Nuffnang Ads

Thursday, 6 December 2012

Indeks persepsi rasuah: Ranking Malaysia tambah baik


Malaysia meningkat ke tangga 54 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahun ini berbanding tangga ke-60 tahun lalu, menurut Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia (Ti-M), Datuk Paul Low.
Beliau berkata, Malaysia mendapat 49 dari 100 mata pada survei yang menilai tahap penerimaan rasuah sektor awam di kalangan 176 negara.
"Penambahbaikan ini dijangka. Semua usaha dan langkah yang diambil kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelasanaan (Pemandu) telah membuahkan hasil dan kita berharap Malaysia berupaya memecah rekod," katanya pada sidang media mengenai keputusan CPI Malaysia untuk 2012, yang dikeluarkan Transparensi Antarabangsa seluruh dunia di sini.
"Terdapat penambahbaikan pada ranking, tetapi kedudukan Malaysia terus berada purata julat tengah dan kita berharap untuk melihat dalam tempoh dua tiga tahun lagi, meningkat luar biasa kepada poin 60," katanya.
Beliau memuji komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah di mana Malaysia merupakan satu-satu negara di dunia yang berani memasukkan CPI sebagai sebahagian Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi memerangi rasuah.
Low berkata, Malaysia beranking ketiga di kalangan negara Asean di belakang Singapura yang memperoleh 87 mata diikuti Brunei Darussalam di tempat kedua dengan 55 mata.
Thailand (37 mata), Filipina (34), Indonesia (32), Vietnam (31), Kembodia (22), Laos (21) dan Myanmar (15).
Tiga tempat teratas ialah Denmark, Finland dan New Zealand masing-masing memperoleh 90 mata diikuti Sweden (88), Singapura (87), Switzerland (86), Australia dan Norway masing-masing mendapat 85 mata diikuti Kanada dan Belanda dengan masing-masing mengumpul 84 mata.
Dalam respons segera, Pengarah NKRA dan NKEA Pemandu, D. Ravindran berkata, mereka akan menggandakan usaha memerangi rasuah termasuk memperkenalkan kursus untuk pembuat undang-undang yang akan  dilakukan SPRM dan Jabatan Peguam Negara.
Beliau berkata, Pemandu turut gembira untuk bekerjsama dengan Ti-M dan Institut Integriti Malaysia dan SPRM dalam menangani isu rasuah secara lebih serius.
Mai Pikiaq Pi: Ketelusan kerajaan yang memerintah bukti CPI tambah baik!

No comments:

Post a Comment