Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menganggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ‘over estimate’ kemampuan dirinya sehingga mendakwa beliau antara punca keretakan hubungan Malaysia-Indonesia.
“Siapa saya untuk meretakkan hubungan kedua negara itu? Saya tidak berpengaruh seperti Anwar.
“Saya pun hairan bagaimana Anwar boleh kata saya mampu meretakkan hubungan kedua-dua negara ini,” katanya.
“Siapa saya untuk meretakkan hubungan kedua negara itu? Saya tidak berpengaruh seperti Anwar.
“Saya pun hairan bagaimana Anwar boleh kata saya mampu meretakkan hubungan kedua-dua negara ini,” katanya.
Dalam satu kenyataan semalam, Anwar mendakwa sikap angkuh dan rasis Zainuddin menyebabkan hubungan dua hala yang baik di antara Malaysia-Indonesia terjejas.
Kenyataan Anwar dibuat berhubung tulisan Zainuddin bertajuk, “Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim” yang diterbitkan Utusan Malaysia, kelmarin.
Dalam kenyataannya, Anwar turut mendakwa tulisan Zainuddin sememangnya diketahui dangkal (mediocre) dan mewakili susuk elit Umno yang berprasangka keji terhadap Indonesia.
Sementara itu, Zainuddin menambah, beliau bukannya menteri yang berpengaruh sewaktu berada dalam Kabibet satu ketika dahulu.
“Saya akui, saya bukanlah seorang menteri yang berpengaruh seperti Anwar, tetapi beliau pernah merendah-rendahkan penguasaan Bahasa Inggeris dan tahap pelajaran saya, yang tidak sebaik serta setinggi beliau.
“Demi ALLAH, tulisan yang saya buat bukan bertujuan untuk kembali ke gelanggang politik. Saya tidak pernah bahagia menjadi menteri ataupun ahli politik sebagaimana Anwar yang melihat kebahagiaan dan kemegahan dalam jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya lagi.
Bagaimanapun beliau menambah, beliau berbangga menjadi seorang wartawan berbanding menjadi ahli politik.
“Sehingga saat ini, walaupun saya tidak mempunyai sebarang jawatan dalam politik, suara saya masih didengar termasuk Anwar,” ujar beliau.
Mengulas perkara sama, Zainuddin turut mengakui mendapat respons mengejutkan terhadap artikel sama yang dimuat naik ke laman blognya, zamkata.blogspot.
“Ramai yang beri respons termasuk rakyat Indonesia. Tak pernah orang Indonesia masuk ke blog saya.
“Ada yang emosi, ada yang setuju. Malah petang ini (semalam) ada sebuah media Indonesia juga akan menemu bual saya berdasarkan artikel tersebut,” katanya lagi.

Mai Pikiaq Pi: Satu Malaysia tahu individu bernama Anwar Ibrahim adalah pencetus kerenggangan hubungan Malaysia-Indonesia tanpa sebab... Nasib baik rakyat pandai berfikir...
No comments:
Post a Comment