Nuffnang Ads

Wednesday 5 December 2012

Majlis Fatwa digesa kaji peraturan anak tidak sah taraf

Majlis Fatwa Kebangsaan digesa mengkaji semula syarat penamaan anak-anak tidak sah taraf beragama Islam untuk di'bin' atau di'binti'kan dengan nama bapa kandung masing-masing.
 
Beberapa Anggota Dewan Negara di sini berpendapat, keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang memutuskan anak-anak itu tidak boleh di'bin' atau di'binti'kan dengan nama bapa kandung dan digantikan nama ayah dengan nama 'Abdullah' menimbulkan pelbagai masalah kepada anak-anak berkenaan.
 
Senator Datuk Johari Mat berpendapat, kajian semula itu bukan untuk menggalakkan gejala maksiat namun untuk kepentingan anak-anak yang tidak bersalah.

Terdapat banyak kategori anak tidak sah taraf antaranya anak hasil hubungan luar nikah serta pasangan yang berkahwin secara sah di luar negara tetapi tidak mendaftar perkahwinan mereka di dalam negara, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
 
Senator Khairiah Mohamed pula berkata, kajian semula itu dapat memelihara kelahiran anak-anak berkenaan, dan turut memastikan masa depan anak-anak itu lebih terjamin.
 
"Kebanyakannya ada yang tak mahu pergi sekolah sebab malu dan ada juga yang susah untuk berurusan perkara-perkara rasmi disebabkan tidak mempunyai nama bapa kandung di dalam namanya," katanya.
 
Khairiah berkata mengikut statistik Kementerian Dalam Negeri, jumlah anak tidak sah taraf yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama di negara ini meningkat daripada 52,982 orang pada 2010 kepada 53,274 orang tahun lepas.
 
Antara tahun 2008 hingga November lepas pula, Sabah merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 72,939 orang berbanding negeri lain.
 
Selangor pula seramai 32,992 orang dan Sarawak 30,187 orang, katanya.


Mai Pikiaq Pi: Hal ehwal agama biarlah Majlis Fatwa putuskan.... tanpa dipolitikkan!  

No comments:

Post a Comment