan rasa sangsi dalam kalangan sesetengah pihak.

"Kacang sahaja bagi negara ini RM50 juta setahun, kita cakap soal bilion-bilion. Macam bancian, kita buat cara itu.
"Sebab itu saya kata, tiap-tiap tiga tahun selepas pilihan raya, supaya bilangan ini, orang yang tidak ada di situ, namanya ada tetapi tidak ada di situ, akan jadi minimum, paling kurang.
"Kalau dia pindah pun, orang masih kenal dia. Masalah sekarang ini, dia pindah, orang tak kenal dia. Sebab dia pindah, alamat dalam kad pengenalan dia, alamat rumah sewa. Sudah bertukar tangan dekat 50 orang mana orang nak kenal. Jadi ini masalah," katanya.
Jelas beliau, selagi keadaan macam ini berterusan, maka selagi itu dipertikaikan daftar pemilih.
"Dan parti-parti politik yang modal politiknya sikit, akan menggunakan isu pengundi hantu sebagai isu untuk meraih simpati dan yang tidak sedapnya, dia tuding jari kepada SPR," katanya.
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan diadakan sebelum Jun depan. Awal tahun ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang dibentuk susulan perhimpunan Bersih 2.0 Julai 2011 mengemukakan 22 perkara.
Mai Pikiaq Pi: Jangan pandai tuding jari ke arah orang lain sebab yang selebihnya 4 jari itu akan tuding balik ke arah kita...
Guan Eng, apa pula lepas kalimah ALLAH?
Umno mengingatkan DAP agar tidak lagi mendesak kalimah ALLAH dibenar dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu kerana dibimbangi menimbulkan ketegangan dalam negara.
Ahli Majlis Tertingginya, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, tuntutan DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dalam mesej sempena sambutan Krismas semalam boleh diragui, tidak ikhlas dan bersifat provokatif.
Menurutnya, demi kepentingan undi sesuatu kaum atau agama, tuntutan seperti itu tidak perlu kerana isu ini sensitif malah turut melibatkan mahkamah.
“Mengenali sifat Guan Eng sebagai street fighter, beliau sebenarnya gagal memahami kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Tuntutan ini juga menunjukkan Guan Eng tidak faham perasaan orang Islam.
“Selamanya Guan Eng tidak ada perasaan untuk memahami hati nurani orang Melayu Islam,” katanya.
Katanya, Guan Eng tidak sepatutnya merosakkan suasana Krismas dengan tuntutan yang boleh merenggangkan hubungan antara agama seperti itu.
Katanya, Guan Eng perlu selesai dahulu masalah dan janji masih belum ditunai di Pulau Pinang kerana itu lebih diperlukan berbanding bangkitkan isu sensitif sebegini.
“Beliau jangan alih perhatian rakyat daripada isu seperti pemilikan tanah pembalakan dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, isu kalimah ALLAH berani dibangkitkan semula DAP kerana sikap sekutu mereka, Pas yang berdiam diri.
“DAP tidak hormati orang Islam, sebab itu tiada seorang Melayu dipilih dalam pemilihan parti mereka baru-baru ini. Sekarang mereka mahu guna nama ALLAH, lepas ini apa pula diminta?
“Rakyat perlu nilai dan buat keputusan sewajarnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti,” katanya.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula menegaskan, DAP jangan berani timbulkan isu kalimah ALLAH kerana ia adalah isu lama dan sensitif.
Mai Pikiaq Pi: Guan Eng daripada dulu hingga sekarang tidak pernah memahami perasaan orang Melayu Islam di Pulau Pinang....

Kalimah ALLAH: Hormati Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan
Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengingatkan semua pihak tidak mencabar dan akur dengan keputusan Majlis Fatwa yang telah memutuskan kalimah ALLAH hanya digunakan oleh umat Islam di negara ini.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, perkara itu telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tanpa perlu dipolemikkan lagi.
"Keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible perlu dihormati semua kaum," katanya mengulas gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Hasan berkata, di Pulau Pinang, telah diwartakan kalimah ALLAH sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.
“Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti ALLAH, takwa, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.
“Peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman Pakatan Rakyat (PR) memerintah dan dipersetujui oleh Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, di mana beliau telah dimaklumkan dan peraturan telah diwartakan. Beliau pun tahu perkara ini, kita sudah maklumkan dan peraturan sudah diwartakan,” katanya semalam.
Mai Pikiaq Pi: Guan Eng hanya cari isu sokongan undi PRU akan datang....

Monday, 24 December 2012
Calon BN akan diumum bila tiba waktunya
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), apabila tiba waktu yang sesuai dengan mengambil kira isu strategik.
Timbalan Perdana Menteri berkata, isu strategik itu turut meliputi sama ada calon berkenaan perlu diumumkan lebih awal yang mungkin memberi kelebihan kepada calon BN itu nanti.
“Ia akan sampai waktu bila Presiden (parti dan Pengerusi BN) buat keputusan, mereka yang hendak jadi calon itu akan diberitahu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan khas bersama pegawai, pengurusan dan professional negeri Terengganu, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Umno Pahang baru-baru ini yang meminta pucuk pimpinan mengumumkan nama calon BN lebih awal supaya gerak kerja kempen dapat dilakukan dengan lebih teratur.
Muhyiddin berkata: “Kita tidak boleh buat keputusan mengatakan sekaranglah masanya atau bila masa yang sesuai, kita (perlu) ikut situasi, ikut keadaan dan ikut calon berkenaan, jadi kita kena ada pendirian yang strategik, bila Perdana Menteri hendak buat keputusan itu dia akan ambil kira isu- isu strategik.
“Adakah (dengan) mengumumkan lebih awal itu akan memberi kelebihan kepada kita atau (ada) hal-hal yang lain?” katanya.
Muhyiddin berkata, apa yang mustahak ialah apabila calon diumumkan nanti, semua pihak perlu akur dan menerima keputusan yang dibuat pucuk pimpinan.
Semalam, Perdana Menteri berkata, BN telah mengenal pasti senarai nama calon BN tetapi belum dimuktamadkan kerana ia merupakan proses berterusan sehingga menjelang pilihan raya.
Terdahulu, semasa berucap pada majlis perjumpaan khas itu, Muhyiddin mahu penjawat awam tidak melakukan sesuatu perkara yang akan membawa musibah kepada kerajaan dan rakyat.
“Penjawat awam tidak boleh membuat sesuatu angkara, merosakkan dan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri sentiasa telus dan bersedia menerima kritikan yang membina dalam membawa perubahan dan transformasi kepada negara.
Mai Pikiaq Pi: Calon boleh menang adalah calon pilihan PM kita....
NIK AZIZ CELUPAR
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.
Muhyiddin berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin PAS itu setiap kali menjelang pilihan raya.
“Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar.
Muhyiddin berkata, kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin PAS itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti.
“Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya,” katanya.
Muhyiddin berkata, apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan memecahbelahkan umat Islam; “Inilah antara sebab masalah perpecahan dalam kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin PAS,” katanya.
Mengenai hukum hudud, Muhyiddin berkata, Kerajaan BN tidak pernah menolak hukum Islam.
“Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Orang Melayu perlu bersatu untuk menjadi kuat...
Tapisan calon PRU13 patut libat masalah moral
Cadangan melaksanakan tapisan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disambut dengan nada berbeza pemimpin-pemimpin negara.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, cadangan ini patut dipersetujui semua parti politik dan calon yang akan bertanding pada PRU13 nanti.
Menurutnya, selain tapisan SPRM, ia sepatutnya melibatkan juga soal salah laku moral yang lain.

“Mungkin parti tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai seseorang calon, terutamanya kes melibatkan rasuah, kes dalam siasatan dan pelbagai kes lain, termasuk bankrap.
“Cadangan ini menjimatkan masa dan wang selain memastikan kredibiliti politik dan amalan demokrasi negara lebih telus dan dihormati, ia juga sepatutnya melibatkan soal salah laku moral lain,” katanya semalam.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula berkata, cadangan ini dipersetujui dan diamalkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) bagi menjamin integriti calon yang akan bertanding.
Menurutnya, calon-calon BN sebelum ini bukan sahaja ditapis SPRM malah oleh pihak polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Insolvensi dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan calon tiada masalah.
“Saya menyambut baik cadangan ini, jangan ada kejutan bila calon diumumkan nanti,” katanya.
Pada Khamis lalu, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaafar berkata, cadangan ini membabitkan semua parti politik dan individu bertanding calon Bebas, termasuk Ahli Parlimen yang dicalonkan semula atau pertama kali bertanding.
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, calon-calon PRU13 tidak perlu ditapis SPRM kerana parti sendiri sudah mempunyai mekanisme tapisan tersendiri bagi memastikan calon benar-benar layak.
Katanya, jika ada juga calon terlepas dan didapati menerima rasuah atau melompat parti, maka kerugian itu akan terletak di bahu parti sendiri.

“Undang-undang negara jelas untuk menjadi calon, tidak bankrap dan tiada masalah jenayah. Jika dipenuhi boleh bertanding.
“Cadangan terbaru SPRM ini hanya gimik bagi mengalih perhatian terhadap beberapa kes berprofil tinggi,” katanya.

Mai Pikiaq Pi: MPP setuju sangat calon PRU13 ditapis terlebih dahulu kerana mereka mewakili rakyat sesuatu kawasan...
Thursday, 20 December 2012
Karpal Simpan Bukti 1997 Anwar Untuk Senjata DAP Masa Hadapan
Bekas pembantu khas, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman percaya tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) mempunyai agenda yang tersirat.
Ini kerana jelas beliau, walaupun mengetahui bahawa Anwar mempunyai banyak masalah tingkah laku, namun Karpal tetap menyatakan pendirian mahu jawatan Perdana Menteri diisi oleh Anwar Ibrahim.
Tegas Rahimi, rakyat perlu menyorot semula sejarah politik di mana pada 22 Oktober 1997, Karpal adalah orang pertama yang mendedahkan dalam Parlimen bahawa dia mempunyai bukti bahawa Anwar seorang peliwat. Ia diikuti dengan ucapannya di Federal Hotel yang menyatakan dia mempunyai bukti dan dokumen menyokong dakwaannya itu.
Pendedahan oleh Karpal ini jugalah kata beliau lagi yang menyebabkan timbulnya gelaran ‘Anwar Al Juburi’.
“Karpal juga dahulu adalah peguam kepada mangsa liwat Anwar. Tapi kenapa kini Karpal boleh berpusing 360 darjah. Sudah pasti ada agenda tersembunyi yang mahu dimainkan olehnya.
“Secara tidak langsung juga Karpal ingin menyampaikan mesej bahawa DAP sama sekali tidak akan menerima pemimpin Pas sebagai Perdana Menteri. Mereka lebih rela manusia seperti Anwar Ibrahim yang mempunyai masalah moral menjadi Perdana Menteri.
“Bagi mereka, Pas adalah golongan yang lebih hina daripada Anwar dan hanya dijadikan kuda tunggangan untuk mendapatkan kuasa. Begitulah betapa hina, kolot dan jijiknya Pas di mata DAP,” ujarnya.
Tambah Rahimi lagi, sekiranya rakyat mengikuti perkembangan ini, sudah pasti dapat mengagak apa yang bakal berlaku kepada Anwar nanti.
“Karpal bukanlah orang sebarangan dalam arena politik. Walaupun DAP yang terkenal dengan perkauman dan cauvinis, dia masih mampu meletakkan dirinya dalam hierarki parti itu.
“Tidak dapat dinafikan, baik Lim Kit Siang atau Guan Eng tidak mampu menolak betapa manusia bernama Karpal Singh ini mempunyai pengaruh yang amat besar sehingga mereka tidak mampu untuk menolak Karpal dalam DAP. Tanpa Karpal, sudah pasti legasi Lim dalam DAP akan berkubur.
“Sebab itu apabila Karpal menyatakan pendiriannya mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri, pasti ada agenda tertentu yang mahu dimainkannya nanti malah tidak mustahil Anwar hanya akan menjadi boneka Perdana Menteri. Anwar sendiri jangan bermimpi untuk berkuasa sepenuhnya sekiranya menjadi Perdana Menteri kerana ‘tengkuk’ Anwar dipegang oleh Karpal.
“Sekiranya Anwar melawan, jangan terkejut kalau Karpal akan membangkit dan membongkar segala isu moral dan akan berlakunya undi tidak percaya terhadap Anwar. Sebenarnya, Anwar juga hanya diguna-gunakan oleh DAP untuk kepentingan politik mereka sama seperti Pas,” ujarnya lagi.
Mai Pikiaq Pi: DAP hanya mempergunakan Anwar demi masa depan politik mereka... tak lain dan tak bukan melenyapkan kuasa Melayu di bumi Malaysia...
DAP ANTI KAKITANGAN AWAM
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini menyelar DAP kerana menyifatkan kadar rasuah di negara ini berpunca daripada pemonopolian Melayu dalam sektor awam.
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, DAP sebenarnya menghina dan memperlekehkan kakitangan awam atau sengaja mahu menjadikan kakitangan awam sebagai musuh mereka.
“Ini kerana tahun lepas seorang pemimpin kanan DAP berkata, DAP akan merombak semula kakitangan awam kerana ramai sangat orang Melayu. Kelmarin seorang pemimpin DAP pula berkata, kakitangan awam banyak makan rasuah puncanya juga sebab ramai sangat orang Melayu. DAP telah menghina kakitangan awam dan orang melayu. DAP sedang berusaha untuk menyamakan bangsa Melayu dengan rasuah.
“GAPS berpendapat DAP memang semakin meroyan gilakan Putrajaya dan sebenarnya anti Melayu! Di Indonesia, Thailand, Philipine, Vietnam, Laos, India – rasuah lebih hebat berbanding negara kita, tiada pun orang Melayu yang berkerja sebagai kakitangan awam di sana. Rasuah tiada kaitan dengan mana-mana bangsa atau agama! Rasuah adalah penyakit umat akhir zaman,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Rasulullah pernah mengingatkan ‘setiap umat punya cabaran dan dugaan bagi umatku ialah harta’. Harta adalah penyebab rasuah. Rasulullah sudah pesan awal-awal. Penyakit umat akhir zaman. DAP sekadar ingin menebalkan semangat kiasu dan chauvinist dalam perjuangan mereka ke puncak kuasa.
“Pas sebagai rakan kongsi DAP dalam pakatan wajar mentarbiyyah pemimpin-pemimpin DAP berdasarkan hadis Rasulullah ini. GAPS bersetuju rasuah adalah satu penyakit dan ia harus diperangi. Rasuah wajar digelar sebagai najis seperti mana kerajaan pernah menganggap dadah sebagai najis.
“Rasuah timbul bila ada pemberi dan penerima. Yang memberi biasanya adalah golongan saudagar, peniaga atau mereka yang berada. DAP wajar menjalankan kempen agar golongan saudagar, peniaga dan berada tidak memberikan rasuah. Mereka adalah punca rasuah,” ujarnya lagi.
GAPS berpandangan majoriti besar kakitangan awam telah menjalankan tanggungjawab dan amanah mereka dengan sempurna.
“Menuduh kakitangan awam sebagai banyak makan rasuah adalah perbuatan khianat yang tidak boleh dimaafkan kerana ia menjatuhkan maruah kakitangan awam, keluarga mereka dan bangsa mereka," katanya.
Mai Pikiaq Pi: Kalau macam tue DAP pula bangsa penipu... Kerana ramai kalangan mereka terlibat dengan perniagaan....
DAP MELAYU PATUT KELUAR PARTI
Anggota dan penyokong DAP Melayu harus keluar dan meninggalkan parti itu demi mempertahankan maruah agama dan bangsa mereka, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman hari ini.
Katanya, mereka perlu berbuat demikian kerana DAP secara terang-terangan tidak mahu kaum Melayu berada dalam kepimpinan parti itu.
"Perwakilan DAP telahpun memberi isyarat bahawa mereka tidak mahu pemimpin Melayu menyertai barisan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) apabila menyingkir semua calon-calon Melayu dalam pemilihan parti itu,"
Beliau berkata, pelantikan dua wakil Melayu oleh CEC iaitu Senator Ariffin S.M Omar dan Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari adalah sekadar 'mengambil hati' setelah perwakilan menyingkirkan semua calon Melayu.
Pada pemilihan CEC baru-baru ini, kesemua lapan calon Melayu termasuk pejuang DAP Melayu, Ahmad Ton kalah teruk dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kemudiannya mengumumkan pelantikan Ariffin dan Zairil dalam CEC.
"Kita tahu kedua-dua pemimpin Melayu itu hanya akan menjadi boneka mereka dan mereka dipergunakan untuk menghina bangsa sendiri," katanya.
Beliau berkata, sebagai buktinya Ariffin telah menghina orang Melayu dengan mendakwa bahawa kegiatan rasuah di negara ini berpunca daripada pemonopolian Melayu dalam perkhidmatan awam.
Zainal berkata, Ariffin mungkin tidak sedar bahawa dia digunakan oleh DAP supaya menghina bangsanya sendiri dan ditertawakan oleh kaum lain di negara ini.
Katanya, senario sama dapat dilihat apabila pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dengan hanya melantik dua wakil Melayu daripada parti PKR dan memberi potfolio yang tidak penting.
Beliau berkata, Pas pula bersikap mementingkan diri dan tidak pernah bersuara untuk membantah sebarang tindakan yang menghina kaum sendiri demi menjaga kepentingan untuk bersekongkol dengan DAP.
Mai Pikiaq Pi: MPP teringat cerita 'Sarjan Hasan' yang dilakonkan oleh Allahyarham P. Ramlee...

Calon Muda: PKR Tiru Umno?
Umno tidak gusar dengan cadangan PKR untuk meletakkan sekurang-kurangnya 35 peratus calon muda dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, cadangan PKR itu dilihat hanyalah satu pendekatan yang digunakan seoalah-olah meniru strategi Umno dalam PRU nanti.

Katanya, bagaimanapun, Umno tidak ambil peduli dengan peniruan strategi yang digunakan pembangkang kerana yakin kemenangan akan terus berpihak kepada Umno.
“Kita tidak kisah kalau mereka nak tiru strategi kita. Umno juga ada strategi sendiri dan yakin kaedah yang kita gunakan mampu menarik sokongan pengundi-pengundi baru dalam PRU13 nanti.
“Kita tidak nafikan saingan kali ini agak kuat sebab kedua-dua parti lawan meletakkan calon baru dan muda.
“Tapi dengan kesungguhan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya, pengundi baru terutamanya mampu memberi sokongan kepada Umno,” katanya selepas menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga dua beradik yang mati lemas akibat terjatuh ke dalam muara Sungai Kuala Kedah, semalam.
Ahmad Bashah berkata, kesungguhan Najib untuk menjaga kepentingan anak muda dilihat dapat membantu perjuangan Umno di masa depan.
“Sekarang kita sudah nampak Najib banyak memberi sumbangan dan jaga kepentingan anak-anak muda. Dulu tidak nampak, sekarang bantuan cukup banyak.
“Ini kerana anak-anak muda inilah yang bakal membangunkan negara pada masa hadapan. Kalau tiada kesinambungan calon baru dan muda, macam mana negara nak terus membangun,” katanya.
Terdahulu, sebuah laman sesawang melaporkan pemimpin muda akan disenaraikan sekurang-kurangnya 35 peratus daripada senarai calon PKR bagi PRU akan datang sebagai langkah agresif parti tersebut untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam perlawanan penting merebut undi golongan muda, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Mai Pikiaq Pi: Walau pelbagai strategi yang diatur, namun keperibadian bakal calon yang lebih penting untuk terus memenangi hati rakyat setempat...
Demokrasi perlu diurus dengan bijaksana, kata Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, demokrasi perlu diuruskan dengan bijaksana dan berkesan bagi membolehkan negara dan rakyat Malaysia mencapai pembangunan mantap.
Beliau mengingatkan rakyat supaya jangan membenarkan sesiapapun memperalat dan memanipulasi demokrasi kerana ini boleh membawa mereka ke jurang kemusnahan.
"Demokrasi hendaklah dipertahan dan digunakan dengan bijaksana sebagai satu cara memilih barisan pemimpin yang benar-benar berkebolehan dan berkualiti.
"Jika tidak, masa depan negara dan rakyat akan diselubungi kegelapan. Inilah yang sering disuarakan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad," kata Najib dalam ucapannya pada 'Malam Gala - Tun Dr. Mahathir Legasi Tersohor' di sini malam ini.
Jamuan malam yang berlangsung sempena Konvensyen Pemikiran Tun Dr. Mahathir itu turut menyaksikan pelancaran 'The Mahathir Distinguished Fellowship Programme'.
Teks ucapan Najib dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Najib menegaskan seorang pemimpin yang baik perlu mempunyai visi dan teguh dengan janji melaksanakan misi kepimpinannya.
Menurutnya, orang yang hanya tahu menabur janji terutama yang tidak munasabah, tidak boleh dianggap pemimpin sebenar.
"Kepimpinan bukanlah perbuatan menabur janji manis. Kepimpinan ialah tentang bagaimana seseorang itu bijak dan jujur menggunakan kewibawaannya untuk mencapai wawasannya," tegas Najib.
Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, pembangunan yang dicapai Malaysia pada masa ini bukanlah hasil kerja seorang Perdana Menteri.
"Kesemua enam Perdana Menteri Malaysia memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan negara," katanya sambil menambah kecekapan penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka turut menjadi faktor kejayaan itu.
Dr. Mahathir menegaskan sistem pentadbiran yang cekap serta sokongan padu rakyat membolehkan kerajaan melakar kemajuan buat negara dan membawa kemakmuran kepada rakyat.
Beliau turut menekankan pentingnya mengambil iktibar daripada sejarah supaya negara tidak mengulangi kesilapan yang berlaku sebelum ini.
Mai Pikiaq Pi: Demokrasi yang sebenar adalah demokrasi yang ditadbir oleh pemimpin yang baik serta dikelilingi oleh rakyat yang mampan....

Wednesday, 19 December 2012
Muhyiddin Gesa Penjawat Awam Fahami Dan Jelaskan Isu Kepada Masyarakat
Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa penjawat awam supaya memahami dan menerangkan kepada masyarakat isu-isu semasa yang sebenar dan pandangan kerajaan terhadap isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Timbalan Perdana Menteri berkata, ini untuk mengelakkan masyarakat daripada mendapat gambaran yang salah berikutan tohmahan daripada pihak yang sentiasa mahu memburukkan imej kerajaan.
Memberikan contoh, Muhyiddin berkata, Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) perlu diperjelaskan kerana ia membawa manfaat yang luas kepada rakyat negeri Johor.
“Isu projek PIPC ini yang membawa manfaat yang luas kepada rakyat negeri Johor perlu diperjelaskan khususnya potensi pelaburan sebanyak RM170 bilion ini akan dapat menyediakan lebih daripada 12,500 peluang pekerjaan.
“Ini seterusnya akan membawa limpahan ekonomi kepada sektor lain seperti makanan, pakaian hartanah dan sebagainya,” katanya pada sesi Perjumpaan Bersama Anggota Perkhidmatan Awam Johor di Kompleks Islam Johor di sini hari ini.
Penjawat awam juga perlu turut memaklumkan kepada rakyat dan pengundi di negeri ini bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan terus menyediakan pelbagai kemudahan dan program membantu dan meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, katanya.
Ini menurut beliau, terbukti dengan komitmen dalam Belanjawan 2013, antaranya pemberian bonus penjawat awam; Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0 yang diperluas kepada warga bujang); baucar bantuan persekolahan yang ditambah baik dan pelepasan cukai bagi pendidikan tinggi anak-anak yang dinaikkan kepada RM6,000.
Muhyiddin juga menggesa penjawat awam supaya memberikan perkhidmatan secara lebih cekap dan berintegriti bagi membantu memudahkan urusan perniagaan, pelaburan dan perdagangan negara.
Dalam Model Baharu Ekonomi, katanya, pihak awam adalah pemacu utama pertumbuhan ekonomi.
Menurut Muhyiddin, melalui pelaksanaan konsep Persyarikatan Malaysia, layanan baik perlu diberikan kepada pihak swasta kerana keuntungan mereka akan mendatangkan hasil yang lebih banyak kepada kerajaan yang mana kemudiannya menentukan gaji penjawat awam dan juga pembangunan negara.
Katanya penjawat awam adalah penggerak utama Dasar Transformasi Nasional di mana berjaya atau gagal dasar itu bergantung kepada sejauh mana penjawat awam melaksanakan tugas secara cekap dan berkesan.
Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada penjawat awam Johor kerana sumbangan mereka kepada beberapa kejayaan penting yang membantu perkembangan ekonomi negeri ini.
Antara kejayaan itu ialah pelaburan sektor pengilangan yang melebihi RM10.5 bilion bagi 2012 dengan potensi hampir 42,000 peluang pekerjaan dihasilkan; dan peningkatan pelaburan asing sebanyak 28.4 peratus kepada RM3.3 bilion bagi tempoh Januari-September berbanding RM2.6 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.
Mereka juga turut menyumbang kepada pencapaian sasaran pelaburan RM100 bilion dalam pelbagai sektor di Iskandar Malaysia yang menghasilkan 154,000 peluang pekerjaan serta pembangunan sektor tarikan pelancong seperti Johor Premium Outlet, Legoland Malaysia dan Puteri Harbour Theme Park.
Mai Pikiaq Pi: Sebagai kakitangan awam harus taat setia dengan menyimpan rahsia-rahsia kerajaan....
'Bukan salah saya' - Tunku Aziz
Calon Melayu dalam DAP kalah teruk dan ditolak pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hujung minggu lalu adalah disebabkan ahli parti tersebut belum bersedia menerima orang Melayu dalam kepimpinan mereka.
Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, sebelum ini beliau pernah membawa beberapa isu yang melibatkan orang Melayu, namun pemimpin DAP tidak boleh menerima isu-isu tersebut serta tidak ikhlas menerima orang Melayu dalam parti yang didakwa berbilang kaum itu.
Kata Tunku Abdul Aziz, ideologi 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan DAP selama ini hanyalah retorik sahaja.
“DAP masih belum bersedia untuk terima Melayu dalam kepimpinan parti mereka. Apa yang dikatakan hanya cakap-cakap kosong sahaja.
“Tidak perlu tipu orang lagi khususnya orang Melayu. Orang Melayu tidak bodoh. Memang tidak ada Malaysian Malaysia itu,” katanya semalam.
Beliau juga menafikan kenyataan bekas ahli CEC, Zulkifli Mohd Noor yang mendakwa peletakan jawatannya sebagai punca Melayu tidak dipilih untuk menganggotai 20 kerusi CEC.
“Salah saya kah? Itu persepsinya saja, bukan saya punca DAP tidak boleh terima Melayu. Kalau dia (Zulkifli) kalah, itu bukan kerana saya. Tidak logik langsung, tetapi ikut suka dialah mahu kata apa.
"Saya keluar parti kerana DAP telah tipu saya, dan saya sudah tidak ada persefahaman dengan parti itu. Takkan saya tidak boleh keluar? Ketika saya di dalam parti sudah tiga kali saya ingin keluar parti tetapi mereka (DAP) pujuk," katanya.
Zulkilfli sebelum ini dilaporkan mendakwa konsep parti berbilang kaum yang ditekankan DAP sejak 47 tahun itu masih belum sampai kerana mesej tersebut tidak ditransformasikan kepada keputusan pemilihan, kelmarin.
Pada Kongres Kebangsaan DAP yang berlangsung di Bayan Baru, minggu lalu menyaksikan Karpal Singh berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP dalam pemilihan CEC 2012-2015.
Begitu juga dengan jawatan Setiausaha Agung, masih dipegang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Mai Pikiaq Pi: Sudah terang lagikan bersuluh... DAP masih nak tegakkan benang yang basah...

DAP BUKAN UNTUK MELAYU - MUHYIDDIN
Orang Melayu dalam DAP diminta sedar pembabitan mereka hanya sia-sia kerana tidak diberi pengiktirafan oleh pihak kepimpinan parti berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menekankan tuduhan DAP mengaitkan orang Melayu sebagai paling korup kerana ramai penjawat awam dan mengatakan rasuah berpunca daripada monopoli orang Melayu menunjukkan parti itu cauvinis dan bersikap perkauman.
“DAP bukan untuk orang Melayu. DAP sejak dulu perjuangkan Malaysia Malaysian tetapi hakikatnya ia tidak seperti itu sehingga orang Melayu ditolak dalam proses pemilihan malah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, sendiri mengakui kegagalan itu,” katanya selepas menghadiri taklimat Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC), di Bayu Permai, Plot A, Pengerang, semalam.
Menurutnya, meskipun DAP tidak mengaku apabila disebut sebagai parti perkauman, namun kenyataan dan tuduhan yang dibuat ternyata menunjukkan sikap dan siapa sebenar mereka.
“Saya rasa ini tuduhan yang tidak bertanggungjawab. Ternyata benarlah bahawa DAP adalah parti cauvinis bila mereka kata orang Melayu paling korup sebab paling ramai penjawat awam," katanya yang juga Timbalan Presiden Umno.
Beliau mengulas kenyataan Naib Pengerusi baru DAP, Dr. Ariffin SM Omar yang dianggapnya satu kejutan kerana disebut oleh seorang anak Melayu.
Katanya, kenyataan itu jelas menunjukkan Ariffin tidak tahu kedudukan sebenarnya dalam parti dan hilang identiti sehingga mengeluarkan kenyataan menyamai pemimpin tertinggi partinya.
Sementara itu, ketika ucapannya di Johor Bahru, Muhyiddin yakin hanya Barisan Nasional (BN) mampu membawa negara lebih cemerlang hasil sokongan padu rakyat.
Justeru, rakyat diminta terus memberi peluang kepada kerajaan sedia ada meneruskan usaha pembangunan yang kini membawa pelbagai pembaharuan dan kemajuan kepada negara.
“Saya akui kerajaan mana-mana pun tidak semua sempurna, ia sama juga seperti kehidupan berumahtangga. Walaupun ada masalah dalam keluarga, tetapi anak-anak tetap dapat sambung belajar dan mencapai kejayaan masing-masing.
“Samalah dengan kerajaan. Pokoknya kita (BN) tidak mahu membawa negara ke arah kehancuran macam negara-negara lain yang menanggung bebanan hutang seperti di Eropah,” katanya yang juga Pengerusi BN.
Beliau turut menyeru penjawat awam memainkan peranan dan memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan dasar dan rancangan kerajaan serta memberi penjelasan sebenar mengenai isu semasa yang diputar belit pembangkang.
“Sekarang ini ‘kilang’ fitnah berjalan 24 jam untuk memburukkan kerajaan. Contohnya isu projek Rapid (Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia) di Pengerang,” katanya.
Pada ucapan sama, Muhyiddin turut menyeru seluruh kakitangan perkhidmatan awam berganding bahu mencapai matlamat dan melaksanakan dasar yang ditetapkan kerajaan dalam usaha meningkatkan pembangunan negara.
“Penjawat awam merupakan komponen penting dalam menentukan wawasan dan perancangan sosioekonomi kita dapat mencapai matlamat ditetapkan,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Sayang sekali ada segelintir orang Melayu sanggup gadai diri demi kuasa....

Tajol Rosli umum tidak tanding PRU
Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali mengumumkan untuk tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Beliau yang juga Adun Pengkalan Hulu berkata demikian ketika mengakhiri ucapan perbahasan Bajet 2013 pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pagi ini.
Pada ucapan itu juga, beliau turut memohon maaf kepada rakyat Perak sepanjang beliau menjadi Menteri Besar dan wakil rakyat.
Tajol Rosli pernah menjadi Adun Kenering dan Ahli Parlimen Gerik selain menjawat jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sidang Dun Perak bermula semalam dengan pembentangan Bajet 2013 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan hari ini diteruskan dengan sesi perbahasan.

Dalam pada itu, dipetik Bernama, kata beliau: "Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa saya telah buat keputusan tidak akan bertanding lagi sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang. Ini adalah sidang dewan yang terakhir buat saya."
"Sebagai manusia biasa pastinya ada kekurangan dan tidak terlepas melakukan kesilapan. Saya dengan rendah diri memohon kemaafan atas sebarang tutur kata dan perlakuan saya yang tidak disenangi sepanjang tempoh saya menjadi anggota dewan," katanya.
Tajol Rosli, 68, dilantik menjadi Menteri Besar Perak pada 3 Disember 1999 dan memegang jawatan itu selama dua penggal.
Beliau mula menjadi wakil rakyat selepas menang Pilihan Raya Kecil Dun Kenering pada tahun 1977 selepas mengalahkan Ibrahim Singgeh dari DAP. Kerusi itu dikosongkan oleh bapa beliau, Tan Sri Mohd Ghazali Jawi.
Tajol Rosli melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi Barisan Nasional negeri pada 29 Januari 2009 serta melepaskan jawatan Ketua Umno Bahagian Gerik pada 29 Mac tahun yang sama.
"Sekarang saya hanya anggota biasa Umno dan oleh kerana saya anggota biasa Datuk Seri Najib Tun Razak (Presiden Umno) telah melantik saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno untuk tahun depan," katanya ketika ditemui di luar dewan.
Ditanya jika ada pihak yang meminta supaya beliau tidak bersara daripada politik, beliau berkata: "Saya telah buat keputusan. Apabila kita sudah tidak diterima oleh rakyat, saya tidak rasa kita patut kembali."
Mengenai peluang BN di Perak pada pilihan raya umum akan datang, beliau yakin BN akan kekal memerintah Perak.
Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Tajol Rosli itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, beliau adalah seorang pemimpin yang berpengalaman selepas 30 tahun berada di pentas politik.
Zambry berkata, anggota Umno menghargai panduan dan bimbingan yang diberikan oleh Tajol Rosli dalam bidang politik.
Mai Pikiaq Pi: Akhirnya yang akan membuat keputusan adalah Najib siapa yang layak bertanding PRU akan datang...
Tuesday, 18 December 2012
KERAJAAN TIDAK PERNAH PILIH KASIH
Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah pilih kasih atau mempersoalkan ideologi politik seseorang dalam memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat di negara ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua bentuk bantuan kepada rakyat selama ini adalah tanggungjawab kerajaan terhadap mereka yang memerlukan.
"Bantuan yang diterima rakyat di negara ini tidak terdapat di negara lain, kerajaan BN memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat yang layak termasuk bantuan persekolahan, bantuan Hari Raya dan sebagainya," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2012 dan Penyampaian bantuan Persekolahan kepada 2,000 pelajar kawasan Parlimen Bera, di sini, hari ini, beliau berkata segala bantuan itu menunjukkan bahawa kerajaan BN berjaya mentadbir urus negara dengan baik.
"Bantuan yang diberikan itu adalah bagi mengatasi bebanan hidup rakyat," kata Anggota Parlimen Bera itu.
Bagi Parlimen Bera sahaja, Ismail Sabri berkata seramai 13,000 penduduk di kawasan itu telah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Kerajaan juga akan mengagihkan bantuan kepada pelajar sekolah sebanyak RM100 dan Baucer buku kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi sebanyak RM250 mulai bulan depan," katanya.
Beliau berkata, Kerajaan BN akan menepati segala janji yang dibuat semasa pilihan raya lepas.
"Segala janji dan bantuan, dilaksanakan kerajaan kepada rakyat dan rakyat perlu bijak menilai apa yang dilaksanakan Kerajaan BN selama ini," katanya.
Mai Pikiaq Pi: Bajet 2013 semua rakyat tidak mengira fahaman politik dan perkauman tetap memperolehnya....

Ezam: Ada Rahsia Karpal Sokong Anwar Jadi PM
Senator Ezam Mohd Nor berkata, ada rahsia kenapakah DAP khususnya Pengerusinya, Karpal Singh bermati-matian menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, meskipun diragui oleh rakan sekutunya, PAS.
“Karpal pernah kata di Dewan Rakyat sekitar 1997/98 (bukti hansard) bahawa Anwar seorang homoseksual dan tidak bermoral. Dalam masa sama, Karpal dalam ceramah DAP di Hotel Federal Kuala Lumpur kata ada bukti Anwar lakukan sodomy terhadap Azizan (Abu Bakar- bekas pemandu Anwar),” katanya dalam sidang media di Dewan Negara, Isnin, 17 Disember.
Menurut Ezam, walaupun pemimpin DAP itu berusaha untuk memutarbelitkan fakta dengan mendakwa Anwar sudah dibersihkan di mahkamah, namun rekod keputusan Mahkamah Persekutuan 2004 tidak pernah dicabar Anwar.
“Tetapi perlu diingat, dalam kes Anwar lawan Azizan, hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Hamid Mohamad telah membuat kenyataan berikut: “Mahkamah mempunyai bukti bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual dan ia berlaku di Tivoli Villas”.
Lantas Ezam bertanya kepada Karpal, apakah Karpal sekarang berpendapat seorang homoseksual boleh jadi PM?
“Jelas Karpal juga seorang ahli politik tidak ada moral dan prinsip seperti Anwar. Mereka lakukan semua kerana politik semata-mata.”
Menurut Ezam matlamat DAP menyokong Anwar semata-mata untuk memperkudakan Anwar meskipun tahu Ketua Pembangkang itu bermasalah daripada segi moral.
Mai Pikiaq Pi: Anwar hanya kambing hitam DAP untuk mencapai hasrat politik mereka....
Subscribe to:
Posts (Atom)