Nuffnang Ads

Monday 3 December 2012

Najib perlu menang 2/3 untuk rekod kemenangan moral

Dalam ucapan penggulungan setahun lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyentuh aspek keyakinan bahawa partinya akan memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen. Mana nada itu tidak didengar sepanjang setahun lalu kecuali kenyataan, pandangan dan keprihatinan untuk menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun situasi yang berbeza disaksikan sekitar jam 7 petang semalam.

Selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno, Najib melahirkan keyakinan akan memperoleh majoriti dua pertiga dengan syarat tiada unsur sabotaj dalam parti. Parti yang dimaksudkan Umno. Umno salah satu komponen Barisan Nasional (BN). Maknanya, ia merangkumi komponen-komponen perikatan itu secara keseluruhan.

Hari ini, beliau memberi peringatan kepada komponen BN.

Seminggu sebelum Perhimpunan Agung Umno, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Profesor Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin memberitahu bahawa BN akan memperoleh kerusi minimum 120 jika PRU diadakan sekarang.

Ia akan mengalami peningkatan apabila PRU13 dipanggil kemudian, katanya dengan merujuk kepada kajian beliau. PRU13 sudah jelas hanya akan diadakan tahun depan. Bukannya dalam tempoh 28 hari akan datang.

Seorang lagi penganalisis memberitahu bahawa kerusi selamat bagi BN bawah 100.

Melihat kepada pandangan-pandangan itu, Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berpandangan BN pimpinan Najib perlu memperoleh majoriti dua pertiga untuk merekodkan "kemenangan moral".

"Najib kena menang besar. Jika tidak sukar bagi beliau, beliau perlu dua pertiga untuk kemenangan moral, lebih baik berbanding apa yang kita saksikan pada tahun 2008, masa Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)," kata beliau menjelang Perhimpunan Agung Umno.

Najib seolah-olah sudah yakin akan sampai ke angka itu selepas melaksanakan program transformasi ekonomi dan politik sejak 2009.

PRU 2008 menyaksikan BN yang memperoleh 140 kerusi manakala 82 jatuh ke tangan pembangkang.

Pandangan itu juga tidak diketepikan oleh Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

Kata Ibrahim, "itu (menang dua pertiga kerusi Parlimen) KPI Najib".

"Saya melihat beliau hendak mencapai satu keputusan yang lebih baik berbanding ketika era Pak Lah. Saya rasa akan timbul satu harapan yang tinggi untuk memperoleh keputusan itu," kata beliau ketika dihubungi.

Di sebalik ucapan semalam, Najib memperlihatkan bahawa beliau yakin, tetapi sebenarnya beliau juga khuatir dan risau.

"Dalam ruang yang semakin sempit (menjelang PRU13), dan dalam keadaan pilihan raya umum ini sangat penting, saya rasa Najib perlu menyuntik keyakinan bahawa kita ada kemampuan untuk melakukan," kata Ibrahim lagi.

Jelas Ibrahim, Najib juga sedar bahawa beliau sudah tidak ada masa untuk hanya mengetengahkan masalah-masalah yang wujud di hadapan perwakilan Umno.

"Jadi, beliau menyuntik semangat dengan mengatakan boleh mencapai dua pertiga jika tiada sabotaj... ini suntikan semangat," katanya.

Berkongsi suasana persidangan dan perbahasan, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Najib terpaksa mengetengahkan soalan cepumas apabila perwakilan tidak melontarkan ketegasan bahawa pihaknya akan 'menghukum' jika ada mana-mana pihak 

mensabotaj parti.

Mai Pikiaq Pi: Jangan tamakkan kuasa, akhirnya diri dan parti merana. Amanat Najib perlu disematkan di dalam jiwa...

No comments:

Post a Comment