Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali mengumumkan untuk tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Beliau yang juga Adun Pengkalan Hulu berkata demikian ketika mengakhiri ucapan perbahasan Bajet 2013 pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pagi ini.
Pada ucapan itu juga, beliau turut memohon maaf kepada rakyat Perak sepanjang beliau menjadi Menteri Besar dan wakil rakyat.
Tajol Rosli pernah menjadi Adun Kenering dan Ahli Parlimen Gerik selain menjawat jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sidang Dun Perak bermula semalam dengan pembentangan Bajet 2013 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan hari ini diteruskan dengan sesi perbahasan.

Dalam pada itu, dipetik Bernama, kata beliau: "Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa saya telah buat keputusan tidak akan bertanding lagi sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang. Ini adalah sidang dewan yang terakhir buat saya."
"Sebagai manusia biasa pastinya ada kekurangan dan tidak terlepas melakukan kesilapan. Saya dengan rendah diri memohon kemaafan atas sebarang tutur kata dan perlakuan saya yang tidak disenangi sepanjang tempoh saya menjadi anggota dewan," katanya.
Tajol Rosli, 68, dilantik menjadi Menteri Besar Perak pada 3 Disember 1999 dan memegang jawatan itu selama dua penggal.
Beliau mula menjadi wakil rakyat selepas menang Pilihan Raya Kecil Dun Kenering pada tahun 1977 selepas mengalahkan Ibrahim Singgeh dari DAP. Kerusi itu dikosongkan oleh bapa beliau, Tan Sri Mohd Ghazali Jawi.
Tajol Rosli melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi Barisan Nasional negeri pada 29 Januari 2009 serta melepaskan jawatan Ketua Umno Bahagian Gerik pada 29 Mac tahun yang sama.
"Sekarang saya hanya anggota biasa Umno dan oleh kerana saya anggota biasa Datuk Seri Najib Tun Razak (Presiden Umno) telah melantik saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno untuk tahun depan," katanya ketika ditemui di luar dewan.
Ditanya jika ada pihak yang meminta supaya beliau tidak bersara daripada politik, beliau berkata: "Saya telah buat keputusan. Apabila kita sudah tidak diterima oleh rakyat, saya tidak rasa kita patut kembali."
Mengenai peluang BN di Perak pada pilihan raya umum akan datang, beliau yakin BN akan kekal memerintah Perak.
Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Tajol Rosli itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, beliau adalah seorang pemimpin yang berpengalaman selepas 30 tahun berada di pentas politik.
Zambry berkata, anggota Umno menghargai panduan dan bimbingan yang diberikan oleh Tajol Rosli dalam bidang politik.
Mai Pikiaq Pi: Akhirnya yang akan membuat keputusan adalah Najib siapa yang layak bertanding PRU akan datang...
No comments:
Post a Comment